48 | ABANG BEKU RED FLAG

9.3K 522 73
                                    

Adriana termenung di jendela. Terngiang-ngiang kata yang dilemparkan pada Tiara siang tadi. Dia tak sepatutnya berkata begitu pada abang dan kakak iparnya.

"Adriana! Enough!" jerit Harriz.

Harraz mendengar kekecohan di bawah. Dia keluar dan menjengah dari tingkat atas. Dia mendengar setiap kata yang Adriana lontarkan.

'Ya Allah, ampun kan dosa isteriku. Apa yang jadi semua ni berpunca daripada aku. Jika aku tidak tergopoh gapah menuding jari dahulu pasti keadaan tidak seteruk ini.' Harraz meraup wajahnya, semuanya salah dia. Dia kesal dengan apa yang berlaku.

"Why? Salah ke Iyan cakap? Mama dan baba tahu tak soal ini? Mesti lah tak kan. Semua yang jadi dalam rumah tangga Iyan sehingga Iyan harus mengambil cuti rehat yang panjang gara-gara dia...." Adriana meninggikan suara nya lalu menuding jarinya ke arah Tiara.

"Adriana stop it! Mama tak suka la princess macam ni. You tu tengah mengandung. Tolong jaga bahasa tu." celah Maria.

"..Dia fitnah Iyan sehingga Harraz benci pada Iyan. Hancur! Semua sudah hancur. Dia lumpuh Harraz juga lumpuh. Untuk apa Iyan hidup lagi kalau suami yang Iyan cinta setulus hati sepenuh hati benci pada Iyan. Sudah lah. Iyan rasa Iyan dah ada jawapan untuk rumah tangga Iyan." sambung Adriana lagi.

"Abang Riz tahu apa yang dia buat itu salah. Dan pantas untuk mendapat hukuman tetapi sampai bila adik? Perlu ke hina sampai macam tu sekali? Kita manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan. Iyan tahu sekarang dia tak sempurna, dia lumpuh dan dia juga menghidapi penyakit Bell's palsy. Puas hati adik sekarang?" Jelas Harriz.

"Cukup abang Riz, Iyan balik ni bukan nak bergaduh dengan semua orang. Iyan balik untuk jumpa suami Iyan. Sepatutnya Iyan yang tanya dia, puas hati dia sebab menyibuk hal rumah tangga orang? Puas sebab berjaya hancurkan rumah tangga Iyan." Balas Adriana. Air mata yang di tahan akhirnya jatuh jua. Dia lelah dengan ujian yang datang satu demi satu.

"Princess, calm down. Baba tak suka tengok anak-anak baba bergaduh macam ni. Tak bagus untuk kesihatan Iyan. Sudah Iyan pergi naik bilik rehat secukupnya. Jangan banyak berfikir sangat. Ingat your condition is more important. Nanti semua dah tenang, kita bincang semula." ujar Malik

"...Mama dan baba tak perlu risau keadaan Iyan lagi. Iyan kuat untuk tempuh semua. Empat bulan Iyan ditinggalkan Iyan boleh survive ini kan untuk selamanya. Iyan naik dulu. Iyan minta maaf pada semua orang atas apa yang berlaku sekarang. Semua ini salah silap dari Iyan. jadi Iyan kan selesaikan." Ucap Adriana sebelum berlalu pergi.

Harraz bergegas masuk ke biliknya semula sebelum Adriana sampai.

"Adriana!! Sejak bila adik abang Riz suka menghina orang yang kurang upaya. Sejak bila adik abang Riz jadi hati batu jahat seperti ini? Tak cukup kah keadaan Tiara seperti ini, Iyan nak hukum dia lagi? Abang Riz tak sangka abang Riz ada adik yang hati busuk macam ni." jerit Harriz. Adriana tergamam mendengar penjelasan dari Harriz itu.

'Sampai hati abang Riz, kerana wanita itu dia sanggup mengherdik dan menengking adiknya sendiri' bisik hati kecil Adriana.

Maria dan Malik cuba meleraikan ketegangan antara Adriana dan Harriz. Emosinya tidak stabil. Seluruh ahli keluarga memang marah pada tindakan yang Tiara lakukan sebelum ini tapi untuk apa berbalah lagi. Tiara sudah pun menerima balasan nya. Tok Wan dan Tok Umi saling berpandangan. Pusing kepala mereka dengan keadaan sekarang. Mereka berdua juga buntu mencari jalan penyelesaian.

Linda menekup mukanya, air matanya jatuh sedih melihat apa yang berlaku pada rumah tangga adik iparnya. Tetapi dia tahu sakit yang di lalui oleh Adriana tidak mudah untuk seorang wanita yang sedang sarat mengandung ditinggalkan selama empat bulan. Lama dan bukan waktu yang sekejap. Dia juga yakin Adriana yang dulu dia kenal masih sama, masih kuat untuk berhadapan dengan setiap masalah yang datang.

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now