SETELAH hampir sebulan dia tidak menjejakkan kaki di sini, Pak Lang Faiz kata Dinda sudah merajuk dengannya. Untuk merawat hati Dinda yang terluka, maka dia di sini. Mengusap-usap kepala Dinda untuk meredakan rajuknya.
"Dinda... janganlah merajuk. Tak cantik tahu tak?" Adila mengusap kuda Kazakh yang berwarna putih itu.
Setelah dipujuk beberapa kali, akhirnya Dinda sudah memaafkannya dengan menolak-nolak wajahnya dengan lembut. Mencium Adila. Terus Adila tersenyum suka. Tangannya memeluk leher Dinda.
"Okey. Jom, kita jalan-jalan selepas itu kita training, okey?" Adila memegang muka Dinda. Kemudian, palang yang memisahkan mereka berdua diangkat lalu Dinda ditarik keluar.
Bridel disarung pada muka Dinda, automatik telinganya ke belakang. Eeii.. comel betullah Dinda ini!
Dia membawa Dinda berjalan-jalan di sekitar kawasan itu lalu dia membawa kudanya ke padang tertutup. Topi keledar dipakai lalu dia menaiki kudanya. Tali bridel digenggam lalu dia menunggang Dinda ke dalam padang itu.
***
"Inner yellow!" sebaik saja anak panah itu tercacak pada angkat 10, terus ada suara garau menjerit. Bergema suaranya di dalam padang tertutup ini. Tangannya memeluk tubuh dengan senyuman bangga. Matanya melihat Adila yang menunggang kuda ke arahnya.
"Congrats, Yana. Dah lama tak datang pun masih hebat. Kalau setiap hari datang, mesti keempat-empat papan target ni inner yellow." Lelaki berbaju-T Polo berwarna hitam itu memuji. Kepalanya didongak sedikit, memandang Adila yang duduk di atas Dinda.
Adila hanya tersenyum hingga menampakkan barisan gigi putihnya. Kembang semangkuk hidung Adila apabila dipuji. Dia main lepaskan aje anak panah tu, tak sangka pula dia dapat dua kali 10 mata dan dua kali 9 mata.
"Mana ada, Yana biasa-biasa aje. Kalau sifu tak ajar, tak adalah Yana hebat dalam perkara macam ni," Adila merendah diri.
Lelaki itu memutarkan bebola matanya ke atas. "Don't call me like that, Adila. I'm not your 'sifu', just call me Mahfuz. I'm one of your brother's friend. Remember that. Don't be too formal. We have been friends since we were young, Yana." Penat juga dia nak ajar Adila sebut nama dia. Sedap apa nama dia? Mahfuz.
"Ishh.... Susahlah nak panggil nama tu. Yana dah terbiasa panggil sifu dengan panggilan tu." Adila menghela nafas.
"Sebut sajalah nama Mahfuz tu. Bukannya susah sangat pun. Macam manalah jodoh awak nanti kalau dia suruh panggil awak dengan panggilan abang ke, baby sayang ke, ucuk acam ke. Mesti awak berdua bergaduh, kan?" Mahfuz mengangkat sebelah kening lebatnya.
Adila di atas membuat muka geli. "Apa ni, kahwin-kahwin ni? Meremang bulu roma saya. Bulu Dinda aje tak sebab dia suka bab-bab macam ni. Betul tak, Dinda?" Adila memandang Dinda di bawahnya. Dinda menundukkan kepalanya sekali.
"Ha! Tengok tu! Dia setuju dengan ayat saya. Gatal betul kuda seekor ni tau." Adila menepuk kepala Dinda perlahan.
"Apa nak libatkan Dinda pula? Dinda tak bersalah pun. Betul tak, Dinda sayang?" Muka Dinda diusap sayang.
"Amboi, Dinda. Suka betul dia kena usap macam itu, kan? Makin manja lah dia selepas ini." Adila menggeleng kepala.
Sudahlah Dinda ini memang manja. Tapi tak semanja dan mengada seperti kucing diva itu! Manja dan mengada Dinda masih boleh dikawal kecuali dia melihat buah hati pengarang jantungnya, Kanda yang berada di sebelah kandangnya. Memang mengada betul sampai penat dia nak layan mengada Dinda.
Mahfuz ketawa. "Kalau dia manja, jangan layan dia macam Diva pula. Kesian dekat Dinda nanti."
Diva. Nama kucing yang diva itu. Nama itu pun Adila yang beri kerana memang sifat diva itu sejak Aidil mula membelanya. Baru kena bela, terus nak jadi majikan!
YOU ARE READING
Dayana's
RomancePertemuan pertama dimulakan dengan pakaian sedondon yang akhirnya memunculkan spekulasi pelbagai pihak. "Eh, anak saudara Safiah yang doktor tu dah kahwin ke? Tak jemput kita pun." "Entahlah, tak tahu pula aku. Kenapa kau cakap macam itu? Perut do...