16 | 𝑯𝑨𝑹𝑹𝑨𝒁 𝑿 𝑨𝑫𝑹𝑰𝑨𝑵𝑨

12.7K 637 49
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan mempelai ini, debaran kian terasa, hari ini merupakan hari bahagia buat Hanan Mirza dan Linda Nourel. Sama cantik sama padan. Majlis perkahwinan mereka bertemakan Melayu moden. Berbaju songket sulam berwarna silver.

"Aku terima nikahnya Linda Nourel Binti Abdullah Alexander dengan mas kahwinnya lapan ribu ringgit tunai!"

*sah!*
*sah!*
*sah!*

"Alhamdulillah syukur" Ucap Malik. Akhirnya anak sulung mereka mendirikan masjid bersama wanita pilihannya.

Dengan sekali lafaz, Linda Nourel sah menjadi isteri kepada Hanan Mirza.

"Alhamdulillah anak mama, ingat jaga Linda macam mana mama jaga kamu ya Hanan!" Ujar Maria.

"Yeyeye! Tahniah abang Han. Tahniah kak Linda. Yeah tak lama lagi Iyan dapat anak buah" Menari-nari tangan Adriana ke kiri ke kanan bersama Linda. Bahagia sungguh melihat pasangan ini. Adriana bahagia sangat melihat abangnya bersama Linda. Teringat waktu dulu punya lah berusaha nak satukan mereka berdua rupanya mereka sudah mula'dating' bersama.

"Tahniah Han. Make sure production cepat eh. Kasi mama dan babah cucu cepat sikit" Selamba sahaja Harraz sambil tangannya merangkul leher Adriana dari belakang. Amboi semakin berani nampak Harraz.

"Ish rosak lah tudung orang. Abang Raz!!! Tepi!!" Adriana mencebik.

Tiba-tiba wajah Harraz ditolak kasar.

"Woi mangkuk mana tolak muka aku... Nn-ni.. Eh T-tok W-wan d-dah l-lama s-sampai?" Kenapa gagap tu Harraz?

"Padan muka buek! Tok Wan thank you selamatkan cucu kesayangannya mu ini."  Sempat Adriana mengejek Harraz dan kemudian dia terus memeluk Tokwan dan Tok Uminya.

"Kamu jangan macam-macam Harraz. Habis pakaian adik tu kamu kerja. Tengok habis cucu aku sudah tidak cantik lagi. Ish!" Tok Umi menepuk tangan Harraz.

"Tok Umi biar kan lah dia tu. Memang asal dia tidak cantik pun kan!" Jawab Harraz.

"Kalau tidak cantik kenapa Tok Umi nampak kamu asyik pandang je muka adik tu?" Ayok Tok Umi nampak. HAHAHA. Terus terdiam Harraz dibuatnya saat itu juga Adriana memandang tepat ke arah Harraz.

'Hanya engkau ada di dalam hati ini. Tiada yang lain. Bukan masa lalu ku tetapi masa depan ku. Cuma keadaan tidak bisa mengubah apa-apa kerana kau hanya lah ADIK aku!'

 Cuma keadaan tidak bisa mengubah apa-apa kerana kau hanya lah ADIK aku!'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai sahaja majlis nikah, masing-masing kepenatan. Adriana masih lagi terjaga. Matanya mengantuk tetapi tidak bisa tidur. Lama juga Adriana tidak mendengar berita daripada Harriz. Adakah dia baik-baik sahaja?

"Assalamualaikum abang Riz! Sorry kalau Iyan ganggu abang waktu macam ini. Iyan rindu dengan abang lah, bila abang Riz nak balik Malaysia? Abang tidak mahu jumpa adik abang yang comel lagi cantik ni ke?" Adriana menekan butang hantar.

ABANG BEKU RED FLAG || (C)Where stories live. Discover now