Hari di ganti hari bulan di ganti bulan kini sudah dekat Lima bulan lia dan aryan tidak bertegur sapa,aryan dengan dunianya lia dengan dunianya ada juga lia tegur aryan malah ia hanya dapat palau dari aryan sahaja.
Pagi-pagi lagi aryan sudah keluar pergi kerja lia pula hanya setia duduk dirumah sejak kejadian dikampung itu aryan langsung tidak membenarkan lia keluar rumah langsung, kalau mahu keluar pun Mesti kena ada seorang bodyguard bersama lia.
Lia yang sudah bosan itu ia hanya duduk membaca buku novelnya didalam bilik. Ia hanya setia duduk membaca sehingga telefonnya berbunyi menandakan satu notifikasi masuk.
Dengan malas lia membuka telefonnya dan membuka mesej yang terdapar di notifikasinya itu.
Nombor tidak dikenali
"aku akan pasti kan yang aryan akan jadi hak milk aku"
Lia sudah muak dengan mesej itu dari haritu lagi mesej yang sama dihantar tetapi tidak tahu dari siapa, lia sudah malas mahu layan macam ia tidak tahu dari Siapa yang hantar cuma sahaja ia buat tidak tahu.
Sahaja ia mengabaikan mesej itu kalau haritu ia membalas sekarang ia sudah malas untuk balas semula, kalau balas sekalipun jawapan yang sama ia dapatkan,nak ugut orang tapi tak pandai.
"apa benda lah perempuan ni nak? Malas aku layan baik baca novel lagi berfaedah dari layan perempuan meroyan ni langsung tak berfaedah." bebel lia seorang diri dan terus sahaja ia mencampak telefonnya ketepi dan terus ia menyambung semula membaca.
Manakala di lain tempat pulak seseorang menghempaskan telefonya geram kerana tidak mendapat balasan dari lia.
"Eeee kau memang saja cabar kesabaran aku lia!!." marahnya Dan menghentakkan semua barang yang ada di hadapannya.
BANG...
PRAK...
"ARGHHHH AKU BENCI KAU LIA AKU BENCI KAU!!!!!! PATUTNYA KAU MATI DENGAN IRAH SEKALI. HAHA KAU TUNGGU AJAL KAU SAMPAI TAK LAMA NANTI LIA AKU AKAN PASTIKAN ARYAN JADI HAK MILIK AKU. HAHAHA!!." raung orang itu didalam bilik yang sudah berselerak.
"mairah bukak pintu ni sayang, mairah jangan buat mumy macam ni sayang." pujuk Tengku syarifah ia sungguh terkejut mendengar jeritan dari bilik anaknya itu.
"APA YANG MUMMY Nak?" Soal mairah kasar. Wahh sungguh kurang ajar ya kamu lain kali jangan lahir kamu.
"mairah jangan macam ni sayang. Mairah tak kesian dekat mummy ke? Mummy risau tengok mairah macam ni." kata Tengku syarifah lembut pada anak bongsunya itu.
"KALAU MUMMY TAK NAK TENGOK MAI MACAM NI MUMMY PERGI SURUH AR CERAI KAN PEREMPUAN TU." Tengking mairah lagi pada Tengku syarifah.
PANG...
Satu tamparan hinggap di muka mairah. Sungguh sekarang ini Tengku syarifah sudah hilang sabar dengan anaknya sorang ini. Dari dulu sehingga kini langsung tidak pernah nak dengar kata. Ia berasa bersalah dengan arwah irah yang menjadi korban kemalangan itu.
"TENGKU MAIRAH SYAKILA MUMMY TAK PERNAH AJAR KAMU JADI KURANG AJAR MACAM NI. TOLONG TERIMA TAKDIR YANG AR TU BUKAN JODOH KAMU, AR TU DAH ADA BINI MUMMY BAGI AMARAN DEKAT KAMU YER SEKALI LAGI KAMU KACAU RUMAH TANGGA AR MUMMY HANTAR KAMU DEKAT LUAR NEGARA BALIK!! KAMU NAK?." Marah Tengku syarifah yang suaranya sudah naik seoktaf.
YOU ARE READING
AKU YANG ENGKAU BENCI (C)
Fiksi RemajaTengku Aryan Mikael bin Tengku Adam ia tidak dapat menerima kenyataan yang sang isteri tercinta sudah pergi buat selamanya dan ia dipaksa untuk menerima kenyataan yang arwah sang isteri memberi wasiat untuk ia menikahi dengan kawan baik arwah isteri...