BAB 21

2.2K 60 3
                                    

Bulan diganti bulan, hari diganti hari. Kini genaplah enam bulan usia kandungan lia, Wajah tenang lia ketika tidur di pandang dengan penuh minat oleh aryan.

Seketika dia tersenyum melihat gelagat lia yang seperti marah bila orang kacaunya ketika tidur. Aryan tergelak melihat lia yang berkerut dahinya ketika dia mengucup pipi gebu lia.

"hai,anak papa awak tak nak bangun ke?" soal aryan yang mengusap perut bunting lia.

lia yang sudah terjaga dari lenanya itu di pandang serba salah oleh aryan, dia tahu lia terjaga kerananya. Dengan perlahan lia bangun dari baringnya dan duduk tersandar di kepala katinya.

"sorry, hubby ganggu tidur sayang. kalau sayang ngantuk lagi , sayang sambung lah tidur." ujar aryan yang serba salah terhadap lia.

Tersenyum lia melihat aryan yang serba salah kerana telah menganggunya tidur. Ini lah aryan , selepas sahaja tahu lia mengandung terus sahaja dia protective terhadap lia sehingga dia sanggup mencari bibik untuk lia.

"ish,hubby ni sayang dah bangun hubby suruh tidur, sayang tak bangun hubby suruh bangun pulak yang mana satu hubby ni?" ujar lia yang sudah memuncungkan mulutnya.

Aryan yang melihat itu sudah tergelak kecil, sekilas dia lihat dah macam boleh buat penyakut baju dah mulut lia itu.

"alololo, isteri siapa ni yang kuat merajuk ni!!!hmm." sakat aryan.

Lia pula makin muncung mulutnya apabila aryan menyakatnya sebegitu sekali.ini yang tak suka ni selalu kena sakat bila merajuk haih.

"isteri jiran sebelah kenapa? ada masalah ke?" jawab lia selamba.

Memuncung aryan mendapat jawapan sebegitu oleh lia. HAHA padan lah muka orang tengah merajuk pergi menyakat lagi kan dah kena balik.

"ishh!!!tak boleh sayang hubby punya." ujar aryan yang sudah mahu menagis.

Eh dia yang sakat orang tadi dia yang nak nagis bila kena sakat balik lahhhhh tak faham saya dengan ini orang.

Lia sudah tergelak kecil melihat aryan yang sudah mahu menagis itu.ini kalau sakat lagi ini sampai malam karang tak habis lagi.

'haih nasib laki aku kalau tak dah lama aku campak dekat thailand.' ujar lia didalam hatinya.

Ini kalau cakap betul-betul ni makin menagis lah baby besar ni, tak pasal-pasal lia pula yang memujuknya.

"haih,hubby!!!hey jangan lah nagis lagi." pujuk lia dengan lembut.

Bukannya berhenti malah aryan makin kuat menagis,pening kepala lia mahu memujuknya. Tolonglahhhh sekarang ni siapa yang merajuk sekarang niiii, tak ada patutnya lia yang merajuk aryan yang pujuk tetapi terbalik pulak.

"huwaa!!!!!sayang, hubby punya hiks...bukan jiran sebelah...huwaaa." tangis aryan yang menyembamkan wajahnya di leher lia.

Tergelak kuat lia melihat aryan yang seperti budak-budak haih aryan...aryan dah nak jadi bapak orang pun masih menangis.

"iyer sayang hubby seorang jer punya tak ada yang lain dah sayang milik hubby seorang sahaja,okey." ujar lia sambil mengusap rambut perang aryan.

Selepas sahaja menamatkan drama pagi yang dicipta oleh aryan lia terus sahaja berlalu pergi membersihkan dirinya, seketika aryan pula menyiapkan sarapan pagi itu pun alakadar sahaja dia menyiapkan.

Maklum lah pembantu rumahnya cuti sakit, mahu tidak mahu aryan lah yang perlu siapkan sarapan pagi ini, mujur sahaja dia pandai sikit bab memasak ini kalau nak kata power macam lia tak lah sangat.

Lia yang sudah selesai membersihkan dirinya dengan penuh berhati-hati dia menurun tangga sedikit perasaan takut menyelubungi di hatinya, bukan takut apa takut tersilap langkah dia boleh jatuh begitu sahaja.

AKU YANG ENGKAU BENCI (C)Where stories live. Discover now