Dua.

21 5 0
                                    

"Wey korang, saya dengar ho kita akan ada intern baru," Mei Yin memulakan gosip hariannya dalam bilik pejabat mereka. "Serious la wei?" Nuha juga ingin mengetahui tentang hal ini.

"Oh my god. I ada dengar jugak tau, orang kata dia bukan dari sini," Tiara juga menyertai gosip mereka. Dilara hanya curi-curi dengar dari mejanya.

Mei Yin adalah seorang rakan kerja yang berbangsa Cina di syarikat itu. Nuha dan Tiara pula adalah pekerja role model bagi Dilara.

Tidak lama selepas itu, Nadir mendekatinya lalu meletakkan sekotak coklat kegamarannya di atas meja kerja Dilara. "Thank you Nadir tapi please, aku tak dapat nak terima semua hadiah kau setiap hari. Aku tak ada perasaan kat kau," Dilara bersuara.

"Takpe, saya akan sentiasa menunggu awak untuk menyukai saya balik. Even if it's 5 tahun akan datang, saya akan tunggu awak," Nadir membalasnya sambil senyum yang penuh ikhlas.

Dilara rasa serba salah kerana tidak membalas balik perasaan yang sama kepada Nadir. Hatinya sekarang penuh dengan tujuh jejaka Korea. Standardnya terlalu tinggi sehingga dia tidak percaya bahawa dia akan berkahwin dengan lelaki melayu nanti.

Melihat Nadir keluar dari bilik itu, Tiara terus menyoal Dilara, "Lara tak nak bagi Nadir chance ke? Bagi akak dia tu budak baik tau, kat sekolah dulu murid paling bersopan santun. Akak senior dia dulu."

"Tak tahu lah akak. Lara tak ada perasaan kat dia. Sedikit pun tak. By the way, intern baru tu kerja kat level mana?" Dilara menukar topik. "Hmmm. If Im not mistaken yea, kat level 7 dengan Sarah. Your bestfriend, right? Later you tanya lah dia," Mei Yin menjawab soalannya.

"Boss nampak lah kita chitchat ni. Cepat, buat kerja!" Nuha mengarahkan mereka. Boss Danial memerhatikam pekerjanya yang sedang leka bercerita selain daripada membuat kerja. Nadir juga sibuk memerhatikan mereka dari bilik pejabatnya yang mempunyai jendela lut sinar.

Nadir mengambil telefonnya lalu menghantar mesej kepada Dilara. Sengaja ingin mengingatkan gadis yang dia suka.

 "Sibuk je dia ni," Dilara bercakap dengan dirinya sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sibuk je dia ni," Dilara bercakap dengan dirinya sendiri. Kecoh. Nak tak nak, kena juga layan Nadir ni. 3 bulan lagi dia akan habis contract dengan syarikat ini.

Bulan JunWhere stories live. Discover now