"AKU AKAN PASTIKAN HIDUP KAU TAKKAN SENANG!!" jerit Uilee kepada Najmi yang mula mendekatinya.
"Betul ke? Apa yang kau boleh buat? Kawasan sini orang jarang lalu" Najmi tersenyum dengan penuh makna. Uilee jijik melihat senyuman itu.
BUKK!!
Najmi terjatuh ke kanan. Ansen memandanginya dengan wajah bengis. Terlihat Bian dan Aiman berada di belakang.
Mereka pergi bukan untuk melarikan diri. Melainkan mencari Ansen. Badan Najmi mula menggeletar hebat. Tumbukan Ansen terasa seperti batu yang di hempaskan.
Ansen mengabaikan Najmi. Dia terus mengangkat Theo. Uilee bangun mengikuti jejak Ansen dengan payah.
"Tak payah ikut. Balik rumah" Ansen berucap dingin. Uilee berhenti mengikuti langkah Ansen yang kian menjauh darinya.
"Bian, Aiman. Tolong ikut aku" Uilee memberi arahan. Suaranya dingin dan menggeletar. Bian dan Aiman mengangguk faham. Lalu mengikuti Uilee dan meninggalkan Najmi yang mengesot melarikan diri.
•
•
•
"Bagitahu aku semua maklumat pasal Najmi" ucap Uilee dingin.Bian dan Aiman berpandangan kepada satu sama lain. Mereka berdua menelan air liur.
"Nirah" ucap Uilee.
Bian dan Aiman merasakan kesakitan luar biasa di bahu mereka. Seakan-akan ada seseorang yang mencangkung di bahu mereka berdua. Rasa kesakitan yang luar biasa.
"AKU NAK BAGITAHU!!" jerit Aiman.
Kesakitan itu secara misteri menghilang digantikan dengan senyuman sinis milik Uilee.
"Full. Atau kau rasa sakit macam tadi"
Ayat yang kelluar dari mulut Uilee membuatkan Bian dan Aiman menggeletar hebat.
Aiman membuka mulutnya dan memberitahu maklumat Najmi. Bian pula menambahkan isi-isi yang lebih terperinci kepada Uilee.
Uilee tersenyum kepuasan. Dia boleh menghancurkan sesiapa sahaja, asalkan ada maklumat yang cukup lengkap tentang seseorang itu.
•
•
•
"PENDARAHAN DIA BANYAK!! TOLONG" jerit Ansen kuat apabila tiba di unit kecemasan. Semua jururawat yang terdapat di sana cekap bertindak.Mereka meletakkan tubuh Theo di katil khas yang beroda. Ansen ingin mengikuti jururawat tersebut namun di cegah mereka.
Alhasil Ansen duduk di salah satu bangku yang terdapat di sana. Dia menundukkan kepalanya. Air mata dia mula berair.
"Don't die, Theo. Don't leave me please. I'm sorry" ucapnya. Suara Ansen menggeletar. Dia menangis tanpa suara. Sehingga tidak menyedari kehadiran seseorang yang duduk tepat di sebelahnya.
•
•
•
Doktor bertungkus lumus mencuba menyelamatkan Theo. Namun pendarahan dalaman Theo terlalu banyak. Organ dalamannya pun hampir kesemua hancur.Tiba-tiba degupan jantung Theo mula normal. Doktor berhenti dari kerjanya. Dia kembali menjahit kulit Theo. Besok pagi dia akan sambung dengan persetujuan wali dari Theo.
Ansen yang melihat doktor keluar dari wad Theo segera menghampirinya. Doktor itu terkejut dengan kehadiran Ansen.
"Macam mana doktor? Keadaan abang saya?" Tanya Ansen tergesa-gesa.
"Setakat ini baik. Tapi terlalu banyak organ yang pecah jadi untuk sementara waktu sesiapa sahaja tak dibenarkan untuk melawat pesakit" ucap doktor itu. Ansen tak setuju. Dia nak tengok keadaan Theo macam mana sekalipun.
"Nauilee Permatasari" Ansen melafazkan nama Uilee. Dan doktor itu tercengang seketika mendengar nama Uilee.
"Izinkan saya masuk kalau tak nak kena pecat" Ansen seakan-akan memberi amaran.
Doktor itu menelan air liur. Mukanya kembali mengeluarkan peluh.
"Hanya kamu seorang. Dan jangan bagitahu sesiapa. Datang malam sikit" ucap doktor itu kemudian pergi meninggalkan Ansen. Ansen tersenyum sinis melihat perangai doktor itu.
"Tak amanah" ujarnya. Dan kakinya melangkah untuk kembali ke rumah sebelum kembali menjenguk sahabat dia.
Gadis bertudung ungu cair secara tiba-tiba muncul dan melihat keadaan Theo. Dengan mata yang bergenang air mata. Dan sebulir air mata jatuh mengalir di pipinya.
Tanak ckp bnyk.... NEXT!!
YOU ARE READING
[C] Can I Die?
Teen Fiction"Can I die?" • • • Theo sudah penat berpura-pura ramah dan tenang dengan orang sekelilingnya, namun dia tetap meneruskan lakonannya. Kehadiran sahabatnya disebabkan satu perkenalan yang sangat tiba-tiba di suatu tempat. Ansen dan Uilee satu-satunya...