Bab 16: STOP IT!!

55 9 0
                                    

⚠️WARNING!!⚠️

Theo tiba di rumahnya dalam pukul 6.32. Dia sampai agak lambat kerana dia memang tidak bawa motor miliknya. Di tangannya masih terdapat sapu tangan yang diberikan GBUC.

Namun kepulangan dia tak disambut oleh Mak Ewi seperti hari-hari biasa. Malah dia dia disambut dengan tatapan bengis milik Tuan Sanjaya di hadapan pintu rumahnya.

Tepat sahaja kaki Theo melangkah masuk dari pagar rumahnya, Tuan Sanjaya laju menapak ke arah Theo.

Tamparan berulang kali dilakukan terhadap Theo. Kedua belah pipinya menjadi sasaran. Theo terjatuh akibat tamparan tersebut.

Sudahlah mukanya hancur akibat dipukul Najmi tadi. Ditambah lagi dengan tamparan dari Tuan Sanjaya. Memang sah muka dia hancur.

Melihat anak dia terjatuh Tuan Sanjaya mengambil batang besi berhampiran. Dia melibaskan benda itu ke badan Theo. Hal itu membuatkan Mak Ewi menjerit tak menentu.

Bunyi dari libasan yang Tuan Sanjaya hasilkan cukup untuk menunjukkan bahawa libasan tersebut cukup kuat. Mungkin lebih tepatnya sangat kuat.

Theo langsung tak mengeluarkan suara meringis ataupun kesakitan. Dia hanya menundukkan kepalanya.

Theo menerima pukulan itu sambil menundukkan wajahnya. Tangannya digengam dengan sangat kuat dan mengakibatkan kuku tangan dia menusuk permukaan telapak tangan dan meyebabkan pendarahan kecil.

Theo dapat merasakan dengan jelas sekarang. Bukan hatinya sahaja yang hancur namun badannya juga ikut hancur.

Theo bangun dan memegang batang besi itu. Untuk sesaat Tuan Sanjaya terkesima melihat Theo melawan. Theo mencampakkan batang besi itu jauh dari mereka.

"STOP IT!!" jerit Theo. Pada detik ini, Theo telah memutuskan untuk melawan.

"I'm tired dad. I'm f*cking tired. Why you do violence on me?" Theo tanya dengan suara yang kembali mengendur.

"SIAPA YANG AJAR KAU MACAM NI? MESTI ARNADA DENGAN PERMATA KAN?" Tuan Sanjaya menyalahkan Ansen dan Uilee.

Tak sedar diri. Dia yang salah dia tak perasan. Asyik nak cari salah orang je.

"KENAPA KENA LIBATKAN ANSEN DENGAN UILEE?! DIORANG TAK SALAH YAH. LANGSUNG TAK ADA KENA MENGENA DENGAN KITA!!" Theo kembali menengking ayahnya. "JANGAN NAK MASUKKAN DIORANG!!"

Tuan Sanjaya masih tak sedar di mana kesalahannya. Dah nak mampus agaknya orang tua ni.

"AKU MENYESAL ADA ANAK MACAM KAU!! MENYUSAHKAN" Tuan Sanjaya berucap tanpa berfikir. Memang tak ada otak.

Perkataan terakhir yang keluar dari mulut Tuan Sanjaya menambah luka di hati Theo.

"I tried. I always tried to be such a good son to you. I sacrificed my childhood only for you dad. Isn't it not enough, dad? Why can't you see that I love you?" Air mata Theo jatuh bercucuran. Sakit sekali hati dia.

"Jangan mengaku kau anak aku depan orang. Aku tak pernah ada anak" Tuan Sanjaya berucap dan masuk ke dalam rumah begitu saja.

Theo menjerit sambil menangis. Dia terduduk jatuh untuk kedua kali. Untuk pertama kalinya ayat yang keluar dari mulut Tuan Sanjaya menghancurkan hatinya.

Ayah sendiri tak mengaku yang kita anak dia. Pedih di hati Theo cuma dia sahaja yang tahu.

Mak Ewi datang untuk membantu Theo bangun. Namun hasilnya sia-sia. Theo langsung tak berganjak dari tempatnya.

Huweeeeeee so sad gess😭👎🏻 i'm crying 😭🖐🏻 huweeeee Theo come here

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Huweeeeeee so sad gess😭👎🏻 i'm crying 😭🖐🏻 huweeeee Theo come here. I'll give you a hug

[C] Can I Die?Where stories live. Discover now