Bab 12: Dendam?

41 9 0
                                    

Mata Theo melekat dengan tulisan di hadapannya. Suasana di sini pun sunyi sahaja. Dapatlah dia bertenang sedikit kan?

Tetapi ketenangan yang dia miliki tidak lama kerana tiga remaja lelaki yang buruk rupanya serta akhlak datang menghampiri Theo.

"Cepat ikut kitorang pergi belakang PSS ni" ucap Aiman.

Theo menggeleng sebagai jawapan. Dia nak belajar bukan nak kena pukul. Najmi naik berang. Dia mencapai lengan Theo. Tetapi gagal kerana Ansen menghalang.

Naik gerun mereka bertiga. Mereka takut akan Ansen kerana Ansen dikenali sebagai "Lelaki Berdarah Dingin". Aura Ansen sendiri sangat menakutkan.

"Apa yang korang nak buat?" Tanya Ansen. Mereka tidak menjawab. Ansen marah. Dia mengcengkam lengan Najmi dengan kuat sehingga lengan lelaki itu pucat.

Najmi mengerang kesakitan namun disenyapkan oleh pengawas perpustakaan. Jawapan yang Ansen ingin tidak di beri.

"Sekali lagi aku nampak korang kacau Theo nahas korang aku kerjakan" Ansen memberi amaran. Mereka bertiga mengangguk serentak. Lengan Najmi di lepaskan. Lalu mereka terkedek-kedek keluar daripada PSS.

"Jadi diorang lah yang pukul kau waktu tu?" Tanya Ansen sebaik sahaja melihat tiga manusia itu pergi.

Theo senyap. Dia tak nak bagi jawapan kat Ansen. Ansen menarik nafas panjang. Tak senang ye nak berkawam dengan orang yang ada masalah dengan childhood dia.

"Aku tak kisah Theo kalau kau tak nak bagitahu" Ansen menarik nafas lagi. "But tolong fikirkan kitorang"

Theo mengangguk. Ansen duduk di hadapan Theo lalu menyembabkan muka pada meja. Dia tidur. Theo kembali membaca buku walaupun air matanya bertakung.

Dia ingat Ansen akan naik bosan dengan perangai dia namun sama sekali tidak.

"Overthinking kills you inside" ucap Ansen dengan suara tak terlalu jelas. Theo terkejut sekejap ye. Ingatkan dah tidur rupanya belum.



Tiga remaja lelaki yang tak lengkap berpakaian sekolah duduk di cyber cafe yang berdekatan.

Rasanya korang boleh teka siapakan? Yup, Najmi, Aiman dan Bian. Mereka sedang bermain game.

Tangan Bian yang sedang menekan papan kekunci berhenti selepas mendengar pernyataan Najmi.

"Apa kata kita buli je Theo tu sampai dia mati? Kita budak bawah umur kan? Bukannya kena hukum gantung pun" ucapan Najmi beberapa minit tadi masih terngiang-ngiang di kepala Bian.

Aiman juga masih termenung melihat sikap selamba badak milik Najmi. Dia takut Najmi ni ada masalah mental je.

"Wey kau dah gila ke apa? Haram tau dari hukum agama" ucap Aiman. Dia benci Theo tapi tak bermakna dia sanggup membunuh.

"Kalau kau berdendam dengan dia sekali pun, takkan sampai nak membunuh" Bian menyokong Aiman. Dia juga tak berani membunuh. Dia masih waras.

"Aku memang berdendam dengan dia. Aku benci Theo. Aku betul-betul benci dia dan aku nak dia mati" Najmi meluahkan perasaannya. "Aku tak suka tengok dia bahagia"

Aiman dan Bian berpandangan. Mereka seperti membuat telepati.

"Kitorang tak nak join" ucao Aiman bagi pihak mereka. Najmi tersenyum sinis dengan jawapan itu.

"Tak nak? Yakin tak nak?" Najmi mengeluarkan handphone dan menunjukkan rakaman video mereka membuli Theo.

Aiman dan Bian menelan air liur mereka. Kalau video ni tersebar memang habislah mereka kena buang sekolah. Paling teruk di benci masyarakat.

[C] Can I Die?Where stories live. Discover now