Dua belas.

16 5 0
                                    

Keesokan harinya, Bos Akif membawa mereka makan tengah hari. Bos Akif serta Jun dan Nadir sudah sampai di restaurant itu, hanya menunggu ketibaan Dilara dan Sarah sahaja.

"Ishh tak nak lah pakai cool fever ni. Aku dah sihat, malu!" Dilara merungut dalam lif. "Oi, badan kau masih panas Lara. Pakai je, sekejap je ni" kata Sarah dan pintu lif pun terbuka.

"Dilara ke tu? Kenapa dia pakai cool fever tu?" Bos Akif tanya sambil ketawa. "Demam kot" jawab Nadir.

"Apa tengok-tengok ni, malulah kita" kata Dilara lalu melabuhkan duduk di sebelah Jun. Dilara hanya makan bubur kerana dia tidak punya selera. "Kenyang tak makan tu? Jangan lupa makan ubat" kata Jun. Dilara menganggukkan kepalanya.

"Pukul 6 petang karang kita kat rooftop hotel ni tau. Ertinya kita ada beberapa jam saja lagi. Lepas makan ni korang rehat dulu, nap ke. Acara petang ni sampai malam, energies are needed." Bos Akif menjelaskan. Sarah menterjemahkan untuk Jun kerana Lara masih sedang makan.

"Susahlah nak habiskan bubur ni. Macam nak muntah" kata Dilara sambil meletakkan kepalanya di bahu Jun. "Tak payah habiskan, jangan paksa diri awak. Makan ubat, Lara" kata Jun. Suara Jun selalu lembut apabila dia bercakap dengan Dilara.

Sarah mengambil gambar dalam diam. "Ugh comel! Aku bila?" dalam hatinya.

Jun keluarkan ubat dari beg Dilara dan menuangkan segelas air. Dia menghulurkan sebiji ubat dan air ke Dilara. Dilara pun makan ubat itu.

"Kan best kalau dapat suami macam Jun" Dilara cakap dalam hati. "Huhu nak kawenn"

"Aku pun pandai juga buat macamtu tapi Dilara yang tak nak dengan aku" kata Nadir dalam hatinya. Dia hanya mampu mencintai Dilara dalam diam.

"Dah telan?" Jun tanya. Dilara menganggukkan kepalanya dan memberi senyuman yang manis. "Good job" kata Jun sambil menepuk kepala Dilara. Nasib baik Bos Akif tak tengok.

_________________________

Jam sudah menunjukkan pukul empat petang. Dilara dan Sarah sedang bersedia satu jam awal sebab perempuan lambat nak bersiap :]

40 minit berlalu, mereka masih lagi dalam bilik hotel mereka. "Lara, muntah dulu. Keluarkan segala-galanya. Takut kat atas nanti tiba-tiba kau muntah depan CEO" kata Sarah. "Betul juga.." kata Dilara lalu berlari ke tandas.

"Dilara?" Sarah mengetuk pintu tandas itu berkali-kali. Sudah lebih 7 minit Dilara di dalam sana. "Jap! Sekali lagi!" kata Dilara. "Jangan lupa berus gigi lepastu" kata Sarah.

Sarah melayan Dilara seperti anak sendiri. "Dah?" Sarah tanya. Dilara menganggukkan kepalanya. Pakaian Dilara berwarna hitam manakala pakaian Sarah berwarna coklat vintaj.
"Jom!" kata Dilara. Dia berasa lebih baik daripada sebelumnya.

Mereka berdua naik ke atas dan yang mengejutkan mereka, terdapat ramai orang di rooftop itu.

"Dilara!" ada yang memanggil namanya. Tengok kiri, tengok kanan. Ada seorang jejaka berpakaian warna hitam, sepadan dengan Dilara.
Dilara berlari ke arah jejaka itu.

"Nadir mana?" Dilara tanya. "Cari Nadir? Okay saya pergi dulu" jejaka itu menjawab. "Jun! Janganlah! Saya cuma nak tahu, selalunya ada dengan awak" kata Dilara. Menahan Jun daripada pergi ke tempat lain.

"Tu Nadir." Jun tunjuk ke seorang jejaka yang dikelilingi oleh ramai wanita yang tidak dikenali. "Diorang terpikat dengan ketampanan Nadir" kata Jun. Suaranya makin kecil.

"Bagi saya, awak lagi handsome" kata Dilara. Jun senyum lebar selebar-lebarnya. Seperti tiada hari esok.

"Itu.. arak ke?" tanya Dilara sambil menunjuk minuman dalam gelas yang Jun sedang memigang itu. "Ni jus epal lah. Semua makanan dan minuman yang dihidang ni halal" jawab Jun.

Acara itu diakhiri dengan gambar beramai bersama CEO Syarikat Hazwan mengucap, "Happy 5th Anniversary to Syarikat Hazwan."

Dilara dan Jun juga mengambil gambar berdua. "Macam couple mafia!" kata Sarah. Nadir hanya melihat dari jauh. Dia dikelilingi oleh gadis-gadis yang cantik dari awal hingga habis acara.

Dilara melekat dengan Jun sepanjang acara. Sarah pula.. mencari jodoh.

Apabila acara habis, Dilara dan Jun naik lif bersama-sama. "Jun.." Dilara panggil. Jun sedar cara Dilara panggil itu lemah. "Kenapa ni? Okay tak? Tadi makan ubat tak? Sabar Dilara. Tadi tak makan ubat kan?" Jun tanya bertubi-tubi. Pada masa yang sama, pintu lif terbuka.

Badan Dilara lemah. Jun membawanya ke bilik hotel Dilara dan Sarah dengan secepat mungkin. Kunci kad bilik Dilara sudah di tangan Jun. Jun membuka pintu dan terus mencari sebotol air. "Cepat makan ubat" Jun mengarahkan.

"Kenapa awak tak makan ubat tadi?" Jun tanya. "Saya malu nak keluarkan ubat. Nanti orang fikir lain" jawab Dilara. "Kenapa malu? Kesihatan awak tu penting Lara. Lepasni jangan skip ubat awak tau? Saya pergi bilik sebelah, selamat malam" kata Jun lalu berdiri ingin keluar.

"Jun" Dilara panggil.
"Jangan tinggalkan saya" katanya.

"Saya tukar baju dulu. Awak tukarlah juga baju tu. Remove make-up. Tak baik tidur dengan make-up, nanti breakout. Lepastu saya kesini balik okay? Buka pintu untuk saya tau!" kata Jun lalu berjalan keluar dari bilik itu.

Dilara berdiri dari katilnya dan menukar bajunya ke baju tidur Hello Kitty. Nasib baik lengan panjang. Dilara masuk tandas dan mencuci mukanya, membuat rutin penjagaan kulit selepas itu. Dilara juga memakai tudung shawl style simple warna hitam.

Tidak lama selepas itu, ada ketukan di pintu bilik itu. Dilara pun pergi membukanya, Jun memberi senyuman yang manis.

"Saya sini sampai bila?" tanya Jun. "Sampai Sarah dah naik. Dia sedang cari jodoh" jawab Dilara. Mereka berdua banyak bercerita. Selain bercerita mereka ada juga melukis. Jun lukis seekor kucing. "Kucingtu macam muka awak lah!" kata Dilara. Dilara mengambil pen warna ungu dan mula menconteng bulan dan bintang di tangan Jun.

"Beberapa hari last korang di Korea nak ke Hybe Insight tak? Kita berdua je" tanya Jun. "Nak!" Dilara jawab dengan penuh semangat.

"Tak lama lagi saya dah nak habis contract dengan Syarikat Hazwan. Awak jaga diri baik-baik tau? Tak ada lagi yang nak temankan awak makan mamak hampir bangunan kerja" kata Jun.

"Alaaaa janganlah cakap macamtu. Belum lagi lah. Saya nak nangis" Dilara merungut. Tidak mahu membuat keadaan sedih. Dia tidak bersedia untuk meninggalkan Jun, dia sangat sayangkan Jun.

Hampir pukul 1 pagi, Sarah belum lagi ada di dalam bilik itu. Dilara sudah tidur nyenyak, Jun juga masih ada di dalam bilik itu. Menunggu ketibaan Sarah. Dia tidak mahu meninggalkan Dilara bersendirian.

Jun mengambil gambar Dilara tidur dengan senyap. Tidak lama selepas itu, Sarah masuk ke dalam bilik itu.

"Jun? Buat apa kat sini?" Sarah tanya. "Saya temankan Dilara tadi. Saya gerak dulu" kata Jun lalu keluar dari bilik itu.

"Baiknya Jun, sanggup temankan kau. Kau ni pun sanggup pakai tudung tidur"

Bulan JunWhere stories live. Discover now