Harraz terkejut apabila Maria memintanya untuk lupakan Adriana. Tapi kenapa tiba-tiba?
"M-m-maksud mama? Lupa kan Adriana? B-b-but why?" Soal Harraz.
"Yes! Lupakan dia. Harraz bina hidup baru. Selepas ini kamu tak perlu lah bersusah payah menjaga dia lagi." Jawab Maria dengan bersahaja.
"T-t-tapi mama.. Iyan adik Harraz, Harraz perlu..." Belum sempat Harraz menghabiskan ayatnya, Maria mencelah lagi.
"Perlu apa lagi Harraz? Atau kamu ada simpan apa-apa perasaan pada Adriana? Tidak kan? Sebab apa yang mama lihat, kamu berdua tidak pernah baik. Jadi lebih baik kamu lupakan dia..."
Ibu mana yang mahu melihat anak perempuannya terluka, kecewa dan sedih kerana cinta.
Pada awalnya Maria hanya bertanya tentang Qasyah pada Harraz. Mereka beranggapan Adriana bersama Qasyah kerana anak gadisnya berkawan rapat sejak di universiti lagi. Hati nurani seorang ibu mana pernah salah. Maria yakin anak gadisnya bersama Qasyah.
Maria dan Malik mahu melihat sejauh mana perasaan Harraz terhadap Adriana memandang kan sekarang Harraz sudah mengetahui bahwa dia bukan abang kandung Adriana lagi.
Well.... Mereka sudah lama merancang. Kita yang lalai. Ceh!
"...Lebih baik Adriana bersama dengan orang lain. Yang boleh jaga dan sayang dia sepenuh hati. Contoh macam Qasyah Uwais tu ke. Mama suka dia.." Maria saja buat begitu kerana dia mahu melihat sejauh mana Harraz menyimpan perasaan terhadap Adriana. Ada yang panas tapi bukan api.
"Qasyah!!!! No mama!!! I say no!!! Raz tak kisah kalau Iyan mahu dengan pilihan hatinya sendiri tetapi lelaki itu bukan Qasyah Uwais! Sudah lah ketot, dahi jendul bak padang golf..." Harraz sudah tidak senang duduk apabila mendengar nama lelaki tak guna itu.
Hanan dan Harriz di sebalik dinding yang membezakan ruang tamu dan dapur sudah menahan tawa mereka.
"Weh, Harraz ego betul kan. Cakap jela sayang dekat Iyan. Mangkuk ni itu pun susah!" Komen Harriz.
"Shhh, kau diam. Kang mama dengan babah tahu kita dekat sini." Hanan tonjol dahi Harriz yang tak henti-henti komen perbualan Maria dan Harraz.
"Mama!!! I know her very well. Tolong lah, mama!! Iyan tak suka lelaki pendek. Dia suka lelaki sado!" Ceh angkat bakul nampak Harraz!
Maria dan Malik saling berpandangan. Ada yang tak beres ni. Dalam hati ada taman juga si Harraz ni. Mueh Mueh Mueh...
"What? Betul kan?" Harraz pelik melihat mama dan babanya.
"Are you trying to describe yourself, Harraz?" Malik cuba mencucuk. Mesti kena punya la kali ini.
Muka Harraz sudah mula merah padam. Aduh! Kantoi sudah.
"Harraz sayang Iyan?" Soal Malik serius. Terkedu Harraz dibuatnya.
"Sayang cinta mati tu Babah! Kan Raz!" Sergah Harriz dan Hanan yang baru menuruni anak tangga.
Harraz masih mendiamkan diri. Dia tertunduk malu kerana saat ini dia bukan sesiapa dalam keluarga Malik Khan. Dia hanya lah anak angkat Malik Khan dan Maria Jane sahaja.
"Selama ini, Harraz rasa macam mana? Sayang? Benci? Tak suka ke pada Adriana." Soal Malik lagi.
"Raz.... Ermmm.. Sa... Sa-- Sayang Iyan. Sayang sangat pada budak kecil tu. Silap Raz sebab biarkan perasaan sayang lebih dari seorang adik itu wujud.... Dan... Itu juga lah salah satu punca kenapa Raz selalu berkasar dengan Iyan. Untuk elakkan perasaan tu hadir lagi dan lagi."
YOU ARE READING
ABANG BEKU RED FLAG || (C)
Romance"Dia memang tak boleh senyum langsung ke?" Ujar Adriana Humayra "Tak kau apahal? Semua benda nak kena ada aku ke?" Siapa lagi kalau bukan Harraz Mikael "..... kenapa abang Harraz tak suka Iyan? Kenapa bersikap dingin dengan Iyan, lepas tu kan tengki...