"Cantiknya permandangan kat sini!" Dilara menyeru. Dilara mencangkung dalam mengukir nama Jun dalam hati di pasir menggunakan sebatang kayu kecil. Jun hanya senyum melihat kegiatan gadis itu.
"Dilara. Sebenarnya saya bawa awak ke sini sebab saya nak terus terang dengan awak" kata Jun. Senyuman Dilara memudar.
"Apa yang awak cakapkan ni?" Dilara bertanya.
Jun menarik nafas yang panjang. Mukanya serius. "Saya tak bersedia nak tinggalkan awak. Saya nak bersama dengan awak selama-lamanya." Air matanya menitis dengan perlahan.
"Saya sayangkan awak Dilara. Saya tak sanggup nak tinggalkan awak. Saya tak siap untuk kehilangan awak. Saya nak awak di sisi saya selalu" kata Jun.
"Awak nak saya buat apa?" tanya Dilara. Matanya berair, hanya tinggal untuk mengalir sahaja. "Saya nak awak jadi girlfriend saya, jadi isteri saya. Selalu ada di sisi saya" kata Jun.
"Tak dapat Jun. It will ruin your reputation. Kita beda agama!" Air mata Dilara mengalir deras di pipinya.
"Saya pun sayangkan awak. Saya pun tak sanggup nak tinggalkan awak. Tapi apa yang saya boleh buat? Saya tak boleh buat apa-apa. Saya kena tinggalkan awak. Awak seorang idola, saya hanya peminat biasa. Tak boleh macam tu."
"Awak sanggup ke nak tinggalkan segala impian awak demi seorang perempuan? Sanggup nak tinggalkan agama awak hanya untuk bersama dengan seorang perempuan yang beragama Islam?" Dilara tanya. Suaranya bergetar.
"Awak tak nak ajarkan saya tentang Islam ke? Saya sanggup tukar agama. Demi awak.." Jun menyatakan. Matanya merah, pipinya basah.
"Awak yakin?" Dilara tanya. Jun menganggukkan kepalanya.
"Bukan macamtu caranya. Awak cakap macam senang tapi sebenarnya tak. Awak kena tukar agama demi Allah. Bukan demi seseorang HambaNya."
"Saya janji suatu hari nanti awak akan jumpa jodoh awak. Awak akan jumpa yang lebih baik dari saya."
"Saya minta maaf Jun. Mungkin saya bukan orang yang tepat. Saya cuma rumah singgah untuk awak. Selama ini, saya cuma menjaga jodoh orang." Dilara menangis teresak-esak.
"Saya pun minta maaf. Saya tak patut cakap macamtu. Saya harap awak akan jumpa yang lebih baik dari saya juga. Saya harap orang tu tak akan sakitkan hati awak. Awak jaga diri elok-elok tau. Saya sayangkan awak." Jun berkata sambil air matanya menitis.
"Jun.." Dilara panggil. "Janji simpan gelang ni. Saya bagi awak sebagai memori." Dilara membuka gelang rose quartz dari tangannya dan memakaikannya ke pergelangan tangan Jun.
"Simpan elok-elok tau." Dilara kata. "I definitely will" jawab Jun.
"Terima kasih selalu layan perangai saya, terima kasih jaga kami macam anak-anak awak, terima kasih selalu ada untuk saya. Memang berat hati nak tinggalkan awak."
"Saya minta maaf atas segala salah silap saya. Awak teruskan mencapai impian awak untuk menjadi seorang idola terkenal tau. Jaga diri baik-baik. Kalau sakit, makan ubat. Kalau rindu, tengok gambar je mampu."
"Terima kasih sangat-sangat. Saya tak tahu macam mana nak berterima kasih kepada awak. Awak banyak buat baik, you deserve the world" kata Dilara. Air matanya masih mengalir deras.
"Awak pun janji simpan jacket ni elok-elok tau" kata Jun lalu membuka jacket warna hitam yang dia memakai itu. Dia memakaikannya ke Dilara.
Jun menarik nafas panjang. Mengagumi pemandangan di pantai. Mereka tidak berkata apa-apa. Hanya bunyi lautan sahaja terdengar.
"The sunset it beautiful, isn't it?"
- Moon Junhui."It truly is."
- Dilara Aqila.
YOU ARE READING
Bulan Jun
Fanfiction"Tak salah pun jatuh cinta dengan orang yang tak seagama dengan kita." "Tapi cubalah Lara beri peluang untuk Nadir. Mungkin dia orang yang tepat."