"Sarah! Dah siap ke?" Dilara memanggil Sarah. "Sudah ibu!" Sarah menjawab. Dilara menjelingkan matanya. "Jom, entah-entah diorang dulu yang sampai." Dilara kata.
Mereka berdua berjalan kearah lif dan secara kebetulan, Nadir dan Jun juga di dalam lif yang sama. "Ting!" Lif sudah sampai di tingkat 2.
Mereka berjalan ke arah counter dan memberitahu mereka sudah book meja. Mereka pun berjalan ke meja No.14
"Korang matchinglah, plan awal ke?" Sarah tanya. Dilara dan Jun memakai pakaian yang warna sama. "Kau pun matching juga dengan Nadir. Shall we call this a double date?" Dilara tanya.
"Ew tak nak lah dengan Nadir" Sarah menjalingkan matanya. Nadir hanya diam, perasaannya masih sama. Nadir menahan rasa sakit sahaja.
"Tengok sini!" Dilara panggil Jun. Dia ingin mengambil gambar untuk Jun. Orang di sebelahnya pun ingin masuk. "Nadir tepi lah. Jun dulu, nanti aku gambarkan kau" Dilara kata.
"1, 2, 3!" Dilara kira. Pada kiraan ke-3 Jun membuat pose kegemaran Dilara iaitu Kwanranghae (Heart kat pipi)
'Comelldkdjsbsbsbajsbajsbjaba' dalam hati Dilara.
"Jom ambil makanan!" kata Sarah. "Aku belum kena gambar pun.." Nadir merungut. Acah-acah merajuk.
Mereka mulai mengambil makanan dan menjamu selera. Seven Square mengadakan dinner buffet, tinggal mereka saja yang memilih makanan apa untuk dimakan.
"Sedap!" Sarah memuji masakan disitu. "Tapi sejuk makanan ni. Bahaya." Jun kata. Nadir berdiri dan mengambil lagi beberapa makanan yang sudah disediakan. Sementara itu, Dilara mendekatkan dirinya dengan Sarah .
"Sarah, aku macam tak sedap rasa. Nak muntah" Dilara memberitahu Sarah dengan suara yang kecil. "Nak pergi toilet tak?" Sarah tanya. Dilara hanya menggelengkan kepalanya. Sarah risau. Dilara jenis yang cepat sakit.
2 minit selepas itu, Dilara tiba-tiba berdiri dan berlari ke tandas. "Lara!" Sarah berdiri dari tempat duduknya. Jun dahulu yang mengejar Dilara, dia memastikan bukan Nadir yang tolong Lara. Apabila Jun sudah mengejar Dilara, Nadir baru sampai ke meja mereka.
"Mana diorang?" Nadir tanya. "Jun tolong Dilara. Dia muntah" Sarah kata. "Huh? Tunggu sini" Nadir kata. Dia ingin tolong Dilara. "Eh tak payah. Jun dah tolong. Habiskan dulu makanan kau, nanti kita sama-sama check diorang." Sarah kata. Dia relax saja, Nadir pula yang panic.
____________________
Pintu tandas perempuan terbuka dan Dilara keluar. Dia berdehem. Tak selesa agaknya.
"Lara? Okay tak?" Jun tanya. Dia menunggu Dilara keluar dari tadi. "Kejut aku. I okay. Makan panadol bolehlah tu" kata Dilara. "Pergi naik, rehat." Jun kata. Dia risau.
"Tapi I belum habis makan" katanya. "Takpe, kalau you tak sanggup habiskan, jangan paksa. I tunggu Sarah dan Nadir habis makan baru I naik, okay?" kata Jun. Suaranya lembut. Dia tahu Dilara sakit jadi dia tidak mahu membuatnya lebih pening atau sakit kepala.
"Dah. Pergi naik, rehat." kata Jun. Dilara hanya menganggukkan kepalanya dan memberi senyuman yang kecil. Tenaganya hilang. Jun melihat Dilara berjalan ke arah lif dan menunggunya masuk ke dalam lif. Selepas Dilara naik lif, barulah Jun pergi ke meja makan No.14 di Seven Square.
Jun duduk di sebelah Nadir dan termenung. Dia risau. "Esok macam mana?" "Lara dapat datang tak esok?" Bukan perempuan je yang overthinking, lelaki pun boleh!
"Mana Lara?" Sarah tanya. "Atas. Aku suruh dia rehat." Jun jawab. Sarah menganggukkan kepalanya lalu minum jus orennya.
"Naik sama-sama jom!" kata Sarah. "Korang naik dulu. Aku nak pergi convenient store jap. Nak apa-apa tak?" Jun tanya. Sarah menterjemahkan untuk Nadir, mereka berdua menggelengkan kepala sahaja.
Jun berdiri dan mula berjalan keluar. Nadir dan Sarah pula masuk lif dan naik ke tingkat bilik hotel mereka.
"Acah hero lah mamat ni" kata Nadir. "Lah aku fikir dah bebaik korang ni. Kau jealous kan?" Sarah ejek. "Haah. Aku tak suka lah tengok dia dengan Dilara. Sakit hati aku." jawab Nadir. "Kau rasa Jun suka tengok kau dengan Dilara?" Sarah tanya. Nadir terdiam. Pintu lif terbuka. "Husnudzon lah Nadir" kata Sarah lalu masuk ke dalam bilik hotelnya.
"Dilara?" Sarah memanggil. Bilik itu sunyi, seperti tiada orang di dalam. Sarah berjalan ke arah katil dan nampak Dilara sedang tidur dengan lena. Sarah rasa dahi Dilara, "Uish panas" Nak beli cool fever, dia malas nak turun naik.
"Ding dong!" loceng pintu bilik hotel itu berbunyi. Sarah buka dan ada Jun di luar pintu itu. "Ni ubat dan cool fever untuk Lara" kata Jun lalu memberi beg plastik kecil itu. Sudah nampak dengan jelas Jun sangat sayangkan dan risaukan Dilara. Akan tetapi, ada yang menahan dia. "Thanks" kata Sarah sambil menutup balik pintu.
Sarah mengambil sebotol air dan berjalan ke arah Dilara. "Lara bangun jap. Makan ubat dulu" Sarah bangunkan Dilara. Dilara buka matanya dengan perlahan dan menukar kedudukannya kepada duduk.
"Makan ubat. Lepastu pakai cool fever. Jun belikan untuk kau Lara. Dia risaukan kau" kata Sarah. "Lucky sia" kata Sarah lagi. "Serious ke? Comelnya" kata Dilara selepas makan ubatnya. Pening kepala pun sempat nak blushing.
YOU ARE READING
Bulan Jun
Fanfiction"Tak salah pun jatuh cinta dengan orang yang tak seagama dengan kita." "Tapi cubalah Lara beri peluang untuk Nadir. Mungkin dia orang yang tepat."