Theo berjalan perlahan ke pokok pertemuan dia, Uilee dan Ansen. Boleh teka kan Theo kat mana? Ye. Kat Taman Bintang Jatuh.
Dia duduk di celah akar-akar pokok yang menjalar keluar. Dia tengah tunggu Uilee dengan Ansen sampai. Theo makin sedar yang semakin hari Uilee dan Ansen semakin rapat.
"Ada apa antara diorang eh? Comel lah" Theo bercakap sendirian. Dia bosan tanpa kehadiran dua manusia itu.
Beberapa minit menunggu Theo terdengar bunyi perbalahan yang di hasilkan oleh 2 orang manusia.
Uilee dan Ansen. Asyik gaduh je.Theo terus tersenyum kecil mendengar perbalahan itu. Dia masih duduk berdiam diri.
"Pasal kau lah awning aku hancur!!" Uilee menyalahkan Ansen.
"Kau kan kaya, beli je lah tudung yang dah siap dengan awning yang perfect" Ansen berkata selamba. Dia sempat lagi mengacau awning Uilee.
Akibat perbuatannya itu, Ansen selamat mendapatkan satu cubitan dari Uilee di pinggang dia.
Ansen berlari laju ke pokok itu manakala Uilee mengejarnya.
"Eh Arli terjatuh basikal" latah Ansen apabila melihat Theo yang sudah duduk di pokok itu terlebih dahulu.
"AHAHAHAHA Ansen melatah macam orang tua" Theo mentertawakan lelaki itu.
Uilee juga ikut mentertawakan Ansen. Dan beberapa saat kemudian, Ansen ikut mengetawai dirinya sendiri.
"Kenapa abang panggil? Penat tau Uilee lari dari bodyguard Tok Ma" Uilee bertanya dengan sisa tawa yang ada.
"Saja, kenapa tak boleh?" Theo menjawab.
"Bukan tak boleh cuma pelik je" Uilee membalas.
Ansen melabuhkan duduk di sebelah Uilee. Hujung blaus Uilee dia pegang. Ansen ni makin lama makin lain.
"Ansen tak payah pegang baju Uilee" Theo menyakat. "Tak larinya dia"
Pipi Ansen mula merah. Tapi sikit je. Uilee tak perasan pun perubahan pipi Ansen tu.
"Theo panggil korang sebab nak bagitahu. Aku bahagia sebab dapat kenal korang" Theo melemparkan senyuman. Uilee dan Ansen membalas senyuman tersebut.
"Uilee doakan abang bahagia sampai hujung hayat abang. Aamiin" Uilee berdoa.
Ansen dan Theo hanya tersenyum melihat gelagat Uilee.
'Jangan pergi terlalu awal Theo, aku sayang kau' bisik hati kecil Ansen.
Gadis bertudung ungu cair memerhatikan mereka dari atas bangunan yang berada dalam jarak 16 meter dari kedudukan Theo,Ansen dan Uilee.
Dia memegang payung yang sudah terbuka. Wajahnya melambangkan kesedihan.
"Berbahagialah Theo Sanjaya" ucap gadis itu.
Sebelum terjun dari bangunan setinggi 9 meter itu menggunakan payung miliknya. Dan berjalan ke arah yang tak diketahui.
Theo tak sedap hati. Seakan-akan akan ada sesuatu benda yang tak diingini berlaku. Namun dia abaikan kerana sekarang dia cuma nak bahagia.
Eeehh kenapa GBUC cakap macam tu?? Sad ending ke citer ni? Ke happy ending?? Tak tahulah....
YOU ARE READING
[C] Can I Die?
Teen Fiction"Can I die?" • • • Theo sudah penat berpura-pura ramah dan tenang dengan orang sekelilingnya, namun dia tetap meneruskan lakonannya. Kehadiran sahabatnya disebabkan satu perkenalan yang sangat tiba-tiba di suatu tempat. Ansen dan Uilee satu-satunya...