Lia yang terjaga dari tidurnya itu dengan perlahan ia membuka matanya,buka sahaja mata ia terkejut kerana wajah aryan yang
begitu dekat dengannya."Saya sayang awak ar". Bisik lia perlahan yang tidak mahu menggangu tidur aryan.
Dengan perlahan ia banggun dan berlalu pergi untuk membersihkan dirinya dan menunaikan solat.
Selesai sahaja ia membersihkan dirinya dan menunaikan solat dengan pantas ia turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan tanpa mengejut aryan yang sedang nyenyak dibuai mimpi lia takut mahu mengejut aryan kerana sebentar tadi ia sudah dimarahi kerana lia mengejutnya.
Tanpa melengahkan masa dengan cekap lia mengambil bahan-bahan untuk membuat sarapan tanpa ada gangguan sedikitpun.
Sedang ia fokus membuat sarapan seketika kerenah aryan yang selalu menggangunya ketika menyiapkan sarapan menjelajah di mindanya yang membuatkan ia menitiskan air matanya.
"Saya rindu dengan perangai awak ar". kata lia perlahan.
Dengan pantas lia menghampuskan air matanya dan menyambung meghidangkan makanan di meja.
Selepas sahaja semua sudah tersusun teratur di atas meja dengan semangat lia melangkahkan kakinya untuk menuju ke atas.
Baru sahaja ia mahu melangkah ia melihat aryan yang sudah menuruni tangga dengan pakaian yang lengkap mahu keluar,lia yang melihat itu dengan perlahan ia melangkahkan kakinya menuju ke arah aryan.
"awak jom sarapan sekali saya dah siapkan sarapan untuk awak". kata lia yang tersenyum ke arah aryan.
aryan yang mendenggar ajakan lia itu memandang kosong ke arah lia yang membuatkan lia terdiam tidak berkata apa.
"Kau tak payah nak masak bagai,nak termuntah aku tengok masakan kau tu." kata aryan sinis pada lia dan berlalu pergi.
Dengan serta merta riak wajah lia bertukar apabila mendengar kata-kata aryan sebentar tadi dan setitis air matanya mengalir jatuh lagi.
Sungguh ia terasa hati dengan aryan yang sekelip mata ia berubah pada dirinya yang dulu dan sekarang ini ia perlu sentiasa bersabar dengan apa yang akan bakal berlaku selepas ini.
Dengan perlahan ia menghampuskan air matanya dan terus berlalu untuk sarapan seorang dirinya.
Selepas sahaja ia keluar rumah sebentar tadi,aryan terus sahaja memandu keretanya menuju ke rumah Tengku Amalin.
Sampai sahaja di rumah Tengku Amalin dengan segera ia melangkah masuk yang mengejutkan hana yang baru sahaja turun dari atas.
"Eh along bila sampai?." Tanya hana pada abang sulungnya itu.
"Tadi,mana mama dengan papa?." Balas aryan yang menanyakan keberadaan Tengku Amalin dan Tengku Adam pada hana.
"Ouh mama dengan papa keluar." Balas hana dan berlalu masuk ke dapur untuk mengambil minuman.
Aryan yang sudah mengetahui itu segera melangkahkan kakinya naik ke atas,Hana yang melihat itu hanya mengangkatkan bahunya tanda tidak mengetahui apa-apa.
Buka sahaja pintu biliknya dengan malas aryan menghempaskan dirinya di atas katilnya itu dan termenung seorang diri didalam biliknya itu.
"Along ada masalah dengan kak lia?." Soal hana yang mengejutkan Aryan yang sedang temenung.
"Hana,ketuk pintu dulu baru masuk." Kata aryan mendatar ke arah hana,ia sungguh tidak suka apabila hana masuk ke biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
"Along ada masalah dengan kak lia?." Bukannya meminta maaf malah hana mengulang semula soalannya sebentar tadi pada aryan.
"Bukan urusan hana." Kata aryan dinggin yang membuatkan hana mengeluh kecil.
YOU ARE READING
AKU YANG ENGKAU BENCI (C)
Genç KurguTengku Aryan Mikael bin Tengku Adam ia tidak dapat menerima kenyataan yang sang isteri tercinta sudah pergi buat selamanya dan ia dipaksa untuk menerima kenyataan yang arwah sang isteri memberi wasiat untuk ia menikahi dengan kawan baik arwah isteri...