65 | ABANG BEKU RED FLAG (FINAL)

19K 696 887
                                    

Dua minggu sudah berlalu, sejak Harraz di masukkan ke hospital akibat kecederaan daripada serangan samun di kedai yang berdekatan perumahan mereka. Kini Adriana redha akan ketentuan Allah. Jika di takdirkan Harraz pergi meninggalkan mereka, dia harus terima dengan hati yang terbuka.

Tok!

Tok!

"Bos, ada polis nak jumpa bos. Boleh saya bawa dia ke sini?" sapa Lia.

"Ehem, boleh Lia. Bawa dia ke bilik saya. Nanti tolong panggil Tuan Hanan dan Tuan Harriz sekali ya." arah Adriana sambil membetulkan kedudukannya.

Tidak lama kemudian pegawai polis serta dua orang abangnya tiba di bilik Adriana.

"Puan Adriana, maaf mengganggu. Saya ada berita baik untuk puan dan tuan sekeluarga." jelas pegawai polis itu.

Wajah Adriana sudah mula melakar senyuman, akhirnya penjahat itu di tangkap. Sekurang-kurangnya tiada lagi korban selepas ini.

"Siapa orang tu tuan? Boleh saya lihat wajahnya atau paling tidak pun nama nya?" soal Adriana.

Hanan dan Harriz juga menunggu jawapan daripada pegawai polis itu.

"Ini orangnya puan. Nama lelaki ini Eric Rizqi. Jika puan pernah dengar tentang abangnya Adam Rizqi terlibat dalam kemalangan jalan raya yang dirancang oleh orang terdekat nya beberapa tahun lalu."

Pegawai polis itu menunjukkan gambar lelaki itu. Wajah yang tidak asing baginya. Hampir seluruh ahli keluarga Adam Rizqi mengenalinya dan begitu juga dirinya.

Adriana terduduk, dia bingung dengan keadaan ketika itu. Apa lagi yang mereka tidak puas hati pada keluarganya. Kenapa seluruh keluarga Adam masih berdendam terhadap dia dan keluarganya. Sedangkan mereka putus dahulu kerana Adam Rizqi cuba memperkosa dirinya.

"Tuan, si pelaku ada memberitahu tujuan dia berbuat demikian?" tanyanya lagi.

"Tiada tetapi saya yakin dia kenal sekali dengan suami puan sebab suami puan paling teruk cedera berbanding orang ramai di kedai itu.." jelas pegawai polis itu.

"Boleh saya jumpa dia tuan?" pinta Adriana.

Pegawai polis itu mengangguk laju. Mungkin dengan cara ini kita dapat membantu siasatan.

"Hey betina? Kau buat apa di sini? Suami kau mesti dah mati kan? Kesian jadi janda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hey betina? Kau buat apa di sini? Suami kau mesti dah mati kan? Kesian jadi janda." Eric menyapa Adriana.

"Ka...kau sengaja nak bunuh dia ke? Hah!!" soal Adriana. Emosinya mula terganggu dengan kata-kata Eric tetapi dia cuba berlagak tenang.

Di tiang besi yang memisahkan mereka berdua. Adriana cuba untuk mendapatkan bukti. Telefon bimbitnya di pegang erat bagi memudahkan dia merakam setiap kata-kata yang keluar dari mulut Eric. Dia harus kuat untuk menegakkan kebenaran dan hak untuk suaminya.

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now