Hampir setengah hari di Genting Highland. Kesemua permainan Adriana sudah cuba main dan yes! Small matters lah tapi tidak pada roller coaster.
Akhirnya tiba masa untuk Adriana menjalankan strategi penyesalan buat Harraz Mikael. Siap kau Harraz!
Adriana dan Harraz dahulunya pernah menyertai Komander Kesatria di UiTM. Jadi ilmu seni mempertahankan diri memang masing-masing sudah mahir.
Sejak mereka berdua meningkat dewasa ini memang cara bergaduh pun berbeza dengan orang lain. Ya! Adriana sangat takut pada abang beku tapi dia punya cara untuk menutup rasa gerun pada Harraz Mikael. Kalau orang lain sampai baca doa makan nak tenang kan hati tetapi tidak pada Adriana. Daripada dia baca doa makan baik dia makan terus. Hahaha. Apa lagi gigit la dengan gigi besinya. Itu saja cara untuk henti kan Harraz daripada terus mengganggu dirinya. Kalau itu tidak jalan, world cup championship berlangsung (GOL!!!). Paling tidak pun sakit belakang lah.
"Eleh budak tak payah tunjuk berani. Muka kau tu dah terang lagi bersuluh penakut." Sengaja Harraz menyindir Adriana. Semua berkaitan Adriana dia benci. Jadi jika Adriana menipu pun dia akan percaya bulat-bulat. Dua tiga hari kemudian baru dia sedar yang dia ditipu. Handsome tapi bingai. Itu la abang beku a.k.a singa pipi tegang a.k.a Harraz Mikael.
Adriana cuba buat pekak malas dia mahu melayan Harraz lebih baik dia melayan perasaan takut yang menyelubungi dirinya saat ini. Dia meminta kebenaran Harraz untuk duduk disebelah Hanan. Dia benci bila lihat wajah Harraz nak pula jejaka itu sering mengusiknya.
Setelah lima belas minit di atas roller coaster yang tak seberapa itu. Ketika Adriana ingin turun dari gerabak, kepalanya mula rasa berpusing. Semua yang di lihat hampir semua nampak dua objek. Ini langgar tiang lampu ke naik roller coaster.
Harraz masih lagi dengan lagaknya. Dia menuruni anak tangga dan teruskan berjalan tanpa membantu adik perempuannya yang terhuyong-hayang akibat pening naik roller coaster tadi.
Ketika Adriana sedang menuruni anak tangga yang terakhir dan sesuatu yang tidak di jangka terjadi.
Buek! Buek! Buek!
Empat pasang mata tertumpu pada sosok tubuh yang terkena muntah Adriana. Wow! Tak sangka kan? Allah selalu menolong orang yang teranaiya.
Adriana tidak dapat menahan tekak nya yang loya sejak tiba di Genting Highland tadi tetapi dia gagahkan juga kerana tidak mahu di pandang rendah oleh abang beku itu.
"Ya allah adik! Iyan bangun sayang. Riz pagi tadi Iyan breakfast tak dekat hotel?" Hanan cemas dengan keadaan adik nya.
"Weh Han, baru aku ingat dia tak makan pagi tadi lepas tu aku dah janji dengan dia sampai sini aku nak bawa dia makan dulu. Aduh! Mati lah kalau mama babah tahu baby aku ni sakit" Harriz ni pura-pura atau sedang serius? Nampak real eh. Kalau iya pun nak takut-takut Harraz jawapan biar nampak natural sikit bro!
"Harraz tolong lah check kan adik ni weh" Tergopoh gapah Hanan mengendong tubuh Adriana untuk dipangku lalu dia memaksa Harraz untuk bantu sedarkan Adriana sebelum dia benar-benar pengsan.
"Alah dia tu tipu je tu. Tunggu la kejap lagi dia bangun sendiri." Sindir Harraz.
Selang beberapa saat, belum sempat Harraz berbuat apa Adriana tidak dapat menahan dirinya lagi. Dia tidak berdaya lagi untuk bertahan dari kepala yang pusing dan matanya terus terpejam rapat.
"Woi kau tengok ni Iyan pengsan la bangang. Cepat buat cpr, kita orang tak tahu." Arah Hanan sambil dia menolak tubuh Adriana ke pangkuan Harraz.
YOU ARE READING
ABANG BEKU RED FLAG || (C)
Romance"Dia memang tak boleh senyum langsung ke?" Ujar Adriana Humayra "Tak kau apahal? Semua benda nak kena ada aku ke?" Siapa lagi kalau bukan Harraz Mikael "..... kenapa abang Harraz tak suka Iyan? Kenapa bersikap dingin dengan Iyan, lepas tu kan tengki...