09 | 𝑯𝑨𝑹𝑹𝑨𝒁 𝑿 𝑨𝑫𝑹𝑰𝑨𝑵𝑨

14.1K 646 45
                                    

'Ish! Pukul 9 malam dah! Banyak betul kerja hari ini. Makan pun tak sempat.'  Bisik hati Adriana.

Dia bergegas mengemas barang-barangnya sebelum pulang ke rumah.

Sedar diri Adriana, kau tu baru lagi. Malik memberi peluang kepada Adriana untuk belajar dari bawah sehingga dia betul-betul layak untuk memegang jawatan besar sebelum menjadi pemegang saham dalam syarikat.

Dia diberi peluang untuk bekerja di dalam Malik Empire setelah membuat keputusan untuk berhenti dari pekerjaannya sebelum ini di jabatan sumber manusia.

Setengah jam perjalanan pulang ke rumah akhirnya sampai juga. Huwaaa penat!

"Assalamualaikum. Eh senyap je. Mana semua orang?" Adriana melangkah masuk ke dalam rumah sambil kakinya terjengkit-jengkit. Pelik!

Dia terus meluru ke dapur untuk mencari makanan.

"Ha! Walaikumsalam. Baru balik? Pergi mana balik lewat ni?" Terkejut Adriana apabila terdengar suara yang tidak asing lagi di gegendang telinganya. Siapa lagi kalau bukan Harraz Mikael yang sedang bersandar di dinding bersebelahan dry kitchen.

"Eh abang Harraz, tak tidur lagi?" Sapa Adriana.

"Aku tanya kau dulu kan. Jawab soalan aku!" Adriana hanya menundukkan kepalanya.

"A'ah Iyan baru balik. Banyak kerja di pejabat. Abang Harraz dah makan?" Saja kan nak borak kosong, lama rasanya tidak bersua muka.

"Dah tu, ni kenapa pakai apron bagai?" Tanya lagi nak masak la abe wei kami lapaq tau dak.

"I-Iyan nak masak maggi. One whole day Iyan tak makan lagi. Ingat balik makanan ada lebih eh sekali tak ada. Iyan lapar! Abang Raz nak sekali?" Simpan gugup kau tu cik Adriana.

"Dah kau pergi naik atas sekarang. Mandi dan bersihkan diri. Maggi tak sihat. Aku masak kan makanan untuk kau." Dia hanya menurut kata-kata Harraz lalu naik ke bilik.

"Psst. Abang Raz, mana semua orang?" Ingat kan dah naik rupanya masih di bawah lagi.

"Mama babah pergi dinner dengan kawan dia. Hanan dan Harriz keluar. So yang tinggal sekarang kau dan aku. Amacam projek apa yang kita boleh buat?" Ewah dia ni ada saja rancangan kolot dia tu.

Harraz memang sengaja kan padahal Harriz ada je di bilik sedang menonton drama Korea.

Tersenyum lebar Adriana selepas membersihkan diri, terus badan rasa auto segar dan bertenaga macam mandi waktu pagi weh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tersenyum lebar Adriana selepas membersihkan diri, terus badan rasa auto segar dan bertenaga macam mandi waktu pagi weh. Belum sempat dia mengambil baju di wardrobe, Adriana tersungkur di birai katil. Entah kenapa kaki nya gatal nak melanggar itu dan ini. Mata ada pun tak tahu lah tengah tengok apa sehingga kan dia bisa tersungkur.

Gedebuk! Buk!! Adeh!

"Arrhhhh." Harraz terdengar suara orang menjerit. Dia berlari naik ke atas nafas nya menderu laju. Macam-macam la budak seorang ini jenuh aku nak jaga dia ni. Haish!

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now