Lima.

24 5 2
                                    

* Dilara, Sarah dan Jun bercakap sesama sendiri dalam Bahasa Korea, macam tak make sense tapi make it make sense pls AHAHAHAHA tapi kalau Dilara dan Sarah, kadang BM kadang BK
______________________________

Sudah 3 minggu Jun bekerja di Syarikat Hazwan ini, dia dan Dilara semakin rapat. Mei Yin, Nuha dan Tiara suka mengejek mereka berdua. Nadir pun hanya sanggup memerhatikan mereka berdua dari jauh. Tidak mahu mengacau hubungan mereka.

"Comel lah korang, bila kahwin?" Li Jie bertanya. Mei Yin melihat kearah Dilara. Senyumannya menjadi layu selepas mendengar soalan abang Mei Yin.

"Kor, jangan cakap macamtu." Mei Yin memukul belakang abangnya. "Haha, sorry." Li Jie meminta maaf dan melarikan diri. Jun agak keliru, tidak memahami apa yang mereka cakapkan. "Apa yang mereka cakapkan?" Jun bertanya dalam Bahasa Korea. "Takda papa, jangan risau. Jom." Dilara menjawab dengan bahasa yang sama. Jun melihat muka Dilara yang agak resah.

Dilara terlalu berfikir akan ayat tersebut. Biasalah perempuan suka overthinking.

Kena tahu limit dengan seorang idola Korea yang terkenal. Sasaeng boleh ada dimana-mana. Ia bahaya jika mereka ditangkap bersama-sama.

Dilara berjalan kehadapan, menoleh ke kiri dan ke kanan untuk melihat Jun tiada di sisinya. Dia menoleh kebelakang dan melihat Jun yang sedang berjalan perlahan-lahan kearahnya.

"Cepatlah!" Dilara memanggilnya dalam Bahasa Korea.

Jun ketawa kecil dan menepuk kepala Dilara. Pat pat. Dilara cair. Dia mengangkat kepalanya untuk melihat wajah Jun. Jun kacak, Jun comel, Jun sangat handsome. Senyuman manisnya timbul.

"우린 정말 무슨 일 있어도
언제나 그랬듯 함께 있을 거예요"
(Even if something should really happen
We are going to be together like we always have.)
- Smile Flower by Seventeen

Makinlah Dilara cair. Apa mamat ni makan sampai manis sangat macam ni?

"Jom makan!" Jun mengajak Dilara untuk makan di kedai mamak yang terdekat dengan bangunan kerja mereka. "Tak nak. Tak lapar." Dilara membalas. Jun menoleh kearah Dilara lalu mengangkat tangannya dan mengira dari tiga menggunakan jarinya.

Apabila tangannya menunjukkan nombor satu, perut Dilara berbunyi. Lapar. Jun tertawa, Dilara hanya melihatnya. "Dah jom." Jun membawa Dilara ke kedai makan itu. Pro sangat Jun ni.

"Mee goreng mamak satu, nashi goreng telur satu, teh aiseu satu dan milo ping satu." Jun cuba memesan makanan mereka dalam Bahasa Melayu.

"Well done! You did great" Dilara memuji Jun dengan bangga sambil menepuk tangannya. "Mestilah. I pro." Jun mengangkat kedua kirainya. Berlagak betul. Dilara menjalingkan matanya. Haih mamat ni, dari awal dah perasan.

Semasa menunggu makanan dan minuman sampai, telefon Dilara berbunyi. Sarah telah menghubunginya.

"Yes?" Dilara mengangkat telefon lalu bertanya. "Buat apa tu?" Sarah menanya lagi. "Makan dengan Jun." Dilara membalas. "Makan ke dating?" Sarah mengejek. "Ish kau ni, kita kawan je. Kau nak apa-apa tak?" Dilara menawarkan.

"Hmm nak nasi goreng telur mata lembu lah." Sarah memesan. "Satu je?" Dilara memastikan. "Ha yelah, takkan aku nak order 5." Sarah menjawab. Ish, ish, ish.

Beberapa minit kemudian, makanan dan minuman sudah sampai. Mereka berdua pun mula menjamu selera. "Gelojoh dia ni." Jun berfikir sendiri, tersenyum juga. Baginya, semua yang Dilara lakukan itu comel.

Jun kemudian mengambil sehelai tisu dan mengelap bibir Dilara. Dilara hanya membalas dengan senyuman, dia tiada masa nak bercakap. Food comes first!

Jun insisted untuk membayarkan makanan mereka jadi Dilara menunggu Jun diluar kadai mamak itu sambil memigang beg tangannya dan makanan Sarah. Toleh kiri, toleh kanan. Eh, macam kenal je lelaki tu.

"Buat apa tu?" Dilara bertanya kepada seseorang lelaki yang hendak melintasinya. "Eh, Lara! Oh hehe, just wanted to get some fresh air. By the way, boleh awak tolong tak dengan kerja saya nanti? Instruction tak jelas." Nadir bersuara. "Ohh, boleh. Pape DM je nanti." Dilara membalas.

Ketika itu, mata Nadir tidak memandang ke Dilara tetapi ke seseorang dibelakang Dilara. Dilara pun menoleh kebelakang dan terkejut.

Jun ni tinggi sangat, kalah Burj Khalifa.

"Cakap pasal apa ni?" Jun bertanya dengan muka serius. "Saya gerak dulu. Thank you Dilara." Nadir mengucapkan terima kasih lalu berjalan kearah yang lain. "Sama-sama." balas Dilara.

Dalam perjalanan balik semula ke bangunan kerja itu, Jun tidak habis-habis nak ulang perkataan "sama-sama" dengan cara Dilara menyebut perkataan itu kepada Nadir. Sikit sikit, "sama-sama."

Akhirnya sampai juga ke bangunan tersebut. Mereka menggunakan lif untuk ke tingkat 7.

"Awak ikut saya ke? Awak nak hantar saya ke?" Jun tanya Dilara. "Eh, berlagak betul. Ni saya nak hantar makanan ni kat Sarah." Dilara menjelaskan. Hampir terketawa.

Jun menyedut hingusnya. "Selesma ke?" Dilara bertanya, dia kelihatan risau. Jun hanya menganggukkan kepala.

Apabila sampai di tingkat 7, mereka berjalan kearah meja Sarah. Tanpa mereka sedar, Sarah merakam mereka berdua berjalan bersama-sama. Manis je diorang ni.

"Nah ni makan you." kata Dilara lalu meletakkan makanan diatas meja Sarah. "Thank you, love you so much Lara." Sarah memberi flying kiss pada Dilara.

Dilara menjeling matanya lalu berjalan kearah meja Jun. "Dah bye. Jangan lupa makan ubat." Dilara senyum dan melambai tangannya.

Jun kelihatan bahagia. Siapa tak bahagia kalau dah makan dengan crush, crush senyum kat kau pastu crush lambai lagi.

Bulan JunWhere stories live. Discover now