Tak sangka tidak lama lagi Jun habis kontrak dengan Syarikat Hazwan. Dilara, Nadir dan Sarah pun tidak lama lagi pulang ke Malaysia tanpa Jun.
Pada hari kesebelas, Dilara tidak merancang untuk pergi kemana-mana. Dia ingin duduk diam di hotel sahaja. Mengemas segala pakaiannya dan alat solek.
"Sarah. Macam mana ni?" Dilara tanya. "Macam mana apa?" Sarah tanya balik. "Aku tak ready nak tinggalkan Jun. Aku sayangkan Jun. Aku tak nak tinggalkan dia." Suara Dilara bergetar seperti hendak menangis.
"Dilara.." Sarah panggil. "Kalau jodoh, korang jumpa lagi nanti. Tak semestinya korang tak jumpa lagi each other selamanya kan? Kau kena husnudzon Lara" kata Sarah.
"Macam mana nak jumpa? Dia Kpop idol, aku hanya peminat." Dilara menyeru.
"Kalau ada meet and greet atau concert kat Malaysia kau pergilah. Kalau bukan kat Malaysia, mana tahu kat Singapore ke Jakarta ke. Belilah banyak album untuk menang video call tu. Kalau kau nak sangat jumpa Jun nanti, macamtulah caranya"
"Tapi kalau bukan macamtu. Mana tahu nanti kau melancong ke Korea lepastu terserempak dengan Jun. Possible kan?"
"Betul juga. Tapi kalau dia tak ingat aku macam mana?" tanya Dilara. Pada masa yang sama, loceng pintu bilik mereka berbunyi. Dilara buka pintu.
"Jun awak buat apa kat sini?" Dilara tanya. "Esok beberapa jam sebelum awak terbang boleh saya bawa awak jalan sekejap?" Jun tanya. Dia bercakap teragak-agak. "Oh boleh! Nak pergi mana?" Dilara tanya. "Tu secret. Kita jalan sama-sama tau" Jun beritahu. Selepas beberapa perbualan barulah pintu bilik itu ditutup.
Dilara berjalan ke arah bagasinya sambil tersengih seorang diri. "Amboi. Bahagia nampaknya" ejek Sarah. "Jun bawa aku jalan esok" kata Dilara sambil menari kecil. Tidak lama selepas itu dia menampar dirinya sendiri.
"Astaghfirullahaladzim. Lebih baik aku packing." Dilara cakap dengan dirinya sendiri.
Sarah hanya ketawakan, dia sudah packing setengah pakaiannya. Esok dia sambung katanya. Malas.
_______________________Keesokan harinya, Dilara bangun dengan senyuman yang lebar. "Lain macam kau ni. Baru bangun dah senyum-senyum. Pukul berapa kau jalan dengan Jun ni?" Sarah tanya. "Petang nanti. Aku dah bagitahu kat Bos Akif" jawab Dilara.
"Aku rasa Jun bawa aku ke airport terus karang malam so aku bawa je luggage aku" Dilara memberitahu. "Haa okay" jawab Sarah.
Dilara mengambil telefonnya dan menghubung ayahnya. Beberapa saat kemudian, ayahnya mengangkat. "Yah. Karang Lara sampai KL pukul 1 pagi kot" kata Dilara. "Ayah tahu. Maaf nak, ayah dan ibu tak sanggup nak ambil Lara pukul 1 tu. Lara tidur kat rumah Sarah dulu ye?" jawab Cik Mudrik. "Okay, kirim salam kat ibu tau. Assalamualaikum yah" kata Dilara lalu menutup telefon.
"Weh Sarah. Aku tidur rumah kau dulu tau lepas kita sampai KL. Parents aku tak sanggup ambil" kata Dilara. "Okay" jawab Sarah.
Beberapa jam berlalu, tidak lama lagi pukul empat petang. Dilara sudah siap untuk jalan dengan Jun. Dia memakai baju jersey warna hitam dan merah jambu, seluar warna hitam dan tudung warna pink muda. Dilara hanya pakai skincare dan sunscreennya hari ini. Dia tidak mahu pakai make-up.
"I'll miss Korea" katanya. Tidak lama selepas itu, loceng pintu bilik hotel mereka berbunyi. "Jun!" kata Dilara. Excited agaknya. Spending her last day in Korea with her kesayangan.
"Jun, jangan buat yang macam-macam kat Lara tau. Jangan lama sangat jalan-jalan tu. Ke airport awal kalau dapat" Sarah arahkan. Jun buat tanda tangan 'OK.'
"Awak nak angkatkan luggage saya untuk kali kedua ke?" Dilara tanya. "Tangan awak sakit?" Jun tanya balik. "Tak..." jawab Dilara tapi Jun masih angkatkan bagasi nya. "Saya kata tak sakit lah!" kata Dilara. Jun hiraukan Dilara. Dia angkatkan bagasi Dilara yang warna hijau itu ke bonet kereta teksi.
"Cik nak kemana?" Pemandu teksi itu tanya. "Pantai Eurwangni, Incheon" jawab Jun. "Kita ke pantai?" Dilara tanya. Jun menganggukkan kepalanya.
Sepanjang perjalanan satu jam itu, Dilara senyum tiada henti. Disebalik senyuman itu hanya air mata yang menahan untuk mengalir.
YOU ARE READING
Bulan Jun
Fanfiction"Tak salah pun jatuh cinta dengan orang yang tak seagama dengan kita." "Tapi cubalah Lara beri peluang untuk Nadir. Mungkin dia orang yang tepat."