BAB 16

3.2K 97 9
                                    

Lia yang sudah sedar itu hanya duduk termenung menatap kosong tingkap dihadapannya. Manakala aryan pula selepas sahaja ia mengetahui lia sudah sedar sepenuhnya dengan segera ia keluar dan terus sahaja ia menuju ke tempat kerjanya untuk menyambung membuat semula kertas kerja yang sudah rosak semalam.

Dan setitis demi setitis air mata lia jatuh di pipi mulusnya, kini ia benar-benar tidak kuat lagi mahu sahaja ia menjerit sekuat hatinya melepaskan kekecewaannya mengigati kejadian pagi tadi dimana ia sudah sedar sepenuhnya.

Aryan terlalu kejam baginya, ia mahu membecikan aryan tapi ia tidak mampu perasaan cinta itu lebih kuat dari perasaan benci. Cintanya pada aryan terlalu tulus ia tulus mencintai suaminya dengan sepenuh hati.

"hidup lagi rupanya?ingatkan dah mati."

Terngiang-ngiang ayat itu di kepalanya,tidak ia sangka aryan akan berkata seperti itu kepadanya. Apakah aryan betul-betul mahu ia pergi buat selamanya? Benci betul aryan padanya.

"kenapa kau tak mati jer? Tak habis-habis menyusahkan aku."

Dan lagi sekali ayat yang paling ia tidak sangka aryan katakan padanya pedih ia rasakan di hatinya hancur ia rasakan ketika ini, suami sendiri mahu ia mati, suami sendiri yang sanggup berkata begitu kepadanya sungguh ia tidak menyangka aryan sanggup berkata seperti itu padanya.

Kalau diberi pilihan pasti ia mahu bertukar tempat dengan arwah irah,mahu sahaja ia pergi dari dunia ini buat selamanya,mahu sahaja ia menghilangkan diri buat selamanya sungguh ia tidak kuat ketika ini cintanya dibalas dengan kedustaan.

Sedang lia ralit termenung ia tidak perasan dengan kehadiran ariana, qila dan arisya yang sedang menahan air mata melihat keadaan lia ketika ini.

Sungguh mereka tidak sangka yang lia kena seteruk ini, dimana diri lia yang dulu? Yang kuat melawan pihak musuh mereka, yang kuat, yang seceria seperti dulu, kemana hilangnya dirinya dahulu?

"lia." sapa ariana lembut yang menahan sakit dihatinya melihat kawan baiknya seperti ini.

Lia yang mengecat suara itu dengan pantas ia megangkat mukanya memandang ke arah gerangan yang ia rindu iaitu sahabatnya sudah lama mereka tidak berjumpa lia pula sudah jarang boleh dibenarkan keluar rumah.

"korang..." sahut lia perlahan menahan air matanya dari jatuh.

Ariana yang melihat lia hampir menangis itu dengan pantas ia menerpa ke arah lia dan menarik lia masuk ke dalam pelukannya, ia tahu sekarang ini lia perlukan seseorang untuk menjadi bahu padanya.

"hiks...apa salah aku dekat dia ari? Kenapa dia buat aku macam ni? Di...dia bencikan aku ke? Di...dia tipu ari dia tipu.hiks...tak layak ke untuk aku merasai kebahagiaan? Aku...aku penat, aku penat sangat-sangat kenapa bukan aku jer yang mati? Kalau irah ada mesti irah marahkan ari? Hiks." rintih lia didalam pelukkan ariana.

" sakit ari, betapa sakitnya hati aku bila suami sendiri yang nak aku mati, Aku tak sangka dia sanggup kata macam tu dekat aku ari. Apa salah aku dekat dia? Apakah dengan kematian aku membuatkan dia bahagia ari? Kalau dengan kematian aku buatkan dia bahagia aku sanggup ari." rintih lia melepaskan semua yang terbuku didalam hatinya selama ini.

Ariana, qila dan arisya yang mendengar rintihan pilu lia itu memejamkan rapat mata mereka sungguh mereka sedih melihat lia seperti ini.

"shhh...kau tak salah dia yang buta stop salahkan diri kau lia. Dia sayangkan kau lia tapi dia ego, ego dia tinggi dan disebabkan tu lah dia menafikan yang dia sayangkan kau. Sapa kata kau tak layak untuk bahagia? Kau layak lia semua layak untuk merasai kebahagiaan bersama orang yang tercinta. Allah uji kau sebab Allah tahu kau kuat." kata ariana yang menjawab semua soalan yang lia berikan padanya.

AKU YANG ENGKAU BENCI (C)Where stories live. Discover now