Lia yang telah bangun terlebih dahulu hanya duduk termenung di taman mini kegemarannya, tiada sedikit niat pun dia mahu bernganjak pergi lia hanya setia duduk disitu sambil merenung setiap pokok bunga yang ada disitu.
Itu lah rutin harian lia kalau tidak baca novel lia akan duduk termenung di taman mini itu ia berasa duduk termenung itu sudah Sebahagian dari hobinya, lebih tepat hobi barunya.
Tanpa lia sedari di balik jendela di bilik aryan, aryan sudah memerhati lia sedari tadi tanpa sepengetahuan lia.
'kenapa kau masih setia dengan aku lia' getusnya didalam hati.
Apabila sudah puas merenung wajah lia dengan perlahan ia berbalik tubuhnya dan berlalu pergi ke bilik kerjanya untuk menyiapkan kerja yang masih tidak siap lagi.
Lia yang sudah bosan itu dengan pantas dia banggun dari duduknya dan terus sahaja berlalu pergi mencari keberadaan aryan.
Takut? Hanya sedikit perasaan takut ada didalam dirinya. Sudah lama dia mengelak dari aryan biar kali ini dia Cuba untuk berbaik semula dengan aryan jika aryan mahu kalau tidak dia pun tidak tahu mahu berbuat apa lagi.
Sudah merata-rata tempat lia mencari keberadaan aryan tapi tetap sahaja keberadaan aryan lia tidak jumpai, lia yang sudah mula pasrah itu dengan perasaan kesal dia menghempaskan dirinya di katil biliknya.
"haih!!! Penat lah macam gini, satu rumah ni aku dah tawaf tapi tetap tak jumpa dia." keluh lia dengan kesal.
Lia duduk termenung di katilnya sambil mencuba mengigati ruangan yang dia tidak masuk lagi. Satu persatu ia sebut supaya tidak tertinggal satu pun.
"hm, bilik dia dah, ruang tamu dah, taman belakang dah, taman mini dah, ruang Jim dah, bilik bacaan dah, apa lagi eh yang aku lupa." ujar lia seorang diri sambil mengigati ruang yang dia terlupa mungkin.
Ligat lia sedang memikir, bagaikan disambar petir lia teringat dengan suatu bilik yang aryan selalu gunakan untuk menyiapkan kerjanya yang tidak siap lagi yes bilik kerja aryan yang berada Di tingkat bawah berhadapan dengan ruang tamu bawah,bilik itu agak tersorok sedikit yang membuatkan orang akan terlepas pandang.
"bilik kerja emm dah ke belum eh??? ehhhhhh jap bilik kerja dia ishhh kenapa aku boleh lupa bilik tu Mesti dia ada dekat situ punya." ujar lia dengan terkejut dan terus sahaja lia bangun dari pembaringannya dan terus sahaja lia berlalu pergi dengan perasaan yang teruja sekali.
Senyuman tidak lekang dari wajahnya, penuh keterujaan lia turun menghampiri ke arah bilik kerja aryan. Sampai sahaja di hadapan bilik itu dengan tidak mengetuk pintu terlebih dahulu lia terus sahaja membuka pintu yang membuatkan Tuan empunya bilik itu terkejut.
"yes betul tekaan saya." kata lia dengan teruja sambil menepuk tangannya seperti kanak-kanak ribena.
Aryan yang melihat tingkah lia itu memandang pelik, apa yang betul pun dia tidak tahu, tetapi tingkah lia yang seperti kanak-kanak itu membuat aryan sedikit tersenyum walaupun tidak nampak terlalu jelas.
'comel' getus aryan didalam hatinya.
Bagaikan tersedar dengan cepat-cepat aryan membuang senyumannya daripada lia nampak nanti.
"Kau nak apa cari aku?." Soal aryan dingin.
Ceh tadi bukan main lagi puji sekarang dah jadi ais balik apo lah mamat ni.
Bukannya menjawab, dengan tidak takutnya lia terus sahaja menghampiri aryan dan terus sahaja lia duduk di atas ribaan aryan,yang membuatkan aryan terkejut dengan tindakan lia.
Bukannya menolak aryan hanya mebiarkan sahaja dan terus sahaja ia menyambung semula membuat kerjanya yang tertangguh Sebentar tadi.
Sedang kuhsyuk aryan membuat kerjanya ia kembali berhenti dari menaip apabila mendengar tangisan lia yang tidak lah terlalu kuat.
YOU ARE READING
AKU YANG ENGKAU BENCI (C)
Подростковая литератураTengku Aryan Mikael bin Tengku Adam ia tidak dapat menerima kenyataan yang sang isteri tercinta sudah pergi buat selamanya dan ia dipaksa untuk menerima kenyataan yang arwah sang isteri memberi wasiat untuk ia menikahi dengan kawan baik arwah isteri...