Pintu bilik kecemasan itu di tenung lama oleh Aryan, dari pukul 12.30 tadi sehingga lah sekarang sudah menunjukkan pukul 3.30 petang masih tiada tanda-tanda dokter yang merawat Lia mahu keluar.
Ariana dan yang lain melihat Aryan begitu memandang sayu,mereka tahu Aryan risaukan Lia dan mereka juga tahu Aryan tidak mahu perkara yang sama terulang sekali lagi dan begitu juga dengan Black Rose mereka juga tidak mahu kehilangan lagi seorang sahabat buat kali kedua.
"Ar...kau pergi lah rehat dulu dari tadi lagi kau dekat sini makan pun tak lagi,pergi lah rehat biar aku dengan Ari yang tunggu dekat sini." Ujar Hayden pada Aryan.
Bukannya dengar Aryan hanya membiarkan kata-kata Hayden di bawa angin.Tiada langsung niat mahu pergi dari situ,yang dia fikirkan ketika ini ialah Lia dan kandungan Lia sahaja.
Keluhan kecil dikeluarkan oleh Hayden,yang lain melihat iti hanya membiarkan sahaja Hayden memujuk Aryan mereka tidak mahu masuk campur.Arisya hanya duduk termenung di tempatnya fikirannya melayang entah ke mana.
Aiden yang baru sahaja sampai kerana sebentar tadi dia turun ke bawah untuk membeli minuman kepada Aryan,dengan perlahan dia menghampiri ke arah Arisya yang masih tidak sedar akan kehadirannya itu.
"Ehem!!!" Deheman dikuatkan untuk menarik perhatian Arisya tetapi hampa Arisya masih dalam dunianya sendiri.
"Ehem!!!" Sekali lagi Aiden berdehem kuat untuk menarik perhatian Arisya.
Tetapi hampa Arisya langsung tidak perduli dengan deheman kuat milik Aiden itu,fikirannya melayang memikirkan keadaan Lia.
Dengan kesempatan yang masih ada,Aiden mengambil kesempatan untuk melihat segenap wajah putih bersih milik Arisya itu dengan senyuman yang makin lebar.Tanpa Aiden sedar Ariana dan Qila yang melihat itu sudah memandang datar ke arah mereka.
Orang tengah risau boleh pula diorang berasmara dekat sini.
Aiden yang sudah mengalah itu dengan malas dia bagun dan berlalu pergi kearah Aryan untuk memberikan minuman botol yang telah dibeli sebentar tadi.
"Ar nah minum dulu air ni." Ujar Aiden yang menghulur sebotol air mineral pada Aryan.
Air mineral itu di ambil,terus sahaja dia membuka penutup botol dan meneguk air mineral itu dengan rakus seperti tidak pernah minum air setahun.
Setelah minum air dia kembali duduk termenung sambil menunggu kehadiran dokter keluar dari bilik kecemasan itu.
Ktak...
Setelah hampir 3 jam mereka menunggu dokter keluar dan sekarang baru lah kehadiran dokter itu keluar dari ruangan kecemasan itu.
"Boleh saya tahu siapa suami kepada Puan Eliana?." Soal dokter itu.
Dengan pantas Aryan bagun dari duduknya dan terus sahaja dia menghampiri ke arah dokter itu sempat matanya mengerling ke arah name tag dokter itu.
"Saya,saya suami kepada Eliana." Balas Aryan pada dokter Aleya itu.
"Macam mana keadaan isteri dan anak saya dokter?" Soal Aryan.
Keluhan kecil dikeluarkan oleh Dokter Aleya itu,walaupun sudah berkali dia berada didalam keadaan ini dia masih sahaja berasa berat hati mahu memberi tahu kebenaran kepada pesakitnya.
"Maafkan kami Encik,kami hanya dapat selamatkan isteri Encik sahaja.Hentakkan yang terlalu kuat mengakibatkan Puan Eliana keguguran dan terdapat juga luka-luka kecil di bahagian badan isteri Encik.Luka di kepala Puan Eliana tidak lah terlalu dalam Alhamdulillah Puan Eliana tiada yang terlalu serius hentakkan yang berlaku di kepalanya tidak lah terlalu dalam." Terang Dokter Aleya pada Aryan.
YOU ARE READING
AKU YANG ENGKAU BENCI (C)
Roman pour AdolescentsTengku Aryan Mikael bin Tengku Adam ia tidak dapat menerima kenyataan yang sang isteri tercinta sudah pergi buat selamanya dan ia dipaksa untuk menerima kenyataan yang arwah sang isteri memberi wasiat untuk ia menikahi dengan kawan baik arwah isteri...