Sembilan.

25 5 2
                                    

"Yang ni bilik Sarah dan Dilara. Yang sebelah ni bilik Jun dan Nadir. Bilik bos kat depan, bilik Cik Hazwan di sebelah bilik bos. Nak pergi mana-mana please text me first. Got it?" Bos Akif menjelaskan. Mereka semua menganggukkan kepala.

Dilara melihat wajah Jun. Selalunya Jun akan mengenyitkan matanya jika Dilara melihatnya tetapi kali ini tidak. Tak pernah-pernah macam ini. Dilara menundukkan pandangannya ke lantai.

Selepas Bos Akif menjelaskan segalanya, mereka dibenarkan untuk masuk ke bilik hotel mereka.

"Assalamualaikum" Sarah memberi salam. "Wah wanginya. Bau hotel" pelik betul lah Sarah ni. Dilara hanya diam.

"Esok kau nak temankan aku tengok bangunan hotel ni tak? Aku dengar ada gym. Manalah tahu ada jodoh kita kat sana." Sarah tanya. Dilara masih diam.

"Dilara? Woi!" Sarah meninggikan suaranya. "Haa? Oh. Nak!" muka Dilara yang suram itu di talam dengan muka yang bahagia.

"Dilara Aqila! Kau dah kenapa? Siapa buat kau macamni?" Sarah marah. Dilara diam.

"SIAPA BUAT? Jun kan?" Sarah tanya. "T-tak! Takda orang buat salah!" suara Dilara bergetar "Jun tak buat apa-apa! Dia cuma-" Dilara terus menutup mulutnya menggunakan tangannya. Matanya yang berair itu membesar.

"Sampai hati dia sakitkan hati kau!" Sarah sangat marah.

Dia berlari keluar dari bilik hotel dan mengetuk pintu bilik sebelah tanpa henti. "Buka pintu ni sekarang!" masih lagi Sarah mengetuk. Makin kuat.

"Sarah! Tak payah lah! Nanti orang bangun!" Dilara cuba untuk hentikan Sarah. Sarah tak kesah.

Tidak lama selepas itu, pintu itu dibuka. Ada Nadir di depan pintu. "Korang berdua dah kenapa?" Nadir tanya.

"Tepilah! Mana Jun?" Sarah tolak Nadir ketepi. Dilara rasa malu. Dia menarik tangan kanan Sarah untuk membawanya balik semula ke bilik hotel mereka. "Maisarah! Tak payah-" dan disitu, jantung Dilara berdegup kencang.

Jun keluar dari kamar mandi dengan hanya memakai jubah mandinya. Rambut perang Jun basah. Baru habis mandi.

Astaghfirullahaladzim, handsome nak mampos.

"Apa kau buat kat Dilara ni?" Sarah tanya dalam keadaan marah. Jun kelihatan bingung. "Huh?" itu yang dia cakap.

"S-Sarah, jomlah keluar." Dilara cuba lagi. "Kau tak dengar ke apa yang aku cakap? APA kau buat kat dia ni?" Sarah kata sambil menunjuk Dilara. Memang degil Sarah ni.

"MAISARAH!" Dilara menjerit.

Tiga orang didalam bilik itu terus melihat kearahnya.

"Tak payahlah! Benda kecil aku boleh settle sendiri!" Dilara letih. Dia menarik tangan Sarah dan membawanya keluar. "Sorry kacau." Dilara minta maaf kepada Nadir dan Jun. Dia membawa masuk Sarah kedalam bilik mereka.

"Kau kenapa Sarah? Aku kata tak payah, tak payahlah! Itu pun susah?" air mata Dilara mengalir tanpa henti.

"Lara.. Aku minta maaf." kata Sarah lalu memeluk badan Dilara.

"Nangislah. Nangis puas-puas." Sarah cuba comfort. Dilara nangis tak henti-henti. Sesak dadanya.

5 minit selepas itu, tiada lagi bunyi tangisan. Cuma bunyi sirukan hingus terdengar.

"Ya Allah, kau kuatkanlah hati sahabat ku ini Ya Allah. Tenangkanlah hatinya Ya Allah." Sarah berdoa. Dia mendoakan untuk sahabatnya, sahabat susah senangnya. Her only Dilara Aqila.
Tetaplah berdoa walaupun doa itu pendek.

"Lara?" Sarah panggil. No response. "Dilara?" Sarah panggil sekali lagi. Masih tiada respon.

Dilara tertidur di bahu Sarah. Sarah meletakkan Dilara diatas katil sebelah kiri dengan perlahan. Tidak mahu sahabatnya terbangun.

"Aku sayang kau tau, Dilara. Kalau kau ada masalah, kau boleh bagitahu kat aku." Sarah berkata. Walaupun dia bangang, hati dia baik.

Sarah bantu Dilara untuk membuka tudungnya supaya tidak payah di gosok pada hari esok.

_____________________

Keesokan harinya, alarm dari telefon Sarah berbunyi.

"Dilara bangun. Solat subuh." Sarah menggoncangkan badan Dilara yang diatas katil itu. Goncang lagi sekali. "Huh?" Dilara baru bangun. "Pergi basuh muka, berus gigi lepastu wudhu. Nak solat subuh. Solat dalam bilik ja. Kita takut tak tulus jalan ke masjid." Sarah kata.

Dilara bangun dari katilnya dan masuk ke tandas.

"Aaa!" Dilara menjerit.

"Dilara okay tak?" Sarah ketuk pintu tandas. "Haaa okay! Terkejut tengok muka aku. Macam mayat hidup." Dilara kata.

Matanya bengkak dan mempunyai eyebags. Seram dia tengok. Kedengaran Sarah tertawa diluar tandas. Haih budak ni.

Selepas Dilara siap berwudhu, dia keluar tandas dan memakai tudung sarung warna hitam. Dilara mencari telekongnya.

"Mana telekong aku? Aku terlupa bawa ke?" Dilara tanya. Kelam kabut dia mencari.
"Sarah?" Dilara pusing kebelakang.

"ALLAHUAKBAR!" Dilara terkejut.

Ada Sarah yang memigang telefonnya, merakam Dilara dan ada tubuh seperti hantu di sebelahnya. Tubuh seperti hantu itu melepaskan telekong yang dipakainya.

"HAHAHAHAHAHA!" Nadir gelak sepuas hatinya.

"Korang berdua ni ish! Janganlah buat macamtu! Tak baik tau!" Dilara hampir ternangis. "

HAHAHAHAAHA!! Nasib aku sempat rekod." kata Sarah. Hmm, happylah tu.

"Mamat sorang ni buat apa kat sini?" Dilara tanya.

"Saya nak pahala extra. Awak tak nak saya bimbingkan awak ke syurga? Saya disini nak practice jadi Imam awak." Mengada Nadir ni. Dilara menjelingkan matanya.

"Haa sudah. Cepat sebelum aku cubit." Sarah berseloroh supaya mereka cepat.

Dilara memakai telekong warna merah jambu itu tanpa menyedari Nadir sedang memerhatikannya.

"Cantik." kata Nadir dengan kecil. Tiada siapapun yang dengar.

Nadir memulakan Iqomatnya dan Surah An-Nas selepas itu. Setelah solat jema'ah mereka selesai, Sarah memuji Nadir, "Merdu suara kau. Aku panggil kau Ustaz Azka lepasni boleh?" "Boleh je. Apa salahnya?" kata Nadir.

"Eh, betul ke kau dulu teringin nak jadi seorang Hafiz Al-Quran?" Dilara mendalami topik.

Nadir terkejut. "Betul tapi bukanlah rezeki saya nak masuk sana. Macam mana awak tahu?" dia tanya.

"Ohh. Cik Deeja ceritakan kat ibu aku. Pastu ibu aku bagitahu aku" "Ada banyak lagi dia ceritakan tapi aku taknak bagitahu." Dilara sengaja.

Nadir hanya menggelengkan kepalanya. Apa-apa yang Cik Deeja ceritakan itu, semuanya TOP SECRET!

"Oh by the way, ada botol awak tertinggal kat bilik sebelah." Nadir terbawa botol Dilara ke biliknya semalam. "Awak nak saya ambilkan?" Nadir tanya. Dia tahu things are pretty messed up right now. Sarah melihat kearah Dilara. Muka dia tak suram tapi macam no energy.

"Aku ambil sendiri. Jun masih tidur kan?" Dilara tanya. Nadir menganggukkan kepalanya.

Dilara berjalan jengket-jengket ke dalam bilik hotel Nadir dan Jun. Tidak mahu Jun terbangun. Dia mengintip dan nampak Jun sedang melimpang di atas katil. Tidurnya kelihatan lena.

"Okay. Just ambil and keluar terus." Dilara bercadang dalam kepalanya.

One step. Two step. Dia berlari kearah meja yang disisi katil Nadir. Mencuba sedaya upaya untuk tidak membuat sebarang bunyi.

Dilara mengambil botol dan mula mengorak langkah ke pintu keluar sehingga ada suara pria yang memanggil namanya.

Bulan JunWhere stories live. Discover now