Tujuh belas.

33 5 4
                                    

Selepas beberapa hari di Malaysia, barulah Dilara menceritakan tentang Jun pada kedua ibu dan ayahnya.

"Lebih baik kau jatuh cinta dengan Nadir tu. Jun tu tak seIman dengan kita. Ibu tahu kau minat orang Korea tu tapi mesti sampai jatuh cinta ke? Sampai nak taksub?" Ibu Dilara meninggikan suara.

"Apa kelebihan Nadir sampai ibu tak nak percaya yang Lara sayangkan Jun? Lara tak pernah taksub langsung, Lara ingat Allah bu! Lara tak pernah lupakan agama sendiri."

Ibu tak pernah nak dengar cakap Dilara! Cerita penuh pun ibu tak nak dengar!" Dilara marah dan menangis. Dia berjalan menghentak kakinya ke bilik.

"Sayang janganlah cakap macamtu kat Lara. Kesian anak kita. Kenapa mesti tinggikan suara dekat anak sendiri? Tak kesiankan ke? Biarlah dia suka siapapun dia nak. Kita tak boleh buat apa-apa." Ayah Dilara hentikan ibu Dilara daripada memarahi anak mereka.

Cik Zani terdiam. Cik Mudrik berjalan dengan cepat dan mengetuk pintu bilik Dilara berkali-kali.

"Lara sayang. Boleh ayah masuk?" Cik Mudrik berkata dengan cara yang lembut. Ayahnya membuka pintu dan masuk ke dalam bilik Dilara. Dia berjalan ke arah Dilara dan memeluk anaknya.

"Anak ayah jangan nangis-nangis tau? Tak salah pun jatuh cinta dengan orang yang tak seagama dengan kita" kata ayahnya.

"Kenapa ibu tak nak dengar cakap Lara? Ayah nak tahu tak? Jun orang yang baik. Dia selalu jaga Lara. Jun ada kata dia sanggup nak pindah agama tapi demi Lara. Bukan demi Allah. Dia kata macam senang."

"Keluarga dia macam mana? Ibu bapa dia macam mana? Kalau dia dimusuhi oleh keluarganya macam mana? Lara dah bagitahu Jun. Mungkin nanti dia akan jumpa jodohnya."

"Lara bukan orang yang tepat untuk Jun, Jun bukan orang yang tepat untuk Lara. Kita hanya saling menyakitkan hati masing-masing" Dilara menjelaskan.

"Anak ayah kuat. Kuat sangat. Ayah tak ada niat pun nak sakitkan hati Dilara tapi cubalah bagi peluang untuk Nadir. Mungkin dia yang tepat untuk Lara." Ayahnya berkata.

"Ayah akan pujuk ibu tau. Lara nangislah puas-puas. Lepastu rehat. Jangan lupa makan tau, ibu ada masak untuk Lara tadi" kata ayahnya lalu keluar dari bilik itu.

_______________________________

Dua bulan kemudian, Dilara termenung seorang diri di biliknya hingga telipunnya berbunyi. Nadir mengubunginya.

"Hello?" Dilara menjawab. "Dilara. Can we meet?" Nadir tanya. "Boleh. Kat mana?" Dilara tanya. "Ready-readylah. Saya ambil awak kat rumah awak" kata Nadir lalu menutup telefon.

Dilara bergerak ke almari pakaiannya dan mencari T-Shirt putih dan jacket yang Jun bagi. Dilara memakainya hampir setiap hari, dia menyucinya sekali dalam setiap minggu.

10 minit kemudian, Dilara turun ke tingkat bawah dan ternampak Nadir duduk seorang diri di sofa bilik tamunya. Berborak dengan Cik Zani.

"Makcik, Dilara dah siap. Kitaorang gerak dulu" kata Nadir lalu berdiri. "Ibu, Lara gerak dulu" kata Dilara dan berjebat tangan dengan ibunya.
Nadir membukakan pintu kereta untuk Dilara. "Kita nak pergi kemana?" tanya Dilara. Nadir hanya diam.

30 minit kemudian, mereka sudah sampai ke destinasi. "Kenapa kau bawa aku ke pantai?" tanya Dilara. "Tak nak healing ke?" tanya Nadir. Dilara diam.

Dilara dan Nadir tidak bercakap selama 5 minit. Nadir memutuskan untuk memecah kesunyian. "Awak okay ke?" tanya Nadir. "Aku pun tak tahu. Nak kata okay, macam tak. Nak kata tak, macam okay" kata Dilara.

"Haritu.." Nadir ingin bercakap. "Ada apa? Cakaplah" kata Dilara. "Haritu sebenarnya saya nampak dan dengar everything." Nadir bersuara. "Apa yang kau maksudkan?" Dilara bingung.

Bulan JunWhere stories live. Discover now