Prolog

36 3 0
                                    

2016

"Menyampahnya!" Azira mencampak telefon pintarnya ke atas meja. Pandangan beberapa orang pelanggan di restoran ini sudah tidak dihiraukan. Dadanya turun naik menahan marah.

"Kau kenapa ni? Buat malu aje orang tengok," tegur Maya. Segan pula dia apabila orang pandang mereka bertiga dengan muka tak puas hati. Rasa nak humban muka dalam pinggan.

"Lelaki semua sama aje, huh!" kuat Azira mengeluh. Tangannya naik memeluk diri. Muka usah dikata, berkerut habis. Kalah Angry Birds.

"Relaks lah. Cuba cerita sikit," tutur Maya. Cuba untuk mengetahui sebab kawannya marah sampai macam ini.

Azira membawa badannya rapat ke meja. Matanya tepat memandang anak mata Maya. Serius betul mukanya. "Lelaki sekarang ni memang semuanya hidup berlandaskan nafsu ke apa?"

Adila yang daripada tadi merenung luar melalui dinding cermin lut sinar terus mengalihkan pandangan kepada Azira. Topik ini lagi. Baru Sahaja semalam Azira mengamuk dengan dia tentang perihal ini juga di dalam perbualan mesej mereka berdua.

"Cubalah sebelum kahwin tu perbaiki diri dulu. Kalau suka mencarut, gantikan dengan istighfar. Kalau suka tengok benda-benda tak elok tu semua, cuba puasa. Kalau suka pandang perempuan-perempuan yang macam 'itu', tundukkan pandangan. Kalau selalu tinggal solat, paksa diri untuk solat. Kalau tak reti urus duit, cari alternatif untuk seimbangkan kewangan." Azira menyambung.

"Ini dah tahu nak kahwin, tetap dengan perangai lama. Suka berfoya-foya. Dia ingat perkahwinan ni satu permainan? Go to... haaa aku tahan aje ni nak cakap benda tak elok. Astaghfirullahalazim.. Selepas tu, ada spesies yang kalau tak dapat anak sebab dah lama kahwin, nak cakap isteri tu ada masalah. Padahal baru kahwin 3-4 tahun. Dia tak ingat rasanya yang dia hisap rokok 5 ke 6 batang setengah hari," ujar Azira panjang. Sedaya upaya menahan suaranya daripada mengganggu orang lain.

Adila menggeleng kepala. Dia kembali dengan dunianya. Dia memandang awan yang sudah bertukar warna. Rasanya sekejap lagi nak hujan dah ni. Jam yang terlilit di pergelangan tangannya dikerling sekilas. Pukul 5.30 petang. Dan dia perlu bertolak ke lapangan terbang pada pukul 6 petang. Ada lebih masa 30 minit lagi.

"Aku nak order air sekejap," sampuk Adila tiba-tiba. Sepit rambut yang diletak di atas meja diambil lalu rambutnya berwarna caramel blonde honey itu dikepit.

"Tekak dia okey ke minum air manis dua cawan?" tanya Azira sambil memerhati Adila yang sedang berjalan menuju ke kaunter.

"Air mineral la kut, tak pun untuk abang dia. Husnuzon.." jawab Maya.
***
"Mineral water, iced Americano and iced latte. One sliced of blueberry cheese cake and one sliced of chocolate cake," Adila memesan air dan kek.

"Total is RM 22.50." penjaga kaunter itu memberitahu. Dalam diam dia memuji kecantikan Adila. Pakaian yang ringkas pun cantik. Kalau dia pakai macam itu, orang ingat dia orang tak sihat.

"Ada cash, kan?," jawab Adila sambil mengeluarkan dompetnya daripada poket seluar.

Penjaga kaunter itu terus memandang Adila. Pandai cakap bahasa Melayu rupanya! "Maaf, miss. Cash tak ada buat masa sekarang, ada masalah sedikit. Jadi, pembayaran hari ini melalui kad sahaja."

Terkelip-kelip mata Adila mendengarnya. "Kalau saya bagi duit cukup-cukup pun tak boleh ke?" Bukannya apa, duit di dalam kad kreditnya dia sudah tukarkan kepada duit Jerman. Kad debit pula dia memang suka tinggalkan di rumah.

Penjaga kaunter itu tersenyum serba salah sambil menggeleng kepala. Adila juga turut tersenyum pasrah. Kena pinjam kad Maya atau Azira lah kesimpulannya. "Kalau macam itu, saya pinjam kad kawan-," tak sempat dia teruskan kata-kata, suara yang berdiri di sebelahnya menyampuk.

"Use mine."

Adila memandang tangan kekar yang menghulur kad itu. Kulitnya gelap yang jelas disebabkan oleh cahaya matahari. Adila pandang pula wajah lelaki yang menghulur kad itu. Rambutnya pendek yang kemas dan memakai baju-T.

"Eh, it's okay. Saya pinjam kawan saya punya saja," tolak Adila. Seganlah dia kalau orang luar yang tolong. Sudahlah tak kenal, lain jantina pula tu. Sangat menyeramkan jika membayangkan betapa kejamnya dunia sekarang.

Oh, tidak! Dia sudah berjangkit dengan Azira yang suka berfikiran negatif.

"Tak perlu nak menyusahkan diri, cik. Kira baiklah saya nak bagi pinjam duit saya yang ada tapi macam tak ada ni. Jangan risau, saya tak mengorat cik pun. Mak saya suka bakal menantu dia pakai tudung, tutup aurat," pedas kata-kata lelaki itu tanpa memandang Adila. Matanya sibuk memandang kek-kek yang cantik tersusun itu.

Bagaikan panahan tepat pada sasaran! Hati Adila dan penjaga kaunter itu seakan-akan dipanah. Sangat tepat sehingga rasa pedihnya kebenaran.

"Kalau macam tu, guna kad dia ajelah." Kad yang dihulur oleh lelaki itu diambil lalu memberikannya kepada penjaga kaunter.
***
Selesai pembayaran dan sudah menerima pesanan. Adila mengeluarkan dompetnya. Satu not RM 20 dan satu not RM5 dikeluarkan dari dompet. Duit itu diberikan kepada lelaki yang sudi meminjamkan duit kepadanya.

"Terima kasih bagi pinjam duit. Semoga dimurahkan rezeki, dijodohkan dengan wanita yang solehah," sempat dia selitkan doa kepada lelaki itu walaupun kedengaran perlian.

Lelaki itu memandang dua keping duit kertas itu. "Ni ada baki. Tak ada duit yang genap ikut harga ke?" matanya yang memandang pada dua not duit itu naik kepada wajah gadis itu. Pandangan mata mereka berdua bersambung.

Tadi bukan main gadis ini berkata dengan pekerja perempuan itu yang dia ada duit cukup-cukup untuk bayar makanan dan minuman yang dipesan. Waktu nak bayar kepada dia, terus 'duit cukup-cukup' itu hilang daripada dompet.

Adila menarik nafas panjang lalu dihela kuat. "Ambil Rm20 ni dulu," gesa Adila. Selepas lelaki itu mengambil not RM20 itu, RM5 dimasukkan semula di dalam dompet lalu dua not RM1 dan sekeping 50 sen diberikan kepada lelaki itu.

"Terima kasih bagi pinjam duit tadi," ucap Adila ikhlas. Makanan dan minuman yang dipesannya diambil. Sempat dia menghadiahkan senyuman nipis kepada lelaki itu.

"Sama-sama kasih," balas lelaki itu perlahan. Badannya pusing, memandang Adila yang sedang berjalan menuju ke meja yang didudukinya tadi.

Dalam tak sedar, mereka berdua mengukirkan senyuman nipis.

Dayana'sWhere stories live. Discover now