Aryan yang masih dibuai mimpi itu di pandang penuh berminat oleh lia, sejak dia tahu dia sedang mengandung sekarang ini dia berminat melihat wajah aryan yang putih bersih tanpa ada sebarang jerawat.
Jam yang sudah menunjukkan sudah pukul 6.30 itu dengan lembut lia mengejut aryan bangun dan menunaikan solat subuh bersama-sama.
"hubby bangun solat subuh jom." kejut lia lembut di tepi telinga aryan.
Perlahan-lahan aryan me buka matanya dan terdamparlah wajah lia yang sedang tersenyum ke arahnya, Dan dibalas dengan senyuman yang teruja oleh aryan.
"morning sayang, kenapa awal sangat ni kesayangan hubby bangun hmm." Soal aryan dengan suara khas bangun tidur.
Lia sudah tersenyum mendengar suara serak aryan itu arghhhh boleh jadi gila dia kalau tiap-tiap hari macam ni secara tiba pipinya bertukar warna merah HAHAHA blushing.
"a-ayang pergi mandi dulu eh, Hubby jangan sambung tidur pula." kata lia dan terus berlalu pergi.
Aryan hanya melihat tingkah lia yang seperti tergesa-gesa, dia perasan lia blushing Sebentar tadi sahaja buat-buat tidak nampak, comel pula bila lia blushing kalau macam ni tiap-tiap hari dia nak buat lia blushing lahh.
Seusai sahaja mereka sudah menunaikan, tepat pada pukul 9.30 aryan bergegas pergi ke officenya yang di ikuti oleh lia, sungguh dia takut apabila meningalkan lia seorang diri di rumah.
"MACAM MANA BOLEH TERLEPAS KAU BUAT KERJA KE TAK NI!!!!!" bergema suara aryan di bilik khas bawah tanah yang terletak di bawah officenya.
Mahu pitam aryan apabila dia mendapat pangilan Sebentar tadi dari anak buahnya yang menyatakan mereka hilang jejak mairah, bagaimana dia tidak mengamuk.
Hayden dan aiden pula hanya berdiam diri di sebelah lia, dari mereka yang terkena tempias baik mereka elakkan terlebih dahulu sekarang ini hanya lia sahaja yang boleh menenangkan aryan.
"KAU TAHU TAK NYAWA ISTERI AKU DALAM BAHAYA SEKARANG NI? BENDA SENANG MACAM NI PUN KAU TAK RETI BUAT KE!!!" tengking aryan pada anak buahnya.
Haris yang mendapat amukan dari majikannya itu hanya menundukkan kepalanya sahaja dia akui dia salah kerana terlalu leka dan akhirnya dia terlepas jejak mairah.
Lia yang melihat aryan yang seperti sudah tidak terkawal lagi itu dengan pantas dia menuju ke arah suaminya dan menenangkan aryan.
"Duduk dekat situ sayang jangan bangun." kata-kata aryan langsung lia tidak perduli.
Sampai sahaja di hadapan aryan lia terus sahaja memeluk tubuh tegap aryan dan mengusap belakang aryan supaya aryan berasa Tenang sedikit. Aryan yang mendapat pelukan hangat dari lia itu terus sahaja di menyembamkan wajahnya di perut lia.
"Shh, hubby jangan marah-marah macam ni sayang tak suka." ujar lia sambil mengusap rambut aryan.
Aryan mendengar kata lia itu hanya mengangguk faham sambil mencium perut rata lia.
Hayden dan aiden pula hanya memandang datar ke arah pasangan burung merpati itu eh penat lahh macam gini dah macam tak ada tempat lain nak bersweetnya nasib sahaja haris sudah tiada disitu.
Ini kalau nampak dekat anak buah dia yang lain ni Mesti semua tercengang sebab ketua dia jadi kucing bila depan bini sendiri.
"Kau tengok tu hay diorang ni dah macam tak ada tempat lain nak bersweet." bisik aiden perlahan.
"nak buat macam mana sabar jer lah." balas hayden dan terus sahaja dia berpaling ke arah lain, rosak matanya kalau tengok lama-lama.
"woi korang ingat kitaorang ni tunggul dekat sini." ujar aiden pada aryan.
YOU ARE READING
AKU YANG ENGKAU BENCI (C)
Novela JuvenilTengku Aryan Mikael bin Tengku Adam ia tidak dapat menerima kenyataan yang sang isteri tercinta sudah pergi buat selamanya dan ia dipaksa untuk menerima kenyataan yang arwah sang isteri memberi wasiat untuk ia menikahi dengan kawan baik arwah isteri...