Nak feel TOLONG BUKA LAGU "DI SAAT PATAH HATI-DADALI" sepanjang baca chapter ni.
Kali ini perjalanan mereka agak jauh sedikit dari bandar. Harraz mengambil penerbangan terus ke Cappadocia untuk acara utama mereka iaitu HOT AIR BALLOON. Lebih jimat masa berbanding mereka sewa van atau bas untuk ke sana. Di dalam perjalanan Hanan mengambil peluang untuk bertanya pada Harraz tentang keadaannya sekarang.
Sejujurkan hampir semua ahli keluarganya tidak menyangka yang Harraz mampu mengharungi tempoh tujuh tahun tanpa isteri disisi.
Bukan tiada orang yang menanyakan atau memperkenalkan mana-mana wanita sebagai calon isteri baru pada Harraz tetapi semuanya di tolak.
Itu semua kerana "Adriana Humayra the only babyboo for Harraz Mikael" sejauh mana dia pergi dan jika dia tidak kunjung tiba kepangkuan Harraz semula suatu hari nanti dia ikhlas kan pemergian isterinya. Ini lah yang di nama kan kifarah hidup atas apa yang pernah dilakukan pada isterinya dulu. Harraz redha atas ketentuan yang Allah takdir kan untuknya.
"Harraz, aku nak tanya sikit boleh?" tanya Hanan
"Apa dia? Macam serius sahaja soalan tu." jawab Harraz.
"Apa pendapat kau kalau suatu hari Adriana muncul?" soalan Hanan bukanlah soalan yang pertama di dengar kerana itu juga la soalan yang sering bermain difikiran nya sejak hari kelahiran Aryan dan Adeena.
Soalan Hanan sudah mula mengganggu fikiran Harraz. Kepala nya mula terasa sakit kerana terlalu berat untuk dia meletakkan harapan yang tinggi bahwa wanita itu akan kembali semula. Tiba-tiba memori tujuh tahun lalu singgah di ingatannya. Awalnya indah tetapi berakhir dengan kekecewaan.
7 tahun yang lalu.....
"Hubby!! I-Iyan nak tengok anak-anak kita." ucap Adriana.
"Taraaaaa. Comel kan. Semua muka ikut muka sayang." Harraz membuat kejutan pada isterinya.
"Aik mana seorang lagi?" soal Adriana. Dia pula yang pelik tidak mungkin dia silap, dia yakin dia melahirkan tiga orang anak secara normal.
"Oh yang tu keadaan dia agak lemah jadi doktor tahan dia di incubator. Nanti dia sudah sihat kita ambil dia bawa balik ya sayang." jawab Harraz.
Harraz cuba menyembunyikan kesakitan yang dirasa kerana saat ini Adriana terlihat sangat bahagia dengan kehadiran cahaya mata mereka. Tiba masanya dia harus memberitahu keadaan Aiman yang sebenar.
"Hubby thank you for everything. Iyan rasa keluarga kita cukup lengkap sekarang. Iyan tak sabar nak jaga mereka dan melihat si kembar ni membesar depan Iyan bersama hubby. Nak yom ciked. Muah!" balas Adriana dengan girang. Dia merangkul kepala Harraz lalu dicium pipi si beku itu berkali-kali.
"Boo, jangan macam ni silap tak sempat berpantang ni nanti. Hubby lama dah tahan puasa ni." Harraz sengih nakal."Haip! Sabar lu der. Penat wa ni tak hilang lagi lepas bersalin sekali tiga ni." jawab Adriana. Tangannya sudah mula mendarat di lengan Harraz seperti penyepit ketam.
YOU ARE READING
ABANG BEKU RED FLAG || (C)
Romance"Dia memang tak boleh senyum langsung ke?" Ujar Adriana Humayra "Tak kau apahal? Semua benda nak kena ada aku ke?" Siapa lagi kalau bukan Harraz Mikael "..... kenapa abang Harraz tak suka Iyan? Kenapa bersikap dingin dengan Iyan, lepas tu kan tengki...