Enam Belas.

22 4 1
                                    

Sepanjang perjalanan itu, tiada seseorang pun yang bercakap. Dilara masih menangis, Jun sedang menyiruk hingus.

Apabila sampai di lapangan terbang, Jun tolong angkatkan bagasi Dilara kerana Dilara terus cari Sarah.

"Sarah.." Dilara peluk Sarah. Air matanya mengalir lagi. "Dilara kenapa ni? Apa Jun buat?" Sarah tanya. "Nanti aku ceritakan. Please, let me stay like for a few minutes" kata Dilara. Basah teruk dah baju Sarah.

Hampir tiba masanya untuk mereka terbang semula ke Kuala Lumpur. Berat rasa hati masing-masing untuk tinggalkan rakan mereka. Mereka semua memberi ucapan dari masing-masing.

"Jun, terima kasih kerana telah memberi kerjasama selama dua bulan dengan Syarikat Hazwan. Saya harap awak bahagia selalu" kata-kata dari Bos Akif. Sarah terjemahkan.

"Aku minta maaf atas segala salah siap aku. Terima kasih sangat-sangat selalu dengar segala yang aku complain aku walaupun kau tak faham apa yang aku cakap. Terima kasih lanja makan" kata-kata dari Nadir Azka. Sarah terjemahkan lagi.

"Terima kasih Jun jaga kami kat Korea ni. It was a very good 2 weeks in Korea. Sorry tau malamtu aku marah kau. Terima kasih sekali lagi. See you when I see you" kata-kata dari Maisarah.

Dilara menarik nafas yang panjang. "Jun.." Memanggil namanya sudah membuatkan air matanya mengalir.

"Terima kasih untuk segalanya. Selamat tinggal." Dilara memberi senyuman manis buat kali terakhir untuk Jun. Senyum sambil air mata mengalir di pipi.

"Kita masuk dulu. Jangan rindu sangat tau" Dilara cakap dengan Jun.

"I will miss you so much."
"And I will miss you so much more."

_________________________

Dalam kapal terbang, Dilara duduk di tempat duduk tingkap, Nadir di tengah dan Sarah di tempat duduk lorong. Sebenarnya Dilara sepatutnya duduk di tengah tapi dia yang minta untuk menukar tempat duduk dengan Nadir.

Dilara merenungi lockscreen telefon bimbitnya. Di skrin itu terdapat gambar candid Jun semasa mereka di Hybe Insight beberapa hari yang lalu.

"Everything will be okay" kata Nadir. Hati Dilara sakit, dia pernah menggunakan ayat yang sama untuk Jun. Kali ini, dia pula yang menerima ayat itu.

Kapal terbang sudah berlepas, Dilara melihat ke luar jendela. Bintang di langit mengingatkannya tentang Jun. Indah dan terang. Tidak lama selepas itu hujan turun, dia melihat titisan hujan yang turun.

"Is it because I'm thinking of him?" Dilara terfikir.

Dilara memakai headphonesnya dan mendengar lagu Darl+ing yang dinyanyikan oleh Seventeen.

"Darling, with me under the Sun
I know that you're my one."

Part itu dinyanyikan oleh Jun. Dilara rindu semua tentang Jun. Terutama kali suaranya yang lembut.

"I don't wanna let you go
I can't think of being alone
What am I supposed to do-ooh-ooh-ooh-ooh?
And I gotta let you know
You got my heart like its yours
Don't wanna say goodbye."

Air mata Dilara mengalir dengan perlahan. Dia mengelap air matanya dan menutup matanya lalu menikmati lagu. Beratnya hati.

'Dilara. Saya akan kahwin dengan awak untuk menepati janji Jun.' Nadir berkata dalam hatinya.

Dia juga ingin menangis melihat Dilara menangis, mengingatkan apa yang Jun pernah berkata padanya.

'Ertinya Jun dah tahu apa yang Dilara akan jawab?' Nadir terfikir.
_______________________

FLASHBACK.
- Malam terakhir mereka di Korea.

"Nadir, lepasni aku dah tak boleh jaga Dilara. Aku tau kau suka dia. Tolong jagakan dia untuk aku" kata Jun.

"Aku tak dapat. Dia tak suka aku, dia tak nak dengan aku. Dia nak kau sorang je" jawab Nadir.

"Kau tipu kita semua? Selama ni kau pandai cakap Bahasa Korea?" Jun terkejut. "Tu cerita lain. Cepat sambung apa yang kau cakapkan tadi" Nadir mengarahkan.

"Aku tak seagama dengan Dilara, kau yang. Kau dapat kahwin dengan dia, aku tak. Aku nak tengok Dilara bahagia dengan kau. Selama dua bulan ini dia selalu bersama aku. Kau dibiarkan oleh Dilara. Aku minta maaf sebab macam merampas dia dari kau."

"Dilara lebih layak dengan kau. Aku tak sanggup nak tengok dia bersedih sebab aku. Kau kena buat dia bahagia. Tolong aku buat kali ini, boleh? Janji dengan aku yang kau akan bahagia dengan Dilara selamanya" kata Jun. Matanya berair.

"Jun, aku tak pasti kalau aku dapat tunaikan janji kau. Dilara tak akan sayangkan aku" Nadir bersuara.

"Please, Nadir. Buat Dilara bahagia seumur hidupnya. Dia terlalu attached dengan aku. In the end, dia akan menyakitkan dirinya sendiri. Tolong, tunaikan janji aku. Sayangkan dia sepenuh hatimu. Show her your efforts. Always be there for her" Jun berkata.

Nadir mengelap air matanya yang jatuh satu per satu. Dia menghela berat.

"Aku akan tunaikan janji kau. Aku akan buat Dilara bahagia seumur hidupnya."

Bulan JunWhere stories live. Discover now