SUASANA di dalam wad ini riuh dengan suara Dr. Faizul dan mummy Amin yang dikenali sebagai Soraya. Ibarat kilat yang sambung-menyambung, itulah mereka. Dr. Faizul memuntahkan segala fakta dan kebenaran manakala Soraya pula sedaya upaya untuk berdalih. Perbualan yang sepatutnya tenang dan damai bertukar 180 darjah apabila Soraya mula membentak. Nasib baiklah Amin menukar wad berempat kepada wad seorang. Tak adalah mereka mengganggu ketenteraman pesakit lain.
"Kau tak tahu tentang keluarga aku, kau jangan nak masuk campur!" nyaring suara Soraya berkata. Jarinya menunding tepat pada wajah Dr. Faizul. Matanya mencerlung tajam dan tepat pada mata Dr. Faizul.
"Mustahil aku tak masuk campur kalau benda itu terang-benderang salah di sisi agama Islam. Bukan sahaja di sisi undang-undang Islam, tapi undang-undang negara juga. Kau boleh dihukum denda tidak melebihi RM5000 dan boleh dipenjarakan tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun. Dan untuk pengetahuan kau, kau juga boleh dikenakan sebatan." Senafas Dr. Faizul berkata. Mata mereka masing-masing merenung tajam sesama sendiri.
Soraya kelihatan gentar apabila Dr. Faizul berkata begitu. Matanya terkelip-kelip dan mengalihkan pandangannya ke arah lain. Mencari buah fikiran untuk membalas kata-kata Dr. Faizul.
Dua orang anaknya yang dikenali sebagai Ammara dan Amir terkedu mendengar kata-kata doktor itu. Pandangan mereka bersambung, penuh dengan tanda tanya. Mereka yang mulanya berpihak kepada ibu mereka sudah kelu tak terkata. Langsung tidak terdetik dalam hati mereka yang mummy mereka sendiri sanggup melakukan perkara terkutuk itu dengan abang kandung mereka sendiri.
"Apa bukti kau sehinggakan kau kata yang aku ini buat benda terkutuk itu dengan anak aku? Mana bukti?!" Soraya kembali memandang Dr. Faizul. Pandangan kali ini seperti pandangan yang sedang ketakutan.
Dr. Faizul menjungkit hujung bibirnya. "Ada.. buktinya ada dan pihak polis pun dah dengar semua bukti yang menunjukkan Puan Soraya Ibrahim ini melakukan benda terkutuk itu terhadap anak kandung dia sendiri."
"Mummy, is it true?" soal Ammara. Matanya tunak memandang mummy dia yang berdiri membelakangi dia. Dia memandang Amin yang sudah tidur di atas katil selepas diberi pil penenang.
'Yes,' jawab Adila di dalam hati. Dia langsung tak berani nak bertentangan mata dengan Soraya. Sejak perbalahan ini bermula, dia berdiri di belakang antara Dr. Faizul dan Imran. Langsung tak mencuba untuk melangkah ke hadapan.
Tangannya mengurut pelipis kepala apabila kepalanya terasa sangat pening. Kepala dia pun semakin pening kerana dia langsung tidak makan apa-apa sejak tengah hari semalam. Tambah pula dengan kes ini, seperti nak pecah kepala dia memikirkan kes ini. Selepas ini memang dia nak pergi ke kafeteria untuk makan tengah hari!
Takut lah!
Apabila Soraya memandang ke arah Ammara. Dia melangkah mendekati Ammara lalu kedua-dua pergelangan tangan anak perempuannya digenggam erat. Matanya sudah semakin merah.
"It's not true, darling. I have never done that thing with my biological son, your brother. I will never do that!" Soraya mencuba meraih simpati. Air matanya sudah mengalir jatuh. Dia memandang kepada anak lelakinya pula, Amir.
Dia cuba meraih tangan nak itu tapi ditepis. Riak wajahnya berubah menjadi keras. Sanggupnya anak dia menepis tangan ibunya sendiri?
"Jadi, Abang Amin lah orangnya?" keras suaranya bertanya kepada Soraya.
Semua di dalam bilik itu berkerut. Adila sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia kalau rasa serabut memang suka garu kepala. Apa yang gatal pun dia tidak tahu.
"Patutlah mummy selalu kata yang Abang Amin tu kacak, muka tak lari daripada arwah papa. Ini rupanya disebalik pujian itu. Kejamnya, mummy. Mummy sanggup buat macam itu dekat anak kandung untuk puaskan kehendak sendiri. Mummy buat benda itu sehinggakan anak kandung mummy separuh gila."
YOU ARE READING
Dayana's
RomancePertemuan pertama dimulakan dengan pakaian sedondon yang akhirnya memunculkan spekulasi pelbagai pihak. "Eh, anak saudara Safiah yang doktor tu dah kahwin ke? Tak jemput kita pun." "Entahlah, tak tahu pula aku. Kenapa kau cakap macam itu? Perut do...