Motorsikal milik Theo dan Ansen seakan-akan berlumba untuk sampai ke sekolah Uilee.
Jarak SMK Harapan dengan SMK Bintang agak jauh dan mereka sedikit terlambat sebab Theo menemani Ansen mengemas kelas dia.
Sementara itu, Uilee sudah kepanasan menunggu Ansen. Dia membebel sendiri. Tudung sekolah di kibas.
"Ansen ni aku dah cakap dah aku balik pukul 2 petang. Ni dah 2:30" Uilee membebel sendiri. "Dah lah haus"
Uilee berjalan mundar-mandir di bustop. Kemudian, datang gadis bertudung ungu cair yang memberikan sebotol air mineral kepada Uilee.
"Untuk saya ke kak?" Tanya Uilee. Gadis itu menjawab dengan anggukan.
Uilee tersenyum kekok. Dia memang haus tapi dia tak nak ambil minuman dari orang yang dia tak kenal.
"Tak pe lah kak saya boleh beli air sendiri" Uilee menolak halus. Tak ingin menyakiti hati hadis misteri itu.
Gadis misteri jtu meletakkan botol minuman di bangku bustop dan berjalan perlahan pergi dari kawasan tersebut.
Uilee cuma membiarkan dia. Namun tanpa dia sedar gadis itu tersenyum dan menghilang di bawa angin.
Seminit kemudian Ansen dan Theo datang. Uilee menghadiahkan jelingan kepada Ansen namun senyuman manis kepada Theo.
Theo membuka helmet dan duduk di sebelah kanan Uilee. Dia sejyum manis kepada Uilee. Uilee membalas senyuman itu.
Ansen pula hanya membuka visor helmet miliknya. Dia memandang Uilee. Mata mereka berdua bertembung. Uilee mengalihkan pandangannya.
Ansen mengeluh perlahan. Theo pula tergelak kecil. Dia merasa perangai mereka berdua sangat comel. Saling menyayangi tapi sama-sama tak nak tunjuk.
"Sorry Uilee" ucap Ansen. Uilee hanya mengabaikan permintaan maaf Ansen. Dia bangun dari duduknya dan mula membonceng Ansen.
Theo juga sudah naik ke atas motorsikalnya. Ansen sedikit terkejut dengan perbuatan Uilee. Tapi dia tersenyum disebalik visor.
Theo menghulurkan helmet untuk Uilee. Uilee memasang klipper helmet itu. Dan mereka pun bergerak ke mall.
•
•
•
Mereka melangkah tanpa hala tujuan. Sekejap ke kanan dan sekejap ke kiri. Orang ramai memerhatikan."Kita nak pergi mana sebenarnya ni?" Uilee tanya. Dia berhenti mengikuti langkah mereka berdua.
Sesungguhnya kaki dia sudah penat ye. Dah lah langkah kaki mereka berdua panjang. Memang penat lah Uilee.
"Kau yang ajak tapi kau senyap je" Ansen membuka mulut. Sebenarnya dia juga sudah penat. Tetapi Uilee juga terus mengikuti mereka jadi dia menjadi pelik.
"Tengok wayang nak tak?" Theo memberi cadangan. Dia juga sudah penat.
Ansen dan Uilee pantas mengangguk. Mereka malas hendak bertekak. Kaki mereka melangkah ke Bioskop berdekatan.
•
•
•
Ansen menutup mukanya menggunakan kedua belah tangannya. Dia paling benci cerita hantu. Kenapalah Theo pilih cerita hantu jugak.Berbanding terbalik dengan Ansen, Uilee happy tengok cerita hantu. Dia siap makan popcorn tau. Lepastu siap gelak-gelak tengok muka hantu yang muncul secara tiba-tiba a.k.a jumpscare.
Theo pula tak habis-habis menjerit. Tapi jeritan dia tak ada lah sekuat penonton lain. Theo tak suka cerita hantu tapi dia pilih cerita hantu jugak. Haih pelik betul.
"Uilee aku nak pinjam jaket kau sikit, nak tutup muka" bisik Ansen. Uilee menganggukkan kepala tanpa memandang wajah Ansen.
Ansen mengambil hujung jaket Uilee untuk menutup matanya. Dia juga berdoa agar cerita ni cepat habis.
Theo sudah penat menjerit. So dia berinisiatif untuk keluar dari tempat tersebut. Dia bangun untuk keluar dari bioskop tersebut. Tinggallah Ansen dan Uilee yang duduk berdua menonton filem tersebut.
Pemergian Theo diperhatikan oleh gadis bertudung ungu cair. Gadis itu tersenyum sebelum menghilangkan diri.
Berbalik kepada makhluk dua ekor yang sedang menonton cerita hantu.
Ansen tak kuasa untuk mengangkat kepalanya. Tapi dia terpaksa menghadap Uilee kerana gadia itu memanggil namanya.
"Jom lah kita keluar, Theo dah hilang" gadia itu memberitahu. Hal itu membuatkan Ansen melihat sekililing dan tanpa sengaja dia terpandang skrin jumbo di hadapannya.
Jumpscare yang tersangat seram tiba-tiba muncul memenuhi skrin. Uilee juga terperanjat dengan hal itu.
Ansen refleks memeluk Uilee kerama ketakutan. Uilee pula masih tercengang.
'Apakah?' hati Uilee berbisik. Dia memandang kepala Ansen. Badan Ansen bergetar hebat.
Uilee menahan tawanya daripada pecah. Dia menggoyangkan badan Ansen.
"Oii Ansen gila bangunlah" Uilee menarik nafas sebelum menyambung kata. "Aku tak boleh bernafas and lagi satu adalah... Kepala kau berat nak mampus"
Itu membuatkan Ansen melepaskan pelukan dan mengangkat kepala dia. Dia memandang Uilee yang sedang membebel.
"Hawau punya hantu, habis popcorn aku bersepah. Nanti susahlah cleaner nak bersihkan. Pastu dan Ansen ni gila ke apa nak peluk orang. Haram lah..... Ish" bebel gadis itu sendirian.
Ansen pantas bangun dan membawa Uilee keluar. Perasaannya tak sedap sekarang ni.
'Mana kau Theo?' tanya Ansen sendirian. Takkan nak bagi telepati pulak.
So assalammualaikum mcm biasa Fishie punya chap kali ni sumpah hambar sebab Fishie terlalu fokus nak buat part bermasalah tapi in this chap Fishie tak letak lak. Sebenarnya chapter asal dia "Masalah" but idea Fishie makin makin lama makin ke laut tu la jadi dia tu.
Tekan lah vote tu sekali kalau kelakar. Komen cikit😚
YOU ARE READING
[C] Can I Die?
Teen Fiction"Can I die?" • • • Theo sudah penat berpura-pura ramah dan tenang dengan orang sekelilingnya, namun dia tetap meneruskan lakonannya. Kehadiran sahabatnya disebabkan satu perkenalan yang sangat tiba-tiba di suatu tempat. Ansen dan Uilee satu-satunya...