Bab 21: Don't Hurt Her

45 8 3
                                    

⚠️Warning⚠️

Theo berjalan-jalan di kawan taman bersama Nauilee. Mereka berdua berbincang tentang banyak benda.

"Uilee harap abang selalu ada dengan Uilee" ucap Uilee sambil memandang pemandangan dari atas tangga.

Theo hanya tersenyum mendengar pernyataan Uilee. Belum sempat dia membalas tiba-tiba tubuhnya seakan-akan di tendang dari belakang.

Theo jatuh dari tangga yang setinggi 6 meter tersebut. Badannya berpusing-pusing.

"ABANG!!" jerit Uilee. Dia melihat ke arah belakang dan Uilee juga di tendang jatuh.

Theo yang sudah sampai ke penghujung memegang kepalanya. Dia mendengar jeritan Uilee. Sebelum kepala Uilee menjejak lantai yang keras tangan Theo terlebih dahulu melindungi kepala Uilee.

Walaupun jarak mereka agak jauh tapi Theo kuatkan diri untuk menyelamatkan Uilee. Theo menahan sakit yang teramat sangat.

Uilee sudah mula menangis. Dia menangis melihat keadaan Theo. Tapi Theo tetap tersenyum untuk menenangkan Uilee.

"Abang... Uilee takut" ucap Uilee apabila melihat Trio NAB mendekati mereka dengan tawa kuat dari Najmi.

"Jangan takut my treasure, abang ada. Abang janji diorang takkan sakitkan Uilee" Theo mengusap perlahan kepala Uilee.

"Theo, Theo. Hari ni hari terakhir kau hidup. Ahahaha sebab apa? Sebab aku nak bunuh kau" ucap Najmi selamba. Dia melihat ke arah Uilee yang memandangnya garang.

"Wow cantik juga perempuan ni. Kalau kau bagi aku ambik dia, aku lepaskan kau" ucap Najmi dia mula mendekati Uilee.

Uilee mencakar wajah Najmi sebagai bentuk pertahanan diri. Najmi tersenyum sinis dengan perbuatan Uilee.

'Nirah.. Uilee takut' hati kecil Uilee berbisik.

Dia memegang kedua-dua belah lengan Uilee dengan kuat. Uilee meringis kesakitan.

Dush!!

Satu tumbukan hinggap di wajah Najmi. Najmi memandang Theo yang bangun dengan susah payah. Bian dan Aiman seakan-akan membantunya berdiri.

"Don't hurt her. She's my treasure" ucap Theo. Kakinya sedikit menggeletar.

"Berani jugak eh kau Theo? Bian, Aiman. Kau khianat?" Tanya Najmi dengan suara marah.

"Aku tak kisah kalau kau nak sebarkan video tu. Aku tak nak jadi pembunuh. Theo tak salah!!" Aiman mempertahankan diri.

"Theo tak salah langsung Najmi!! Menyesal aku ikut aku dulu" Bian juga ikut bersuara.

"Memang mati korang semua ni kang" ucap Najmi disusuli satu tumbukan di wajah Aiman.

Kemudian tumbukan itu dia tujukan ke arah Bian. Bian dan Aiman jatuh terduduk dengan memegang rahang mereka.

"Aku bagi korang peluang untuk lari hari ni. Tapi kalau esok aku jumpa korang, siap korang aku kerjakan" Najmi berkata. Dengan pantas Aiman dan Bian melarikan diri.

Sekarang Najmi berfokus kepada Theo. Dia melayangkan tumbukan pada dagu Theo. Namun Theo mengelak. Theo kembali melayangkan tumbukan pada leher Najmi.

Najmi terundur beberapa tapak ke belakang. Dan ada benda keras yang mengetuk kepalanya.

Bakk!!

Uilee lah dalang dia. Dia mengetuk kepala Najmi dengan kayu yang dia temui.

Najmi hilang sabar. Dia menampar wajah Nauilee dengan sangat kuat. Nauilee terjatuh dan kayunya tercampak.

Najmi mengambil kayu itu dan mahu memukul badan Uilee. Uilee menutup mata rapat-rapat dia menanti kesakitan yang tak kunjung tiba.

Dia membuka matanya perlahan-lahan dan melihat Theo yang sedang menjadikan dirinya sendiri perisai untuk Uilee. Wajah Theo tersenyum. Uilee mengalirkan air matanya.

Badan Theo di tendang Najmi. Najmi memukul bahagian wajah Theo berkali-kali. Dia juga memijak tubuh Theo berkali-kali. Sehingga beberapa kali terdengar bunyi krak.

Uilee menangis dan menjerit melihat keadaan Theo seperti itu. Dia melihat mata Theo yang ingin tertutup.

Dia menggagahkan diri untuk bangun. Dan menolak Najmi jauh dari Theo. Uilee memangku kepala Theo. Theo sudah dipenuhi darah di mulutnya.

"Abang..." Uilee menangis melihat keadaan Theo. Theo tersenyum tangannya membelai pipi Uilee.

"My treasure" ucap Theo perlahan.

Wajahnya tersenyum. Dan seketika kemudian Theo menutupkan matanya. Tentu sahaja Uilee menangis dan menjerit.

Sejujurnya Fishie nangis😭👎🏻💔 kesian Theo 💔😭 korang agak-agak lah kak happy ending ke sad ending?😭👎🏻 Fishie nak update sampai habis ni sbb bosan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sejujurnya Fishie nangis😭👎🏻💔 kesian Theo 💔😭 korang agak-agak lah kak happy ending ke sad ending?😭👎🏻 Fishie nak update sampai habis ni sbb bosan. Sooo let's go.

NEXT!!

[C] Can I Die?Where stories live. Discover now