Seorang gadis yang bernama Dilara Aqila sedang membuka kotak album kumpulan Kpop kegemarannya diatas lantai biliknya. Pada saat dia mendedahkan kad foto yang terdapat dari album itu, dia merajuk kerana tidak dapat kad foto ahli kegemarannya. Terus dia mencapai telefonnya dan menghubung sahabatnya.
"Sarah, kau kata kau ada photocard Jay kan? Trade lah wei aku dapat Heeseung, bias kau."
"WHAT? KAU PULL PHOTOCARD HEESEUNG? Trade approved" Sarah menerima dagangan Dilara. Rasa gembira bila dapat kad foto ahli kegemarannya.
Mereka sudah berjanji jika Dilara dapat kad foto Heeseung dan Sarah dapat kad foto Jay, mereka akan menukar kad foto mereka antara satu sama lain
"Esok kau bawa tau photocard tu, aku bagi masa lunch kat kerja. Boss aku tak bagi keluar pergi turun level lain kalau tak ada hal penting," Dilara memberitahunya.
Selepas meletakkan telefon, Dilara terus membuka halaman album yang mempunyai gambar ahli kegemarannya, Park Jongseong.
"Dahlah kacak, kaya, baik pulak tu. Hmm. Comel je dia ni rasa macam nak kahwin dengan Jay," Dilara bergurau. Dia membungkus kad foto Heeseung dengan berhati-hati.
Kalau tak, memang kena bunuh dah oleh Sarah ni. Dilara melihat kearah dindingnya yang separuh penuh dengan poster Jay. Rasa bangga dengan Jay dan Enhypen.
"Bila aku dapat jumpa Enhypen?" dia selalu terfikir.
Keesokan harinya, Dilara sedia membawa beg kerjanya, komputer ribanya dan kad foto Heeseung. Keluar sahaja Dilara dari lif bangunan kerjanya, dia terlanggar seorang jejaka tinggi berambut perang.
"죄송합니다," (joesonghamnida) katanya
lalu terdiam satu saat. "Very sorry!" jejaka itu membetulkan permohonan maafnya dan terus berlari ke tempat lain. Seolah-olah dia tergesa-gesa.Dilara terperanjat. Siapa lelaki tu? "Tu confirm orang dari Korea. Aku sekedar peminat Enhypen pun aku pandai lah jugak bahasa Korea ni," kata Dilara dengan yakin.
YOU ARE READING
Bulan Jun
Fanfiction"Tak salah pun jatuh cinta dengan orang yang tak seagama dengan kita." "Tapi cubalah Lara beri peluang untuk Nadir. Mungkin dia orang yang tepat."