💍
RUMAH banglo dua tingkat dipandang lama. Tepersona dengan mewah rumah nenda Fateh ni. Siap dengan taman mini lagi. Kalau kat luar dah cantik apatah lagi kat dalam.
"Jom masuk dalam.Nenda tunggu kita kat dalam." Ajak Fateh.
Aku menggangguk dan mengikuti jejak Fateh. Dan sekali lagi aku terpegun. Tema ala klasik.Warna pastel. Lembut je warna rumah ni.
"Saya naik atas kejap eh, nak letak beg. Awak nak naik jugak ke tunggu sini?"
"Tak apa saya tunggu bawah ni dulu. Nak tunggu nenda. " Jawab aku.Aku tak puas lagi teroka rumah ni.
Setelah kelibat Fateh hilang dimata baru aku mula meneroka kembali rumah ni.
Hawa bergerak meneroka setiap penjuru rumah ini . Gambar yang tersusun rapi di dinding dianalisis Hawa , cantik dan kacak .Ini mesti parents Fateh sebab raut wajah mereka ada iras-iras sikit dengan Fateh lagi-lagi raut wajah wanita dalam gambar ni , lembut je dipandang .
Tapi pelik mana ibu dan ayah Fateh ?
Masa akad nikah pun tiada, hanya nenda yang datang sebagai wakil Fateh.
"Eh kamu shiapa!Berani banget kamu masuk tanpa kebenaran ya. Mahu curi ya." Marah Bik Indah.
Aku yang ralit tengok gambar terkejut dengan sengahan terus aku berpaling arah suara. Aku menggeleng pantas.
"Eh mana ada.Saya cucu menantu Puan Sri.Isteri Fateh."Beritahu aku.
"Ouh kamu bibik baru. Ko aku engak tahu." Soalnya sendiri
Aku menggeleng lagi. Bila masa pulak aku cakap aku bibiknya. Muka cantik macam ni dipanggil bibik.
"Bukan bik."
"Eh kejap. Kamu mahu menipu aku ya. Kamu keluar sekarang sebelum aku lapor polis!" Tempik Bik Indah kuat. Gegar satu rumah beb.
Tanggan aku ditarik keluar dari rumah.
"Ha jangan!" Bangkang aku. Kalau aku keluar, aku nak pergi mana. Kereta pun tak ada lagi ni.
"Ehh kenapa ni?" Bergegas Fateh turun tangga. Ingatkan boleh terlelap kejap tadi tapi dengar orang tempik terus dia turun.
Aku hela nafas lega. Hero dah sampai.
"Pak Fateh, ini pak orang asing masuk rumah Puan Sri. Mahu mencuri mungkin. Kita harus lapor pada polisi pak." Beritahu Bik Indah pantas.
Fateh lepaskan keluhan. Ingatkan apa la tadi.
"Ni bini saya Bik."
"Apa! Bini pak Ihram.Isteri kedua."
Fateh tepuk dahinya. Penat la cakap dengan dia ni.
🤍🦋🤍🦋🤍🦋🤍🦋
AKU menyisip sedikit air. Sumpah janggal giler.
Kalau kat rumah abah, masa makan ni la kami berborak, sebab masa tu je kami ada masa untuk luangkan masa. Tapi, kat rumah Fateh, macam tempat kubur. Sunyi sepi.Bunyi sudu garfu berlaga pun tak bunyi langsung.

ANDA SEDANG MEMBACA
CO | HAWA ✅
Romance2 BOOK : HAWA AL FATEH UTHMAN |HAWA HUMAIRA sinopsisi dalam yee hehehehhe no plagiat❌ START : 5/1/24 END : 4/5/25