Theo segera menyiapkan diri untuk ke Taman Bintang Jatuh. Tidak dapat dinafikan bahawa dia benar-benar menantikan hari ini. Dia seperti merasa akan ada perkara baik yang berlaku.
Segera dia menyarungkan stoking ke kakinya diikuti dengan kasut sukan. Penampilan dia cukup sederhana tetapi tidak dapat menutup ketampanan dia.
Mak Ewi datang dari dapur. Dia melihat wajah Theo yang berseri-seri.
"Amboi, tak sabar nampak" Mak Ewi mengusik Theo. Theo menanggapinya dengan senyuman.
"Hehe, Mak Ewi rasa baju saya tak over sangat ke?" Theo kurang percaya dengan penampilannya.
Mak Ewi memandang Theo atas bawah. Lalu tersenyum ikhlas.
"Tuan nampak handsome macam biasa" pujinya. Theo tersenyum mendengar itu.
Dia menghidupkan enjin motornya. Apabila sudah keluar dari garaj rumah dia melambai ke arah Mak Ewi dan terus pecut ke destinasinya.
•
•
•
Taman Bintang Jatuh sungguh meriah malam itu. Terdapat banyak deretan gerai yang menjual makanan,perhiasan dan aksesori serta baju-baju.Theo berjalan ke bangku yang dia duduki semalam.
"Terang langit malam ni. Banyak betul bintang" ucap Theo sembari melihat ke langit. "Wuah!! Bulan purnamalah" sambungnya lagi.
Dia bangun dari duduknya. Berjalan ke sana ke sini tanpa hala tujuan. Dia memerhatikan sekitar. Persekitaran cukup bersih walaupun ramai orang yang hadir. Dia tersenyum sendiri.
Perasaan dia hari ni cukup berbeza. Biasa dia akan merasakan hampa tanpa batas namun sekarang perlahan namun pasti hatinya seakan-akan diisi sesuatu yang tidak dia ketahui.
Tiba-tiba perut Theo berbunyi dengan kuat sehingga seorang kanak-kanak lelaki memandang ke arahnya.
Theo membalas pandangan itu dengan senyuman sebelum mereka berdua tertawa keras. Sesaat kemudian, tawa Theo berhenti. Dia kena cari sesuatu untuk mengalas perutnya.
"Nak makan apa? Aku ni bukan makan sangat fast food ni" Theo mengomel sendiri.
Dia tidak terus berjalan untuk mencari makanan. Malah sibuk memfoto setiap aktiviti yang dia lihat.
Dia bergerak tanpa hala tuju dengan memotret semua yang dia lihat mahupun itu manusia, haiwan atau benda mati.
Ternyata kelakuan dia ini di perhatikan oleh sepasang mata sinis yang memandang dia dari jauh semalam. Pemilik mata sinis itu pergi setelah puas memerhatikan Theo.
Sedangkan Theo tidak sedar di diperhatikan. Dia tetap leka memotret. Seketika kemudian dia pergi ke salah satu gerai makanan yang terdapat di dekatnya.
"Ye dik nak beli apa?" Tanya penjual itu ramah. Theo melemparkan senyuman. Dia melihat dulu apa makanan yang disediakan.
"Wow makanan Jepun eh bang" Theo berbasa-basi. "Saya nak takoyaki 2 set dengan air lemon satu" Theo memberitahu dan di jawab dengan anggukan penjual tersebut.
Sementara menunggu penjual tersebut berbual dengan Theo.
"Adik ni ada kacukan orang luar ke? Handsome betul" penjual tersebut bertanya sambil memuji Theo.
Theo tak sampai hati nak membiarkan soalan penjual itu tergantung.
"Ye bang. Ayah saya dari Bali, ibu saya pula dari Sarawak" ucap Theo. Penjual itu hanya mengangguk.
"Berapa tinggi awak? Tinggi betul abang tengok" tanya penjual itu lagi
"Around 175 cm saya rasa"
"Tinggi betul awak ni" puji penjual itu dan disambut dengan sengihan Theo.
Penjual tersebut memberikan pesanan Theo. Theo menghulurkan beberapa helai not kertas. Ketika penjual itu mahu memulangkan bakinya Theo menolak.
"Alhamdulillah terima kasih dik, semoga Allah membalas perbuatan baik adik" ucap penjual itu haru.
Theo membalas pernyataan itu dengan dengan senyuman serta menunjukkan rantai salibnya. Penjual itu tersenyum kekok namun Theo tidak kisah.
Dia pergi meninggalkan gerai itu untuk mencari tempat melahap makanannya. Lagi 30 minit bunga api akan diluncurkan. Dia kena cari tempat yang agak tinggi dan sunyi.
Matanya melilau ke mana-mana mencari port lepak yanh sesuai. Matanya menangkap satu tempat yang agak tinggi dan sunyi. Dia terus mengarahkan kakinya ke sana.
Theo berlari anak. Tanpa disedari 2 insan yang dia tidak kenali juga sedang berlari anak ke tempat yang dituju mereka.
BAM!!
Weyh oky tak? Ke cliche?? Huwaa idea seciput helep me😭😭😭
YOU ARE READING
[C] Can I Die?
Teen Fiction"Can I die?" • • • Theo sudah penat berpura-pura ramah dan tenang dengan orang sekelilingnya, namun dia tetap meneruskan lakonannya. Kehadiran sahabatnya disebabkan satu perkenalan yang sangat tiba-tiba di suatu tempat. Ansen dan Uilee satu-satunya...