PERKARA ini langsung tidak diketahui oleh rakan-rakannya. Hanya diketahui oleh ahli keluarganya yang ada dalam perbualan tersebut sahaja. Setelah berbincang dengan ahli keluarganya, dia meminta masa sebentar untuk berfikir sama ada menerima atau menolak.
Jadi, hari ini masuk hari kelima. Dan hari kelima dia mencari jawapan daripada Tuhan.
Aidil tak pernah terlupa untuk bertanya jawapan daripadanya. Begitu juga dengan Tan Sri Hamdan dan Si Khairul Kepohchi itu. Khairina juga kadang-kadang bertanya tentang jawapannya dan memberikan sedikit pengenalan tentang peribadi Adlan kepadanya. Khairul itu memang dia sekat sahaja kalau dia tak tahan tetapi dia tidak menyekat kembali apabila dia mahu bertanya tentang lelaki itu. Mahu tidak mahu, kenalah dengar usikan daripada Khairul.
Sangat menyakitkan jiwa dengan usikan Khairul itu!
Dia menaip lalu dipadam semula. Ditaip kembali lalu dipadam kembali. Perkara itu dibuat berkali-kali sehingga Maya yang baru turun menegurnya.
"Kau okey ke tak ni. Adila? Resah semacam aku tengok kau. Siap gigit kuku lagi."
Terus Adila mengangkat kepala; memandang Maya yang sudah melabuhkan duduk di atas sofa berangkai dua. Dia pula duduk di sofa berangkai tiga dengan kaki melunjur.
"Aaa... aku okey sahaja. Jangan risau. Cuma ada beberapa hal aku kena selesaikan sebab dah lima hari bertangguh. Kena siapkan hari ini." Dia tak mereka cerita, dia cuma menukar situasi.
Maya hanya mengangguk. Kemudian, dia mengambil alat kawalan jauh televisyendan berita dibuka. Hendak ditanya lebih-lebih, takut Adila tidak selesa pula. Jadi, biarlah Adila yang menceritakannya dengan rela hati bukan dengan keterpaksaan.
"Kalau ada apa-apa yang buatkan kau stres, ceritakanlah dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong hilangkan stres kau tu," tegur Maya. Matanya tertumpu pada kaca televisyen; membaca tajuk utama berita ini.
Adila hanya mengangguk kepala lalu menumpukan perhatian pada skrin telefonnya. Jari-jemarinya menaip sesuatu. Dengan lafaz basmallah, dia menekan butang hantar kepada isterinya.
'Abang, I think it's a 'yes'.'
Mesej itu dihantar lalu dia menutup telefonnya. Tak sanggup untuk menunggu balasan daripada Aidil, terus dia menumpukan perhatian pada kaca televisyen. Walaupun dia jarang menonton berita, tiba-tiba dia rasa berita ini seperi menarik pula.
Lebih kurang sepuluh minit kemudian, bunyi notifikasi bertubi-tubi membingitkan suasana di ruang tamu itu. Terus Adila mencapai telefonnya lalu menekan kotak notifikasi daripada Aidil. Tak boleh bertenang betul nak menghantar mesej sekali pun. Macam dah nak meletup telefon dia kerana mesej yang bertubi-tubi dihantar itu. Cuba Aidil bertenang sedikit?
Apabila dibuka aplikasi WhatsApp, baru dia tahu bahawa bukan Aidil sahaja yang menghantar mesej kepadanya. Tan Sri Hamdan dan Khairul juga ada menghantar mesej kepadanya. Paling banyak sekali semestinya daripada Khairul. abang saudara di siap sudah beri nombor telefon Adlan lagi kepada dia.
Tak menyabar betul...
Dibuka mesej daripada abangnya, Aidil.
'Anda kunci jawapan anda?'
'Kalau Yana dah betul-betul setuju, abang okey saja. Abang pun rasa dia seorang yang baik dan boleh menjaga satu-satunya adik abang ini dengan baik. Insya-Allah.'
'Tok abah kata kalau Yana setuju, nanti tok abah beri nombor telefon Adlan dekat Yana dan nombor telefon Yana dekat Adlan.'
'Ingat. Mesej bila perlu sahaja. Tak perlu nak update semua benda dekat dia. Dia bukan suami Yana. Jaga batas masing-masing.'
YOU ARE READING
Dayana's
RomancePertemuan pertama dimulakan dengan pakaian sedondon yang akhirnya memunculkan spekulasi pelbagai pihak. "Eh, anak saudara Safiah yang doktor tu dah kahwin ke? Tak jemput kita pun." "Entahlah, tak tahu pula aku. Kenapa kau cakap macam itu? Perut do...