51 | ABANG BEKU RED FLAG

10.2K 540 58
                                    

Adriana terkejut saat melihat Harraz bisa berjalan seperti orang normal. Bukan kah semua orang kata suaminya lumpuh? Dia cuba untuk tenang kan dirinya sendiri dan hadam semua yang sedang berlaku saat itu. Dia tidak menyangka bahwa selama tiga minggu dia bersama suaminya yang di katakan lumpuh itu rupanya hanya lakonan semata-mata.

"H-hubby b-boleh jalan? Bukan kaki hubby lumpuh ke?" tanya Adriana lagi.

"Shhh.. Come and sit here. Let me tell you something." arah Harraz. Dia menepuk tempat duduk di sisinya dan memberikan ruang untuk isterinya duduk.

"Hold on! Let me tell you something, kadang-kadang lebih baik kita menelan pahitnya suatu kebenaran daripada sering menyatakan kata-kata yang manis walhal semua itu hanya untuk menutup penipuan." tersentak Harraz saat mendengar kata-kata yang dilontarkan oleh isterinya.

"Dengar dahulu apa yang hubby nak jelaskan selepas itu terpulang pada baby." ucap Harraz.

Dia hanya menurut arahan suaminya. Huh! Penat berlari dari bawah sekali suaminya elok boleh berjalan. Hati ini geram tapi sudah janji pada diri untuk berubah kan. Jadi anggap sahaja la dia tidak nampak apa yang berlaku tadi. Sedap je dia game kita. Dasar lorh!

"Tak sekarang ni bagitahu Iyan kenapa semua ni bersepah? Hubby nak ambil apa tadi?" soal Adriana.

"Hubby sengaja jatuh kan supaya baby naik, hubby tak boleh berjalan kan." selamba dia menjawab begitu. Harraz mengangkat sebelah keningnya.

'Sengaja! Sorry babyboo. I can't act anymore. I really need you, wanna hug you. So kita cepat kan misi kita. Harap berjaya lah.' bisik hati Harraz.

"Woi! Phone ada boleh call kan, tak perlu rosakkan barang-barang ni lah! Nanti nak pergi holiday kena beli baru lagi. Ish dia ni!" balas Adriana dengan nada geram pada suaminya.

'Jatuh kuda, otak hilang agak nya. Macam tunduk otak hilang. Nasib suami. Kita tak nak masuk neraka dah. Kita nak masuk syurga. Tapi ish geram pula kita dengan chuben kita. Tiba-tiba jadi bangang.' Adriana mengigit hujung bibirnya. Sabar! Dia mendengus kasar. Gewam!!

"Babyboo, tak baik buruk kan suami dalam hati. Tak bau syurga nanti" Harraz mengusik isterinya. Dia tahu Adriana pasti sedang mengomel dalam hati.

Adriana tersedak. Alamak!

"Mama rasa plan kita jadi ke?" soal Hanan.

"I think kali ni misi kita berjaya la Han." celah Harriz.

"Betul! Mama dan baba rasa Iyan akan buat keputusan yang tepat kali ni. Kita doakan supaya mereka akan tetap bersama. Dari gaya Iyan cakap kelmarin, mama tahu dia masih sayang kan Harraz lagi." jelas Maria.

"Linda pun rasa Iyan tak kan berpisah dengan Harraz. Dia sayang Harraz sejak dulu lagi." ujar Linda.

" ujar Linda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now