32 | ABANG BEKU RED FLAG

12.5K 580 44
                                    

"Happy birthday Adriana Humayra a.k.a nenek lampir a.k.a babyboo kesayangan aku" ucap Harraz.

Sempat ya cik Harraz a.k.a cik beku sado macam popeye mencium dahi Adriana.

"Woi popeye, mana boleh? Tengok semua tengah pandang kita lah" Adriana mencubit perut Harraz. Dia menolak manja tubuh jejaka itu. Malu!

Ahli keluarganya yang lain hanya tersenyum melihat love bird itu. Sabar!!

"Eleh! Nak manja kena kawin lah dulu. Kan sayang!" Tiba-tiba Harriz mencelah sambil memeluk babybum kesayangannya dia.

"Err.. M..mana boleh!"

"Siapa kata tak boleh?" Hanan menjawab.

"Since semua ada, Raz ada berita nak sampai kan" Harraz tiba-tiba membuat pengumuman.

Pengumuman apakah?

"Sebelum Harraz melanjutkan pengumuman tu baba rasa tak baik kita biarkan berita yang adik dah tahu dari orang lain tergantung sepi..." Celah Malik.

Adriana tercengang. Berita apa sebenar nya. Salah channel ke sekarang ni?

Channel apa yang dia buka sekarang ni?

"Iyan, anak Baba. Sebenar nya mama dan baba ada berita ingin kami berterus terang pada princess. Apa yang Iyan dengar dari arwah Qasyah tu ya memang benar. Harraz bukan lah abang kandung Iyan. Mama dan baba ambil Harraz sebagai anak angkat kami sejak dia dilahirkan dan selang beberapa minit selepas Harriz dilahirkan. Ibu ayah Harraz meninggal pada hari yang sama Harraz dilahirkan..."

"...Jadi mama kesian pada masa depan dia. Baba decide untuk jaga dia. Dan kebetulan mama kamu tak cukup susu waktu itu, mama minta bantuan aunty Melissa untuk jadi ibu susuan Harraz. Disebabkan itu baba dan mama bercadang untuk satu kan kamu berdua. Itu pun kalau kamu berdua okay lah. Baba tak paksa..." Jelas Malik Khan.

"Mama pun nak minta maaf dekat semua anak-anak mama, bukan niat kami nak rahsia kan tetapi hanya satu iaitu mama takut jika mama sampaikan dari dulu lagi, mungkin Harraz tidak bersama kita hari ni. Mungkin dia lari tinggal kan kita semua..." Maria mencelah. Kali ini biar lah dia yang cerita kan semua nya.

"...Jadi kerana itu mama nekad untuk tunggu sehingga lah kamu semua meningkat dewasa sebab tak nak kehilangan seorang pun dari kamu berempat. Kalau kamu berdua setuju mama nak satukan Iyan dan Harraz. Dan sebab itu lah mama dan baba selalu bertegas dari segi pergaulan kamu berempat. Tetapi bila dah besar ni. Geram mama tengok. Harraz bukan main ya. Ingat mama tak nampak. Hurm" Maria menjeling kearah Harraz

"M-m-mama itu bukan seperti yang mama sangka kan. S-s-alah faham tu" Adriana cuba memperbetulkan keadaan.

"Benda dah lepas. Mama tak mahu kamu berdua ulang lagi ya. Kalau suka kalau nak, kahwin terus. Settle" sejak bila Maria jadi rempits ni.

Terbeliak mata Harraz dan Adriana. Betul ke ni?

Pasti itu yang berkata-kata dalam hati Harraz dan Adriana.

"Mama, baba thank you sebab masih sudi nak share berita ni walaupun Iyan sudah tahu dari orang luar. For me, I don't have any problem pun dengan status abang Harraz sekarang. Yang penting dia masih abang Iyan. Hihi" balas Adriana.

Benda sudah lepas buat apa nak drama lagi kan. Memang instinct Adriana sebelum ini pun rasa Harraz bukan abang nya. Terutama cara layanan Harraz.

"Jap! Jadi abang Harraz ada adik beradik lain tak?" Tanya Adriana.

"No! Dia anak tunggal. Dan paling mengejutkan lagi. Parents Harraz pun anak tunggal" balas Maria.

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now