Theo berjalan perlahan ke pokok besar tempat pertemuan dia dengan Ansen dan Uilee.
Tadinya dia berniat datang ke sini untuk tenangkan diri. Tapi niatnya batal secara tiba-tiba melihat keberadaan trio penganggu dirinya berada di situ. Siapa lagi kalau bukan Najmi, Aiman dan Bian.
"C'mon god, why should them?" Rungut batin Theo. Yang paling dia malas adalah, patut ke mereka bertemu di sini?
Theo tetap melangkah ke arah mahkluk tiga ekor tersebut. Dia nak bawa makhluk-makhluk itu menjauh dari tempat kesayangan dia.
"Theo Sanjaya" ucap Najmi sinis. "Datang juga kau"
"What the f*ck you guys want?" Tanya Theo kasar. "With the name of Jesus please leave me alone"
Najmi berubah berang. Dia mula-mula adalah niat nak cakap elok-elok. Tapi ayat Theo buat dia marah.
Theo menghiraukan pandangan yang Najmi berikan kepada dirinya. Dia memandang Bian yang seakan-akan membuat signal menyuruhnya meminta maaf dan segera pergi dari sini.
Tapi Theo tak mengendahkannya. Dia tak buat salah kenapa dia kena minta maaf?
Belum sempat Theo berfikir satu tumbukan melayang di wajahnya. Theo terduduk sambil memegang bibir. Bibir merah itu berdarah.
Najmi mahu melepaskan satu tumbukan lagi tetapi bekum sempat dia mahu lakukannya, Theo membuka mulut.
"Kau nak bunuh aku? Nak buli aku? Tolong jangan kat sini. Pilih tempat lain" Theo berucap. Di sini kenangan termanis yang dia pernah ada dicipta. Jadi dia tak nak berlaku pertumpahan darah di sini.
Najmi tersenyum sinis melihat keberanian Theo. Dia melihat ke arah Bian dan Aiman dan memberi signal untuk menyeret Theo jauh dari tempat mereka berdiri sekarang.
Theo mengelak dari dipegang Bian dan Aiman.
"Aku boleh jalan sendiri" kata Theo. Buan dan Aiman hanya mengangguk.
•
•
•
"Eugh" Theo memegang perutnya yang habis ditendang Najmi. Senak."Tolong berhenti" rayu Theo. Sakit. Badan dia sangat sakit sekarang. Theo tak mampu melawan kerana ingatan yang dia pernah didera Tuan Sanjaya bermain di benaknya.
Najmi terus menendang perut Theo sampai tubuh itu tercampak ke dinding dan Theo mengeluarkan darah dari mulutnya.
Bian dan Aiman terus menghalang Najmi dari mendekati Theo. Mereka memegang kedua-dua lengan Najmi.
"Cukuplah Mi, teruk sangat kau belasah dia tu" pujuk Bian.
"Ye doh. Dah hampir setengah jam ni Mi. Cukuplah" pujuk Aiman pula.
Najmi menghela nafas kuat. Dia melepaskan diri dari pegangan Bian dan Aiman.
"Hari ni kau selamat. Esok lusa maybe kau mati kat tangan aku" ucap Najmi sambil berjalan pergi. Diikuti Bian dan Aiman.
Theo memegang perutnya dan mengelap darah di hujung bibir. Dia menarik dan menghembuskan nafas berulang kali untuk menahan dirinya daripada menangis.
Namun air matanya tetap merembes keluar. Dia menangis tersedu sedan melihat keadaan dirinya.
Dia tak berani melawan. Dia takut. Dia masih trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya waktu kecil. Padahal kejadian itu sudah lama berlalu, namun ingatannya masih memberi impak kepada kehidupan Theo.
Kehadiran seseorang yang tak lain tak bukan gadis bertudung ungu cair a.k.a GBUC membuat Theo kembali menahan air matanya.
Dia kalau boleh tak ingin menunjukkan lukanya kepada sesiapa. Termasuklah Uilee dan Ansen.
GBUC itu memberikan Theo sebuah sapu tangan kecil yang berwarna biru. Theo mengambilnya dengan ragu-ragu.
"Kau siapa?" Tanya Theo. Dia melihat wajah gadis itu yang tersenyum lembut. Senyuman itu membuatkan dia kembali merasa sedih.
"Ceritakan kisahmu. Aku akan mendengarkan deritamu" ucap gadis itu dengan suara yang sangat...... Lembut.
Theo langsung menangis semahu-mahunya. Dia tak kenal akan gadis itu. Tapi kenapa kehadirannya membuatkan dia begitu selesa.
"Aku sakit, aku takut. Ingatan waktu ayah selalu pukul aku selalu terngiang-ngiang. Aku takut sangat. Aku sakit sangat. Mungkin luka yang aku ada lagi banyak dari kenangan manis aku. Tolong aku" Theo tetap menangis.
Dia melihat ke gadis itu dengan tatapan merayu sekaligus meminta tolong. Gadis itu menghulurkan tangan untuk mengusap air mata Theo. Dia kembali tersenyum.
"Kamu akan berhenti merasakan sakit jika kamu sudah tidak lagi berada di dunia ini" ucap gadis itu.
GBUC bangun dari duduknya. Dia berjalan perlahan menjauhi Theo dan berhenti untuk memandangi Theo. Lalu seperti biasa menghilang dengan senyuman.
Theo merasa pelik dengan kejadian yang dialaminya. Tapi dia berinisiatif mungkin itu ialan dewi yang di hantar tuhan untuk dirinya. Dia bangun perlahan-lahan dan berjalan longlai je rumah.
Dia menahan sakit di perut serta bahagian lain badannya. Tangan Theo kuat memegang sapu tangan gadis itu.
Sejujurnya Fishie memang malas nak buat scene yang melibatkan kekerasan. C'mon man I'm tired. Pastu merepek tahap dewa. Yeah ik. But mmg GBUC tu akan selalu ada dalam novel yang akan Fishie buat sekarang dan seterusnya in sya Allah. Jadi di sini Fishie memberi signal yang sebenarnya watak GBUC ni penting okyyy. Got it?
YOU ARE READING
[C] Can I Die?
Genç Kurgu"Can I die?" • • • Theo sudah penat berpura-pura ramah dan tenang dengan orang sekelilingnya, namun dia tetap meneruskan lakonannya. Kehadiran sahabatnya disebabkan satu perkenalan yang sangat tiba-tiba di suatu tempat. Ansen dan Uilee satu-satunya...