"EH, kau tak beritahu aku pun yang tok abah kau dulu Panglima Angkatan Tentera," suara Adlan memecahkan kesunyian antara mereka. Nasi ayam disuapkan ke dalam mulut.
"Kau tak beritahu aku pun yang kau dengan Yana berkomplot nak pakai baju warna sama malam ni," balas Khairul. Donat sambal digigit. Dia hanya mengangkat kening apabila Adlan memandangnya dengan tajam.
"Itu kebetulan. Coincidence." Adlan menjeling Khairul.
"Wow! What a coincidence! It's like you guys are meant to be!" perli Khairul dengan suara teruja. "Tentang tok abah tu, buat apa aku nak cerita. Keluarga ni memang utamakan privasi. Kerja-kerja kitorang pun dianggap satu privasi dan perlu disembunyikan oleh pihak umum. Lagi-lagi pak cik-pak cik atau saudara-mara aku yang join komando atau pasukan elit. Kalau orang tanya, kitorang cuma jawab askar, polis, maritim, bomba dan seangkatan dengannya. Kecuali yang dah pencen lah," jawab Khairul kepada soalan Adlan tadi. Donat sambal digigit lagi.
Adlan mengangguk. Dia memandang ke tempat mengambil makanan. Adila sedang mengambil makanan bersama seorang kanak-kanak lelaki yang didukungnya tadi.
"Alfian, tanya oyang nak makan dekat mana," Adila menepuk bahu budak lelaki itu. Terus sahaja budak lelaki itu berlari ke dalam rumah.
"Oyang kata dia nak makan dengan Uncle K dengan kawan dia," Alfiyah berkata sambil berjalan ke arah Adila.
"Tak payah nak Uncle K sangatlah. Panggil dia Pak Cik Khairul," tegur Adila dengan muka berkerut.
"Tok abah nak makan sini." Adila meletakkan pinggan di sebelah Khairul. Apabila Tan Sri Hamdan sudah duduk di kerusi bersebelahan dengan Adlan, terus dia beredar dari situ.
Adila memerhati Khairul, Tan Sri Hamdan dan Adlan yang rancak berbual dari tepi pintu. Nampaknya, kawan Khairul itu memang pandai mengambil hati orang sekeliling. Pak cik-pak cik dia yang lain pun kelihatan selesa dengan lelaki itu.
Tiba-tiba pandangan matanya bersambung dengan pandangan mata Khairul, terus lelaki itu tersenyum mengusik. Adila hanya menjulingkan matanya ke atas lalu masuk ke dalam rumah. Malas nak layan orang masuk air.
"Tok abah, Khairul rasa kita bertiga ini diperhatikanlah tapi orangnya dah masuk dalam. Tak pastilah dia perhatikan yang mana, kemungkinan besar dia perhatikan Adlan ni." Khairul menyelit dalam perbualan Tan Sri Hamdan dan Adlan.
Tan Sri Hamdan mengerutkan dahinya. Diperhatikan? "Iya-iya ajelah kamu ni. Adalah tu bahan nak mengusik orang. Betul tak, Adlan?" Tan Sri Hamdan memandang Adlan di sebelah.
Adlan hanya mengangguk.
Khairul menepuk tangannya sekali; ingin menarik perhatian mereka berdua. "Betul, tok. Tadi Khairul nampak sendiri orang yang perhatikan kita. Bila Khairul eye contact dengan dia, terus dia masuk dalam rumah," bersungguh-sungguh dia berkata.
Apabila Tan Sri Hamdan seperti tidak melayan dia, terus dia menghela nafas panjang. "Haih.. nampaknya kau hanya diterima sebagai cucu sajalah, tak diterima sebagai cucu menantu tok abah aku." Khairul menepuk-nepuk bahu sahabatnya.
Terus Adlan tersedak. Air strawberi yang diisi dalam cawan plastik terus dicapai lalu diteguk sedikit untuk melegakan tekak.
"Mana ada! Tok abah tak cakap macam itu pun, ya?" nafi Tan Sri Hamdan. Haa.. kantoilah Tan Sri Hamdan pun nak Adlan menjadi cucu menantu dia.
Khairul mengangguk. "Oh.. tadi kita cakap dekat dia, dia tak layan. Kita sebut nama 'cucu' dia, baru dia buka mulut. Macam itu eh sekarang? Sampai hati..." Khairul menjauh hati.
"Alalala...merajuk pula cucu seorang ni." Tan Sri Hamdan menepuk-nepuk belakang badan Khairul perlahan; memujuk cucunya. Manja seperti budak 6 tahun walhal umur dah boleh ada anak umur 6 tahun.
YOU ARE READING
Dayana's
RomancePertemuan pertama dimulakan dengan pakaian sedondon yang akhirnya memunculkan spekulasi pelbagai pihak. "Eh, anak saudara Safiah yang doktor tu dah kahwin ke? Tak jemput kita pun." "Entahlah, tak tahu pula aku. Kenapa kau cakap macam itu? Perut do...