BAB 11

2.5K 71 7
                                    

Bulan yang sudah di ganti dengan matahari,kini lia yang sudah banggun itu dengan malas ia banggun duduk bersandar di kepala katinya,sekali pandang ia melihat jam di sebelahnya yang sudah menunjukkan sudah pukul enam setengah pagi

Dengan pantas ia banggun dan berlalu pergi untuk membersihkan dirinya dan menunaikan solat subuh sebelum ia terlepas waktu solat.

Selepas sahaja lia sudah selesai membersihkan dirinya dan menunaikan solat ia segera turun kebawah apabila ia mendengar bunyi riuh di bawah.

Turun sahaja,lia segera melangkahkan kakinya ke ruang meja makan,kini tahu lah lia kenapa riuh sangat di meja makan dengan telatah anak buahnya dan dengan cara layan abangnya pada kakak iparnya itu membuatkan ia cemburu,sungguh harmoni keluarga ini.

Sungguh ia katakan ia terlalu cemburu dengan pasangan suami isteri di hadapannya,lia yang melihat kemesraan keluarga abangnya itu ua jadi terbayang kalau ia seperti itu dengan aryan.

Tetapi seketika lia yang seakan teringat dengan kata-kata aryan sebelum ini ia tersenyum hambar mustahil untuk ia dapat layan sebegitu dari aryan.

'Apa yang kau harap sangat lia dia terima kau sebab nak buat kau menderita jer lia.' Bisik lia di dalam hatinya.

"Adik termenung apa tu meh lah duduk makan sekali." Tegur Tengku syafiq yang perasan akan kehadiran lia disitu.

Teguran tengku syafiq itu membuatkan lia tersentak dari lamunannya,dengan pantas lia melangkahkan kakinya dan mengambil tempat di sebelah tengku izalia.

"Adik,nanti jumpa along dekat taman mini." Kata tengku syafiq yang memberi arahan pada lia,lia pula hanya mengangguk dan terus menyambung menikmati makanannya.

Selepas sahaja semua sudah siap selesai makan dengan segera lia mencari keberadaan abang sulungnya itu di taman mini yang tengku syafiq katakan itu.

"Ada apa-apa ke along nak bagi tahu adik." Soal lia kearah tengku syafiq.

"Tak ada apa sahaja ajak adik borak iyer lah lama dah kita tak borak sekali." Balas tengku syafiq yang memandang sekilas muka pucat adiknya itu.

"Alah along ni tak kan dua puluh empat jam kita nak jumpa masing-masing dah ada keluarga sendiri,along dah ada tanggungjawab along adik pun dah ada tanggungjawab adik." Balas lia yang sedang merenung bungga ros dihadapannya itu.

"Adik okey tak ni pucat macam ajer muka tu kenapa?." Soal Tengku syafiq yang mengubah topik asal mereka.

Lia yang tersentak itu dengan cepat ia melihat mukanya di skrin telefonya,sungguh ia tidak perasan dengan mukanya yang pucat itu.

"Ouh ni,biasalah tidur lambat tu pucat ajer muka." Balas lia yang menyedapkan hati sang abang ia tidak mahu alongnya terlalu risau dengannya.

"Are you sure sweetheart?." Soal Tengku syafiq dengan alis matanya terangkat satu.

Bukan lia menjawab soalan tengku syafiq ia malah mendiamkan dirinya ia seperti tidak tahu mahu berkata apa,mustahil untuk lia menipu tengku syafiq.

"Adik ada masalah dengan ar kan?." Soal Tengku syafiq lagi.

"Entah lah long adik tak tahu lah nak cakap apa,sakit long sakit,kadang adik rasa kenapa bukan adik jer yang mati masa tu?kenapa mesti irah? Adik cuba nak jelaskan dekat dia tapi ar langsung tak nak bagi adik peluang untuk jelaskan dekat dia,adik penat long dia lagi percayakan orang luar dari isteri dia,adik kecawa sangat-sangat kadang adik rasa macam nak jer pergi bunuh diri tapi Haih entah lah adik penat nak pikir semua ni lagi." Kata lia yang meluahkan semua yang ia pendamkan selama ni.

Sekarang ni apa yang ia mahukan ialah bahu untuk ia bersandar sementara sungguh ia sudah penat dengan semua ini,manakala tengku syafiq yang mendengar luahan dari adiknya itu menarik perlahan nafasnya sungguh ia berasa sedih melihat adiknya ketika ini.

AKU YANG ENGKAU BENCI (C)Where stories live. Discover now