Bab 6

13 2 0
                                    

INI bukan jururawat sahaja yang pening kepala, dia pun terikut pening kepala nak melayan karenah pesaikit dia yang seorang ini. Rasanya, hasil pemeriksaan sewaktu pesakit ini baru tiba malam tadi tidak menunjukkan sebarang kecederaan di bahagian kepala. Hanya kecederaan di bahagian tangan dan kaki sahaja. Jadi, kenapa perangai pesakit ini seperti ada hentakan yang kuat sehingga mencederakan bahagian kepalanya? Atau memang perangai dia macam ini?

"Doktor.. mana mummy saya? Isteri saya mana? Doktor ke isteri saya?" soal pesakit yang bernama Amin ini. Sejak tadi dia mengulang soalan yang sama walaupun mereka sudah menjawab soalannya.

"Encik Amin, mummy Encik Amin belum datang lagi. Nanti waktu melawat dia datang melawat Encik Amin. Perihal isteri itu pula, saya rasa Encik Amin tak kahwin lagi dan semestinya saya bukan isteri Encik Amin. Apa kata Encik Amin rehatkan diri, tenangkan minda sebelum Encik Amin jumpa dengan mummy Encik Amin? Tak akanlah Encik Amin nak jumpa mummy Encik Amin dengan emosi Encik Amin macam ini, kan?" pujuk Adila.

Pergelangan tangan yang digenggam erat oleh Amin dilepaskan lalu dia menyuruh jururawat lelaki membaringkan Amin. Kepala yang dibalut dengan tudung di garu. Aduh...

Apabila Amin kelihatan lebih tenang, Adila menyuruh jururawat lelaki itu mengusap-usap Amin supaya lebih tenang. Jururawat itu juga mengajar teknik bernafas yang betul.

"Encik Amin okey, ya?" tanya Adila apabila Amin sudah memejamkan mata dan nampak lebih tenang.

Amin tidak menjawab, dia hanya mengangkat ibu jari tangan kanannya tanda dia okey. Boleh pula dia menyuruh jururawat lelaki itu mengurutnya. Jururawat itu melayankan sahaja, kalau tidak dilayan mahu huru-hara kembali wad ini dengan pertanyaan Amin.

"Encik Amin rehat-rehat dulu, kasi jiwa tenang dulu. Nanti mummy Encik Amin sampai, ya? Saya keluar dulu." Adila melambai ke arah Amin walaupun Amin menutup mata. Dia hanya tersenyum tak bersalah apabila jururawat lelaki yang bernama Imran itu membulatkan matanya.

Tak baiknya Dr. Adila tinggalkan dia dengan Amin! Sampai hati!

Sewaktu Adila ingin melangkah keluar dari wad, dia terserempak pula dengan ibu Amin iaitu puan yang dia berbual semalam. Dia membalas senyuman ibu Amin dan mereka berdua berhanti berhadapan.

"Anak saya ada apa-apa masalah ke, doktor? Kenapa doktor keluar dari wad anak saya?" soalnya risau.

"Anak puan tak ada apa-apa masalah serius pun. Cumanya dia asyik cari puan sahaja, mungkin dia masih terkejut dengan kejadian semalam. Insya-Allah dia akan beransur pulih," balas Adila dengan senyuman.

Tak mahulah dia cerita bahagian 'isteri' itu. Takut ibu Amin salah faham pula kalau dia cerita tentang bahagian itu. Jadi, daripada salah faham baik dia tak payah cerita tentang bahagian 'isteri', biar ibu Amin tahu mengenai anaknya sahaja.

***

SUDAH lama mereka berdua tidak dapat makan tengah hari bersama. Iyalah, Azira kata semenjak dua ini dia makan tengah hari dengan suaminya, Adila pula tak mahulah kacau waktu mereka bersama. Boleh juga dia mengurangkan pemakanan seharian dia.

"Kau nampak kurus. Kau diet ke?" tanya Adila.

Memang nampak perubahan fizikal yang ada pada Azira. Mukanya menjadi lebih cengkung berbanding sebelum ini. Badan pun semakin susut. Tapi mulut tetap kecoh seperti tiada hari esok. Mungkin semangat makan sudah hilang tetapi semangat bercakap masih berkobar-kobar.

"Aah, aku diet. Tak makan karbohidrat dan lemak semua. Kalau gemuk nanti suami aku cari yang lain pula," kata Azira sambil menyuap makanan ke dalam mulut.

"Kau dah cantik dah, tak perlu nak berdiet bagai. Kalau kau kurus sangat kau dah macam orang sakit tahu tak? Tak payah diet lagi. Dah okey dah badan kau yang sekarang ni," kata Adila. Dia menyuap makanan ke dalam mulut.

Dayana'sWhere stories live. Discover now