"Kenapa saya kena duduk sebelah Nadir?" Dilara tanya bosnya. "Duduk je ikut tingkat masing-masing. Bos keluar sekejap," Bos Danial menjawab dan keluar dari bilik itu.
Dilara terdiam. Dia melihat kearah Jun yang sedang duduk di sebelah Sarah. Sarah sedang berbual dengan Jun dalam Bahasa Korea, Dilara juga dapat faham apa yang dicakapinya. Memang bestlah mereka berdua ni.
Mula-mula, Dilara dan Sarah belajar Hangul secara sendiri-sendiri. Mereka kemudian mula menyertai kelas yang mengajar tentang Korea apa, itu, ini. Mereka berdua berharap agar mereka dapat pergi ke Korea bersama-sama nanti.
Sementara menunggu ketibaan pekerja yang lain, Nadir mengeluarkan telefonnya dan mengambil gambar selfie dengan Dilara tanpa Dilara sedar. Malangnya bagi Nadir, dia terlupa meletakkan telefonnya dalam Silent Mode. Dilara terdengar bunyi kelipan kamera dan terus melihat kearah telefon itu.
"Woi, hodohnya muka aku kat situ! Kau ni reti tak ambil selfie? Pakai phone aku je lah," Dilara membebel dan mengeluarkan telefonnya dari poket. Nadir hanya tersenyum. Comel Dilara ni.
Dilara dan Nadir terlalu sibuk mencari angle dan lighting cantik untuk mengambil gambar tanpa menyedari bahawa Jun yang bertentangan sedang memerhatikan mereka berdua. Dia melihat belakang telefon Dilara dan tersengih seorang diri. Dilara telah menyimpan kad foto Jay di dalam phone case yang jelas. Jun kenal tak? Of course.
Lebih kurang 10 minit kemudian, ramai pekerja yang dari tingkat lain masuk kedalam bilik mesyuarat. CEO Syarikat Hazwan juga ada disitu. Hampir seperti Jun yang akan menjadi CEO baharu. Mereka memulakan acara dengan bacaan Surah Al-Fatihah.
Dilara hampir tergelak melihat Jun yang sedang keliru lalu menadah tangannya. Nadir menyenggol tangan Dilara dan wajahnya serta-merta menjadi serius. Bos-bos dari setiap tingkat memperkenalkan diri mereka termasuk dua pekerja terbaik. mereka menunjukkan salah satu presentation terbaik mereka untuk CEO Hazwan.
Masa untuk tingkat 4 punya presentation, Bos Danial mula memperkenalkan dirinya, juga dengan Dilara Aqila dan Nadir Azka. Mereka memulakan presentation, Jun fokus pada slaid yang ditayangkan. Mereka disuruh untuk mempersembahkan presentation tersebut dalam Bahasa Inggeris.
Apabila presentation tamat, Jun memberi mereka tepukan gemuruh dan senyuman yang lebar. Out of all presentations, tingkat 4 adalah satu-satunya yang membuatkan dia senyum begitu.
"I like this one," Jun bisik pada Sarah. Sarah pun setuju.
Apabila mesyuarat habis, mereka bersurai ke tingkat masing-masing. Dilara, Sarah, Jun dan beberapa pekerja yang lain menggunakan lif untuk turun ke tingkat mereka. Nadir jalan lebih awal tadi, ibunya menelefon.
Apabila lif sampai di tingkat 7, Dilara mengucapkan "Bye" kepada Sarah yang hendak keluar dari lif. Akan tetapi, yang membalasnya balik bukan Sarah tapi Jun. Dia mengucapkan "Bye" sambil melambai tangannya dengan senyuman yang manis. Dilara agak keliru pada awalnya tapi dia merasa jantungnya berdegup dengan kuat. Sangat yakin degupan jantungnya boleh didengar oleh orang lain. Dilara tersenyum.
YOU ARE READING
Bulan Jun
Fanfiction"Tak salah pun jatuh cinta dengan orang yang tak seagama dengan kita." "Tapi cubalah Lara beri peluang untuk Nadir. Mungkin dia orang yang tepat."