Beberapa bulan kemudian....
"Aku Terima Nikahnya Adriana Humayra Binti Malik Khan dengan mas kahwinnya lapan ribu...." ucap Harraz. Adriana yang berada di belakang nya sudah mula mengalirkan air mata bahagia. Tiba- tiba datang seseorang menyergah ke majlis itu.
"Tunggu!!!!!!"
"Nanti...Nanti dulu!!"
'Siapa yang ganggu ni?' bisik hati Harraz.
'Aku tak ada scandal lain selain yang dah arwah yang dulu tu.' bisik hati Adriana pula.
"Bertuah punya cucu, kahwin tak tunggu aku. Bila masa aku cakap aku tak datang. Tunggu!" terkedek-kedek la Tok Wan dan Tok Umi dari luar masjid, dia minta untuk hentikan majlis. Dia tidak mahu tertinggal saat bahagia buat cucu-cucunya.
"Lah!! Tok wan rupanya. Sorry Tok Wan, Tok Umi. Iyan bukan sengaja tetapi tok kadi ni dia harus bergegas ke tempat lain juga. Sorry." Adriana bingkas bangun mendapatkan Tok Umi dan duduk semula ditempatnya. Malik dan Maria saling berpandangan. Ghisau dik non kalau ada yang cuba mengganggu majlis anaknya.
Malik pun silap tidak memberitahu pada mak dan ayahnya.
Hanan dan Harriz juga menarik nafas lega. Huh!
Tok Wan yang tadi memimpin tangan Tok Umi terus mengambil tempat di sisi Harraz. Sempat juga tangannya mencubit cucu kesayangannya itu.
"Sekali lagi ya Harraz!" ujar tok kadi itu.
"Aku Terima Nikahnya Adriana Humayra Binti Malik Khan dengan mas kahwinnya lapan ribu ringgit tunai.." ucap Harraz.
"SAH!"
"SAH!"
"SAH!"
"Alhamdulillah syukur." Malik serta ahli keluarga yang lain juga mengucapkan tanda syukur kerana semua sudah selamat di ijab kabulkan.
Dengan sekali lafaz, kini Adriana Humayra sah menjadi isteri Harraz.
Setelah selesai majlis akad nikah dan bacaan doa, Harraz mengajak Adriana untuk solat sunat tanda mensyukuri atas pernikahan mereka sebentar tadi.
Tetamu yang hadir juga mengucapkan tahniah di atas majlis pernikahan Harraz dan Adriana. Pasangan mempelai tadi saling berpandangan. "yeah dah kahwin"! Tangan Adriana langsung tidak lepas dari genggaman Harraz.
"Hi wifey!" bisik Harraz di telinga Adriana, tangannya juga tidak reti duduk diam ya. Dia merangkul pinggang Adriana dengan erat. Kali ini HALALAN TOYIBAH "Hi chuben!" ucap Adriana. Sempat dia mencium pipi Harraz. Alamak! Lipstick melekat. Gelabah Adriana dibuatnya.
"Ehem! Potong reben nanti malam bukan sekarang. Sabar!" usik Harriz.
"Aw my baby. You married already. Ingat ya kalau Harraz buat you sedih, you better tell me. Pandai lah abang Riz settlekan dia." Harriz menjeling ke arah Harraz yang berada di sebelah Adriana.
"Kau yang settlekan Harraz atau Harraz yang settlekan kau Riz?" sapa Hanan dan Linda.
Terdiam terus Harriz. Tawa mereka pecah sehingga semua memandang ke arah mereka. Lucu lah abang Harriz kita. Nak jadi gangster tapi dia sudah lama pencen sejak berkahwin ni.
Malam itu seluruh keluarga Malik dan Maria berkumpul dan mereka membuat sedikit majlis kesyukuran. Riuh rendah dengan saudara mara kedua-dua belah pihak. Malik jarang sekali membuat majlis dirumah nya. Kebiasaannya segala majlis akan di buat di rumah Tok Umi tetapi disebabkan ini pernikahan anak perempuan tunggalnya jadi dia relakan jua.
YOU ARE READING
ABANG BEKU RED FLAG || (C)
Romance"Dia memang tak boleh senyum langsung ke?" Ujar Adriana Humayra "Tak kau apahal? Semua benda nak kena ada aku ke?" Siapa lagi kalau bukan Harraz Mikael "..... kenapa abang Harraz tak suka Iyan? Kenapa bersikap dingin dengan Iyan, lepas tu kan tengki...