Enam.

17 5 1
                                    

Sarah: *Attachment 1 video*

video apa ni? :Dilara

Sarah: 2 minggu lepas dah. yang kau dating ngan jun

ish kau ni. aku dh cakap kitorg kawan je :Dilara

Sarah: haa yelah tuu
__________________________________

"Serius ke ni bos?" Nadir bertanya sambil senyum. "Haah, takkan bos nak tipu. Congrats Nadir, Dilara, Sarah dan Jun. Rezeki koranglah dapat tawaran business trip to Korea untuk menyambut anniversary ke 5 for this company. Kat sana korang jangan fokus kerja sangat-sangat sampai lupa nak enjoy. 11 hari tu cukuplah tu, satu minggu tu kita focus untuk kerja, 4 hari lepastu korang enjoy nak gi Jeju ke Gangnam ke Myeongdong ke. Haa." Bos Danial menjelaskan.

Sarah dan Dilara dah terlompat si katak lompat, terlalu happy. Memanglah, ni dream dia nak pergi Korea dengan bestfriend dia. Nadir dan Jun hanya mampu ketawa melihat mereka seperti katak.

Apabila Dilara sampai ke rumahnya, dia terus masuk selepas memberi salam.

"Ibu! Ayah! Lara dapat tawaran business trip!" "Wow! Trip kemana ni?" Ibu Dilara bertanya. "Korea for two weeks!" Dilara terus menjawab dengan senyuman yang lebar. Ibu dan ayahnya tahu betapa sayangnya dia dengan Korea dia tu.

"Jauhnya Dilara. Nanti siapa nak jaga Oyen kat luar rumah tu?" Ayahnya bersuara."Abang ni, janganlah macamtu" Ibunya memukul pahanya dengan lembut sambil ketawa. Dilara pun ikut tertawa.

"Alaa yah, jangan lupa bagi makan tau Oyen. Nanti dia rindu. Ni, Lara jalan hari Sabtu ni. Segala ticket dan hotel dah kena bayar oleh bos." "Dilara naik dulu, nak mandi lepastu packing" dan Dilara pun pergi ke biliknya.

"Ada lelaki dari kerja dia yang ikut pergi Korea ke?" Ayahnya bertanya. "Sibuklah abang ni. Jap, sayang call dulu ni Khadeeja. Manalah tahu Nadir pun dapat tawaran tu." Ibunya memberitahu.

On Call...
"Assalamualaikum Khadeeja."
"Waalaikumussalam Zani. Baru aku nak call kau, anak kau ada dapat tawaran pergi ke Korea tu ke?"
"Haa, tulah aku pun nak call tadi tentang benda yang sama jugak. Ye, Lara ada dapat tawaran tu. Nadir?"
"Alhamdulillah, adalah yang dapat temankan Nadir ni. Nadir pun dapat."
"Ahh, Alhamdulillah. Terima kasih Deeja, Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam."

Semasa Dilara sibuk packing segala baju-bajuannya, dia melihat telefonnya. Penuh dengan notification dari Nuha, Mei Yin dan Tiara. Empat hari saja lagi nak tinggalkan Malaysia selama dua minggu. Excited, nervous, semualah! Tak sangka kan?

Bulan JunWhere stories live. Discover now