Lia yang sedang duduk termenung di taman mini milik Tengku Syafinas itu, di hampiri oleh Aryan. Kehadiran Aryan langsung tidak disedari oleh Lia tersenyum kecil kepala Aryan melihat Lia yang tidak perasan akan kehadirannya di di situ.
"sayang termenung apa tu?" soal Aryan yang menyentakkan Lia dari termenungnya.
Lia mengusap perlahan dadanya akibat terkejut dengan teguran aryan terhadapnya. Aryan buat-buat tidak nampak pandangan tajam Lia terhadapnya. Nak marah tapi kena sabar........nak marah tapi kena sabar.
"tak ada termenung apa pun,saja sayang duduk dekat sini." balas lia yang memandang penuh minat terhadap bunga ros milik Tengku Syafinas.
Terangguk perlahan kepala Aryan mendapat jawapan dari lia, dan terus sahaja matanya memandang ke arah bunga rose yang dilihat oleh Lia.Seketika dia tersenyum melihat pandangan penuh minat oleh Lia terhadap bunga rose itu.
"hubby!!!nantikan kalau anak kita perempuan sayang nak letak nama dia Tengku Adriana Rose, sedapkan nama tu?" ujar Lia dengan penuh semangat.
Dengan perlahan Aryan memandang ke arah Lia yang sudah tersenyum lembut ke arahnya, terangguk kepala Aryan tanda menyetujui cadangan Lia itu.
"Sedap nama tu, mana sayang dapat? tapi kalau baby boy hubby nak letak nama dia Tengku Darwish Adrian!!! boleh kan?" ujar Aryan yang turut memberi cadang pada Lia.
Tersenyum bahagia Lia saat ini, rasa tidak sabar baby itu keluar menyelubungi didalam hatinya, seketika senyumman Lia hilang di saat hatinya kuat menyatakaan pasti akan ada sesuatu perkara yang tak diingini berlaku, Dia tidak tahu mengapa dia tidak sedap hati secara tiba-tiba.
Aryan yang melihat Lia seperti gelisah itu, dengan perlahan Aryan memusing menghadap ke arah Lia dan dengan secara tiba air mata Lia setitis demi setitis mengalir keluar.
"Hey!!! kenapa ni hm!!! apa yang sayang fikir sampai sayang menagis ni? hmm." soal Aryan sambil mengusap air mata Lia.
Semakin terisak Lia menagis melihat wajah Aryan ketika ini, kenapa hatinya kuat menyatakan ada sesuatu yang akan berlaku sudah sekuat habis dia menepis perasaan itu pergi tetapi mengapa tidak boleh.
Aryan sudah gelisah melihat tanggisan Lia yang makin menjadi-jadi, ligat dia memikir punca apa yang mengakibatkan sang isteri menagis terisak sebegitu sekali perasan serba salah mula hadir.
"hubby, hiksss...andai kata sayang pergi dulu, sayang tak nak hubby nagis okey...sa-sayang tak nak hubby lemah, andai nanti diberi pilihan antara sayang atau baby...hikss sayang nak hubby pilih baby okey hikss... hubby janji dengan sayang yang hubby akan jaga dan sayangkan anak kita dengan penuh kasih sayang." ujar lia yang terisak menagis.
Kata-kata lia sedikit sebanyak membuatkan Aryan tersentak, dia tidak tahu mahu membalas apa tapi mengapa Lia berfikir seperti itu?
Perasaan takut kehilangan menyelubungi di hati Aryan, dia tidak sanggup untuk hilang orang yang dia sayang buat ke dua kali. Cukup arwah Irah pergi dia tidak sanggup untuk kehilangan Lia pula.
"kenapa sayang cakap macam ni? sayang sumber kekuatan hubby, cukup sekali hubby hilang orang yang hubby sayang and now hubby tak sanggup untuk kehilangan orang yang hubby sayang buat kedua kali. dah hubby nak sayang stop cakap macam ni lagi okey!!! ajal maut di tangan tuhan sayang." balas Aryan yang memujuk Lia sedikit, dia tidak suka bila lia cakap begitu.
Dengan lembut Aryan menarik Lia masuk kedalam pelukannya, tiada langsung penolakkan yang diterimanya terus sahaja Lia menagis sejadi-jadinya didalam pelukan suaminya. Sungguh dia takut kehilangan Aryan ketika inidan dia takut dia akan kehilangan pelukan hangat seperti ini.
YOU ARE READING
AKU YANG ENGKAU BENCI (C)
Teen FictionTengku Aryan Mikael bin Tengku Adam ia tidak dapat menerima kenyataan yang sang isteri tercinta sudah pergi buat selamanya dan ia dipaksa untuk menerima kenyataan yang arwah sang isteri memberi wasiat untuk ia menikahi dengan kawan baik arwah isteri...