66 | ABANG BEKU RED FLAG (SPECIAL)

6.9K 248 35
                                    

3 TAHUN KEMUDIAN....

Harriz menghampiri Hanan dan Harraz yang sedang minum petang di halaman rumah.

"Woi, muka tu tak payah lah tegang sangat. Ni aku ada soalan nak tanya." Tegur Harriz yang muncul entah dari mana.

"Kau punya soalan jarang yang bijak Riz." Perli Harraz sambil meneguk secawan kopi yang di bancuh oleh isteri tercinta. Cewah!!

"Come on! Ni level genius tau." Balas Harriz Mika.

"Seman pergi ke bandar menaiki motor, motor yang dia naik tu ada dua tayar. Kemudian kedua-dua tayar tu pancit. Dia nak pergi servis minyak hitam semua tu lah. Jadi dalam perjalanan dia  berdepan dengan kereta banyak dan jalan sesak tapi akhirnya dia berjaya sampai ke bengkel dengan selamat. Bila dah tukar minyak hitam dan tampal tayar yang pancit tadi. Sekarang dia nak pastikan perjalanan dia dengan selamat. Jadi soalannya dia pergi dengan siapa?" Punya panjang cerita Harriz tetapi soalan pendek itu sahaja.

Hanan dan Harraz saling berpandangan sebelum mereka berdua menjawab soalan terpaling genius Harriz itu.

"Dia pergi seorang lah. Motor pancit kan mana boleh bawak orang." Harraz menjawab penuh dedikasi. Kali ini dia harap jawapan nya betul.

"Dia pergi dengan motor dia." Jawab Hanan ringkas.

"TETTTT!!! SALAH! Jawapannya dia pergi dengan selamat lah. Kan aku cakap tadi dia berjaya  sampai ke bengkel dengan selamat." Amboi Harriz macam itu je kau gula kan abang-abang kau ya.

"Aku nak tanya kau, siapa bagi soalan ni pada kau?" Soal Harraz bila di gula-gula kan seperti itu.

"Tiara yang bagi, hebat kan bini aku main teka teki. HA HA HA." Santai Harriz menjawab soalan Harraz tadi.

"Sangat bijak Harriz Mika. Kau dah boleh masuk group Adeena tu yang loyar buruk banyak sangat ni." Hanan tonjol dahi Harriz yang masih lagi tertawa kerana dapat mengenakan abang-abangnya.

Terpinga-pinga Harriz lalu terfikir salah ke soalan teka teki tadi atau mereka tidak boleh terima yang mereka tidak sebijik Harriz Mika? Kedua-dua abang nya bangun dan pergi meninggalkan Harriz sendirian di taman.

Terpinga-pinga Harriz lalu terfikir salah ke soalan teka teki tadi atau mereka tidak boleh terima yang mereka tidak sebijik Harriz Mika? Kedua-dua abang nya bangun dan pergi meninggalkan Harriz sendirian di taman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"No!!!!!!! No!!!!!!!!!!" Adriana meracau dan terjerit-jerit walaupun dia masih dalam tidurnya.

"Hey, babyboo! Wake up baby. Kenapa ni?" Tubuh isterinya di goncang berkali-kali namun Adriana masih menjerit-jerit.

"Kau tipu! Berambus kau! Dasar penyondol!" Tercengang Harraz bila perkataan itu keluar dari bibir isterinya.

"Adriana Humayra! Babyboo bangun... Kenapa mengigau, meracau yang bukan-bukan ni." Harraz masih berusaha untuk sedarkan isterinya.

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now