"SELEPAS itu apa jadi?" Maya seronok mendengar kisah Adila. Sudah macam drama Korea yang menyiasat jenayah pula.
"Selepas itu..." ayat sengaja digantungkan. Adila melihat reaksi Maya apabila dia berjeda terlalu lama. Mayabuat muka bosan dan dia hanya ketawa.
"Selepas itu, aku pengsan sebab tak makan. Bangun-bangun saja-." Tak sempat Adila mahu menghabiskan ayatnya, Maya menepuk meja makan dek terkejut.
"KAU PENGSAN?!" membulat mata gadis itu memandang Adila yang duduk di hadapannya. "KENAPA KAU TAK MAKAN?!" Maya mengetap bibirnya. Geram betul dia dengan Adila ini.
"Sudahlah tak makan, pengsan pula tu. Tak bagus betul doktor seorang ini," kutuk Maya. Adila dijeling tajam.
"Kalau macam itu, aku tak nak ceritalah. Aku nak makan, biar tak pengsan." Adila meneguk air masak di dalam gelasnya. Rambut yang terurai panjang diselitkan di belakang telinga.
"Ala.. cerita lah. Kau ni..." Maya menepuk-nepuk lengan Adila yang diletakkan di atas meja makan. "Tapi, lain kali kalau ada apa-apa yang berlaku dekat kau, kau kena beritahu aku dengan Azira. Faham?"
Adila memejam matanya. "Faham, cikgu."
"Okey, sambung. Bangun-bangun dari tidur tu sebab aku sambung tidur bila aku dah sedar tu. Mengantuk sangat! Eh, sambung. Aku tanyalah dekat Imran, jururawat yang aku selalu suruh dia tenangkan pesakit tu. Imran tu pun kata yang pesakit tu dah dipindahkan ke wad psikiatri. Pelaku dan anak-anak dia ada di balai. Anak-anak dia beri keterangan dan aku dan ada beberapa staf hospital lagi akan beri keterangan tentang kes ini. Itu sahaja. The end." Adila membuat gaya tangan konduktor opera apabila opera sudah tamat.
"Jadi, bila kau kena beri keterangan?" soal Maya.
Adila mengangkat bahu. "Entahlah, mungkin dalam masa terdekat. Aku tanya pegawai yang uruskan kes ini, dia kata kemungkinan besar esok. Jadi, esoklah rasanya."
Maya mengangguk.
"Kau macam mana? Kem hari itu seronok ke tidak? Mesti kau menyakat budak-budak waktu Kembara Malam, kan?" Mata Adila mengecil memandang Maya.
Maya tertawa kecil apabila Adila kata begitu. Memang betul pun dia mengusik anak-anak muridnya! Seronok apabila dia melihat mereka beremosi apabila disakat. Memang dia akan mengingati adegan itu sampai bila-bila.
"Ish, kau ni. Tak baik tau! Entah-entah, malam tu diorang semua takut nak pergi tandas sebab teringat usikan kau itu!" Adila tertawa kecil.
Sedang seronok mereka berborak, telefon Maya berdering. Terus Maya meminta diri untuk menjawab telefon dan terus ke ruang tamu. Tinggal Adila berseorangan di dapur. Dia membuka aplikasi Instagram. Apabila melihat gambar yang terpapar di skrin telefonnya sebaik sahaja dia membuka aplikasi itu, matanya diputarkan ke atas. Huh!
Terus tangannya menaip dan meninggalkan komen negatif di gambar itu.
'Gediknya kucing tu! 😒'
Memang kucing abangnya itu gedik pun! Tersangatlah gedik sehinggakan dia nak aje letak kucing itu di tepi jalan. Biar berdikari sedikit. Ini tidak! Barang-barang dan aksesorinya sangat mengalahkan manusia! Dari segi perhatian pula, memang kena bagi si kucing ini perhatian 99.99 peratus!
Paling penting, kucing ini sangatlah...
DIVA!
Tak lama, komennya dibalas oleh tuan akaun.
'Tahu jealous. 😏'
Ewah.. lambat lagi dia nak cemburu dengan kucing diva ini. Abang dia ini pun sama, asyik menyebelahi kucing kesayangan dia itu sahaja. Tak habis-habis dengan kucing dia. Kalau tak kucing, kuda. Kalau tak kuda, kucing. Baik jadi doktor veterinar sahaja, bukan arkitek. Huh!
YOU ARE READING
Dayana's
RomancePertemuan pertama dimulakan dengan pakaian sedondon yang akhirnya memunculkan spekulasi pelbagai pihak. "Eh, anak saudara Safiah yang doktor tu dah kahwin ke? Tak jemput kita pun." "Entahlah, tak tahu pula aku. Kenapa kau cakap macam itu? Perut do...