SEMINGGU sudah berlalu, maka semuanya kembali kepada normal. Lelaki yang bernama Adlan itu pun dia sudah tidak dengar khabar oleh Tan Sri Hamdan atau Khairul. Dua tiga hari selepas majlis pertunangan Khairina, Tan Sri Hamdan tak habis-habis memuat naik gambar mereka bertiga dengan kapsyen 'cucu baharu' di status WhatsApp. Khairul pula tak habis-habis mesej dia berkata bahawa Adlan itu masih tidak berpunya dan rekod pekerjaannya semua cemerlang. Mesej itu dia hanya baca sahaja, tak berminat untuk membalas. Biar Khairul syok sendiri.
Selesai menulis laporan kerjanya, Adila terus menutup komputer ribanya. Jari mengurut mata apabila matannya terasa penat. Dia melihat jam di tangan, sudah hampir pukul 8 pagi. Dia bangun dari duduknya lalu pergi ke bilik rehat pekerja perempuan. Memandangkan perut masih kenyang dengan sarapan yang dibawa oleh salah seorang jururawat di sini maka dia hanya ingin merehatkan badan setelah satu malam berkerja dengan kuat.
Apabila dia baring di di atas katil, terasa segala otot-ototnya mula mengendur. Alhamdulillah. Dia menggeliat ke kiri dan ke kanan. Tak perlulah dia segan kerana dalam bilik rehat ini hanya ada dia. Cumanya tudung masih dipakai untuk berjaga-jaga sekiranya pekerja bukan Muslim masuk ke dalam bilik rehat ini. Tak membuang masa lebih lama, terus dia memeluk bantal peluknya sehingga dia tertidur.
Tidak sampai 10 minit dia melelapkan mata, telefonnya berdering kuat, meminta diangkat. Dengan keadaan yang mamai, dia meleret ikon hijau di skrin telefon lalu meletakkan telefon itu di atas telinganya. Badannya yang berada dalam posisi mengiring masih memeluk bantal.
"Helo, assalamualaikum." Salam diberi oleh Adila. Matanya langsung tak dapat dibuka kerana sepanjang malam tadi dia memang sibuk menguruskan kes-kes ortopedik di jabatan kecemasan. Nasib baiklah ada dua tiga orang lagi doktor yang bertugas bersama dengannya malam tadi. Kalau tidak, memang tak dapat buka matalah dia sekarang ini kerana kepenatan.
"Waalaikumsalam, doktor. Doktor masih dekat hospital ke?" tanya jururawat yang menelefonnya. Tak ada orang lain lagi yang akan bertanya tentang keberadaannya melainkan staf hospital.
Adila menggosok-gosok matanya. Cuba untuk membangunkan diri daripada kepenatan kerana dia tahu dia akan menyambung tugasannya selepas panggilan ini. "Ya, saya ada dekat hospital lagi. Kenapa tu? Patient malam tadi ada masalah apa-apa ke?" tanya Adila.
Adila mengangkat telefon yang berada di telinga. Skrin telefon dipandang. Skrin itu memancarkan nama ICU (Intensive Care Unit). Dia bangun dari pembaringannya lalu meraup muka yang masih mengantuk.
"Doktor, ada keluarga pesakit yang nak jumpa dengan doktor. Dia ada dekat depan ICU ni. Rasanya doktor kena banyakkan bersabar sebab mod mereka macam tak okey," kata jururawat itu. Apabila mendengar ayat seperti itu, tahulah dia apa yang perlu dilakukan selepas ini. Tadah telinga dan membalas apa yang tidak betul sahaja.
***
ALHAMDULILLAH, semuanya berjalan dengan lancar. Keluarga pesakit yang dibawah pemerhatian itu juga berada dalam keadaan stabil. Keluarga pesakit ini bukannya berkerut disebabkan Adila, kalau mereka berkerut muka disebabkan Adila nampaknya memang tak adalah pesakit itu sekarang. Cerita punya cerita, mereka berkerut muka dengan perangai pesakit aku yang tak lepas daripada kemalangan jalan raya.
Katanya tahun ini saja sudah hampir masuk kali ketiga dan kali ketiga ialah yang paling tragis. Ahli keluarganya pun penat dengan perangai pesakit ini disebabkan perangainya yang suka merempit pada tengah malam. Alhamdulillah, beliau masih diberi peluang untuk hidup setelah tiga kali mengalami kemalangan jalan raya dalam masa setahun.
"Jadi, anak saya ini stabil sahaja, kan?" tanya Si Ibu. Walaupun dia penat dengan perangai anaknya yang satu itu, dia masih menunjukkan kerisauannya terhadap anak dia. Itulah fitrah seorang ibu yang telah melahirkan anaknya dan dijaga dengan penuh kasih sayang.
YOU ARE READING
Dayana's
RomancePertemuan pertama dimulakan dengan pakaian sedondon yang akhirnya memunculkan spekulasi pelbagai pihak. "Eh, anak saudara Safiah yang doktor tu dah kahwin ke? Tak jemput kita pun." "Entahlah, tak tahu pula aku. Kenapa kau cakap macam itu? Perut do...