Epilog.

21 5 0
                                    

Setahun kemudian,

"Cinta ada hadiah untuk sayang" Nadir berjalan dan duduk di sebelah isterinya yang ingin buka telekongnya yang berwarna merah jambu. Mereka baru sahaja selesai solat Isya berjemaah.

"Apatu cinta?" tanya Dilara. "Cinta ada belikan ticket untuk sayang" kata Nadir "Cinta nak bawa pergi mana pula ni?" Dilara bertanya lagi. "Dalam kotak bawah katil. Ambil lah" kata Nadir.

Nadir melihat Dilara berjalan ke arah katil mereka dan mengambil kotak kecil di bawah katil itu. Dilara membuka kotak itu dan senyuman lebar terukir di wajahnya.

"Serious ke cinta nak bawa sayang ke Singapore? Ke concert Seventeen Bulan Jun ni?" Dilara bertanya. Nadir menganggukkan kepalanya. "Cinta beli yang row paling depan untuk sayang. Kita dapat tengok kawan lama kita membuat persembahan atas pentas. Mesti dia rindu kat sayang" kata Nadir.
"Tak mahal ke?" Tanya Dilara. "Cukup duit cinta. Jangan risau" kata Nadir

"Sebenarnya sayang pun ada hadiah untuk cinta. Are you ready?" tanya Dilara. "Apa dia?" tanya Nadir.

"Kejap" kata Dilara. Dia berjalan ke sebelah katil dan mengambil sesuatu dari meja kecil di sisi. Dilara senyum-senyum. "Cinta tutup mata lepastu bagi tangan" Dilara mengarahkan.

"Okay buka mata" kata Dilara. "Sayang, betul ke ni? Cinta dah nak jadi papa?" Nadir tersenyum seperti tiada hari esok. Nadir memeluk tubuh Dilara dengan kuat.

"Tahniah sayang! Tahniah buat kita berdua!" kata Nadir. Dia mengecup pipi Dilara selepas itu.

_______________________

Dilara pergi ke konsert Seventeen menggunakan jaket yang diberi oleh Jun. Dia sangat sayangkan jaket itu. Bagi Dilara, jaket itu istimewa buatnya.

Nadir berada di sebelah Dilara setiap masa. Tidak ingin isterinya sesat. Pada masa yang sama, Nadir mengucapkan tahniah kepada dirinya sendiri.

"Aku berjaya. Berjaya tunaikan janji Jun, berjaya membuat Jun tengok aku dan Dilara bahagia dan berjaya membuat Dilara bahagia. Semoga selepas ini kita berdua akan terus bahagia." Nadir berkata dalam hati.

"Jun!" Dilara bersorak. Jun terus menolehkan kepalanya kepada pemilik suara itu. Apabila dia nampak, dia tersenyum dan melambai tangannya.

Dilara hampir ternangis. Dia nampak yang Jun masih lagi pakai gelang yang diberi olehnya. Gelang yang dia berikan 4 tahun yang lalu.

"Cinta nampak tak?" Dilara tanya dengan penuh kebahagiaan. "Nampak sayang. Jun masih simpan gelang tu" jawab Nadir sambil senyum.

Pada akhirnya, semua berjaya dengan janji masing-maisng. Sudah berjaya keluar dari fasa sedih masing-masing. Hanya percayakan pada takdir sahaja.

"Bulan Jun, kita bertemu lagi tapi kali ini saya bukan milik awak lagi."

Bulan JunWhere stories live. Discover now